Pusat Aktiviti Komuniti Asnaf Raudhatul Fateh

Pusat Aktiviti Komuniti Asnaf Raudhatul Fateh Ini adalah sebuah institusi yang menjalankan kebajikan bagi anak yatim, komuniti asnaf Dan golongan yang memerlukan

14/12/2022

Ramainya Orang Miskin Menjadi Penghuni Syurga, Ini Sebabnya

Orang miskin penghuni syurga
Rasulullah bersabda, “Aku berdiri di ambang pintu syurga maka aku pun menyaksikan bahawa kebanyakan yang memasukinya adalah orang miskin, sedang orang yang memiliki kekayaan tertahan. Selain penduduk neraka telah diperintahkan untuk dimasukkan dalam neraka dan nyata kebanyakan penghuninya adalah wanita.”

Allah adalah al-Razzaq iaitu yang Maha Memberi Rezeki kepada makhlukNya. Ada di antara makhlukNya yang diluaskan rezekinya dan ada p**a yang disempitkan. Semua itu adalah berdasarkan kepada ketinggian hikmah Allah dalam menentukan segala sesuatu. Firman Allah dalam Surah al-Isra’: 30

“Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), dan ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

Seringkali orang yang mendapat kekayaan merasakan dirinya dimuliakan oleh Allah, manakala orang yang mendapat kemiskinan p**a merasakan dirinya dihina oleh Tuhannya.

Allah telah menjelaskan perangai ini dalam Surah al-Fajr: 15 dan 16, “Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya:

“Tuhanku telah memuliakan daku!” Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”

Namun, pada hakikatnya ramai di kalangan manusia lupa bahawa kemuliaan itu adalah dikaitkan dengan kadar ketaqwaan yang ada pada setiap individu. Perbezaan yang ada pada manusia merangkumi warna kulit, keturunan, bahasa dan kekayaan tidak pernah memberi nilai di sisi Allah kecuali jika diiringi dengan ketaqwaan.

Miskinnya kamu tidak menjadikan kamu hina di pandangan Allah
Perkara ini ditegaskan oleh Allah dalam Surah al-Hujurat: 13, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).“

Memfokuskan kepada aspek kemiskinan, jika kita lihat dengan lebih lanjut, kita akan dapati terdapat beberapa hadis yang menceritakan keutamaan orang yang berada dalam kemiskinan.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Aku berdiri di ambang pintu syurga maka aku pun menyaksikan bahawa kebanyakan yang memasukinya adalah orang miskin, sedang orang yang memiliki kekayaan tertahan. Penduduk neraka p**a diperintahkan untuk dimasukkan dalam neraka. Aku juga dapati kebanyakan penghuninya adalah wanita.” – (HR Imam al-Bukhari).

Semasa menghuraikan hadis ini, al-Shaikh al-Mubarakfuri rahimahullah dalam kitabnya Tuhfatul Ahwazi menukilkan kata-kata al-Imam Ibn Battal rahimahullah bahawa perkara yang memasukkan orang miskin ke dalam syurga bukanlah kemiskinan itu, sebaliknya mereka masuk ke dalam syurga kerana mereka soleh walaupun diuji dengan kemiskinan atau kefakiran.

Sesungguhnya orang yang miskin atau fakir itu tidak mempunyai apa-apa kehebatan sekiranya tidak soleh. Al-Shaikh al-Mubarakfuri rahimahullah juga menukilkan kata-kata al-Imam Ibnu Hajar rahimahullah bahawa hadis ini secara zahirnya menggalakkan manusia untuk tidak terlalu bersenang-lenang dengan keduniaan. Wallahu a’lam

Ini adalah sebuah institusi yang menjalankan kebajikan bagi anak yatim, komuniti asnaf Dan golongan

14/12/2022
14/12/2022

PUSAT KOMUNITI ASNAF RAUDHATUL FATEH.

Kami adalah sebuah pusat yang menempatkan keluarga asnaf,anak anak yatim,ibu tunggal,ibu tinggal,anak anak fakir miskin dan juga menjadi pusat beraktiviti dan mendapatkan bantuan bagi keluarga keluarga asnaf yang bernaung Di bawah persatuan kebajikan Al-fateh.

Antara fungsi yang dimainkan di sini Ialah :
- menjadi tempat berteduh bagi anak-Anak yatim.
-menyediakan penginapan bagi keluarga yang tidak mampu menyewa Di luar.
-menyediakan tempat berlindung bagi keluarga yang ditinggalkan oleh ketua keluarganya.
-menjalankan pengajian ilmu Dan agama
-melaksanakan kelas kelas kemahiran
-menyediakan food bank bagi membantu keluarga asnaf.
-membantu meningkatkan ekonomi keluarga asnaf.
-menyediakan transit bagi anak anak asnaf yg p**ang dari sekolah.

Jika ada nak datang untuk berprogram di sini.

Jika Ada nak jemput anak anak ke luar.

