19/01/2025
๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐ข๐ ๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐จ ๐ฆ๐๐๐๐
๐๐๐๐จ: ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐จ๐๐จ๐ง
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengambil maklum mengenai isu tular di salah satu platform media sosial pada 30 Disember 2024 dan 14 Januari 2025, mendakwa berlakunya peras ugut yang melibatkan pegawai dan anggota JKDM ke atas sebuah kilang di Kapar, Selangor Darul Ehsan.
JKDM ingin menegaskan bahawa pihak kami memandang serius terhadap setiap
dakwaan salah laku yang melibatkan pegawai dan anggota Jabatan. Berhubung kes ini,
siasatan sedang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JKDM memberi
komitmen penuh untuk bekerjasama dalam memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus dan menyeluruh. Sebarang tindakan ke atas pegawai dan anggota yang terlibat hanya boleh ditentukan berdasarkan hasil daripada keputusan siasatan PDRM kelak.
JKDM juga ingin menegaskan bahawa pendirian pihak Jabatan adalah jelas dan tegas dimana tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti termasuk jenayah rasuah. JKDM terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab dengan berintegriti serta memastikan kepercayaan masyarakat terhadap Jabatan ini sentiasa terpelihara.
Sekian, terima kasih.
Cawangan Perhubungan Awam
Ibu Pejabat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya
19 Januari 2025