Jika berhajat untuk mendapatkan khidmat kami :

- penyediaan makanan( catering)
-tahlil dan doa selamat
-qasidah
-persembahan Silat
-persembahan Nasyid
-kompang
-penyediaan set p.a sistem

Kami juga menyediakan tempat dan perkhidmatan menguruskan majlis bagi yang ingin :

-membuat kenduri doa selamat.
-menyambut hari lahir
-walimatul urus skala kecil
-majlis cukur jambul

Apa bantuan yg tuan/puan boleh hulurkan

1.Bantuan kewangan 💵
2.Bantuan barangan 🛒
3.Bantuan Makanan 🍱
4.Bantuan Kemahiran ⚙️

Dan apa sahaja bantuan yg sesuai.

kami di sini sangat memerlukan bantuan dan perhatian dari tuan/puan.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :

010-8665048 : Ustaz Pu Johani(pengasas)
018-6697598 : Ustazah Siti Shahira(Pengurus)

Atau follow kami di fb page :

Pusat Aktiviti Komuniti Asnaf Raudhatul Fateh

Atau whatsaap kami terus

Ini adalah sebuah institusi yang menjalankan kebajikan bagi anak yatim, komuniti asnaf Dan golongan

14/12/2022

Aktiviti pagi ni 14 hb 12 2022 bawa anak Anak anak ke alang sedayu,joging.maklumlah cuti sekolah.cergaskan badan Dan cerdaskan Minda.

12/12/2022
Assalamualaikum hari ini 12 hb 12. 2022 kami melaksanakan sebuah program berbentuk berjalan sambil Belajar yang kami nam...
12/12/2022

Assalamualaikum hari ini 12 hb 12. 2022 kami melaksanakan sebuah program berbentuk berjalan sambil Belajar yang kami namakan "Kembara Akidah Raudhatul Fateh".Kami akan berhenti di beberapa check point seperti masjid jamek,masjid India,dataran merdeka,pasar seni,kl dental Dan Klcc.sambil berhenti Ada pengisian berkenaan akidah.kita nak bincang tentang

- Akidah ahli sunnah waljamaah
- iman,islam dan ihsan
- beriman kpd Allah
- beriman kpd kitab
- beriman kpd rasul
- beriman kpd malaikat
- beriman kpd qada dan qadar
- beriman pada hari kiamat
- apa itu syirik
- perkara yg membatalkan iman
- tabarruk,tangkal dan azimat

Tapi naik kenderaan awam LRT

30/11/2022

Seringkali orang yang mendapat kekayaan merasakan dirinya dimuliakan oleh Allah, manakala orang yang mendapat kemiskinan p**a merasakan dirinya dihina oleh Tuhannya.

Allah telah menjelaskan perangai ini dalam Surah al-Fajr: 15 dan 16,
“Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya:

“Tuhanku telah memuliakan daku!” Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”

Sekalung tahniah diucapkan kepada anak anak Raudhatul Fateh yg telah mengharumkan Nama gelanggang silat lincah Raudhatul...
09/08/2022

Sekalung tahniah diucapkan kepada anak anak Raudhatul Fateh yg telah mengharumkan Nama gelanggang silat lincah Raudhatul Fateh kerana berjaya didalam kejohanan skirt satu sekolah satu silat peringkat silat lincah seterusnya mewakili silat lincah ke kejohanan peringkat kebangsaan satu sekolah satu silat yg Akan diadakan Di melaka pada 19 Hb ogos nanti.

Sekarang ni Kami Dalam proses penambahan dan  baik pulih  prasarana Di pusat Kami ni.kami buat adalah untuk keselesaan,k...
23/06/2022

Sekarang ni Kami Dalam proses penambahan dan baik pulih prasarana Di pusat Kami ni.kami buat adalah untuk keselesaan,kemudahan Dan keselamatan penghuni juga para asnaf yg beraktiviti Di sini.ada bumbung yg sudah perlu ditukar,Ada bilik bilik perlu dibaik pulih Pada tuan Puan yg ingin berwakaf Dan menyumbang Kami sangat memerlukan sumbangan ANDA Di saat ini.hubungi kami...tekan saja button WhatsApp untuk berhubung dengan ustaz Pu johani Ibrahim (pengerusi pusat komuniti Asnaf Raudhatul Fateh)

Terima kasih Di atas sumbangan makanan yg diberikan kepada warga pusat komuniti Asnaf Raudhatul Fateh.Semoga sumbangan y...
18/06/2022

Terima kasih Di atas sumbangan makanan yg diberikan kepada warga pusat komuniti Asnaf Raudhatul Fateh.Semoga sumbangan yg diberikan menjadi asbab dilimpahkan rezeki,diberikan keberkatan dalam hidup bagi para Penyumbang.jika Ada yg nak sumbang makanan atau APA sahaja boleh berhubung dengan kami.tekan button WhatsApp Dan berhubung dengan ustaz Pu johani Ibrahim (Pengerusi pusat komuniti Asnaf Raudhatul Fateh)

Majlis perasmian gelanggang bagi anak anak raudhatul Fateh Akan Di laksanakan pada 6 Hb Mac ini.tahniah anak anak kerana...
04/03/2022

Majlis perasmian gelanggang bagi anak anak raudhatul Fateh Akan Di laksanakan pada 6 Hb Mac ini.tahniah anak anak kerana telah menduduki ujian buat Kali yg pertama tanda Kamu berusaha Belajar Dan berlatih.sama Sama Kita membudayakan seni mempertahankan diri orang melayu Kita.Pada yang ingin turut Sama menjayakan Majlis dengan ingin menyumbang Dari sudut kewangan ataupun makanan boleh terus berhubung Di Talian ini 0186697598

Berminat untuk berhubung dengan raudhatul Fateh WhatsApp
04/03/2022

Berminat untuk berhubung dengan raudhatul Fateh WhatsApp

Pagi tadi anak anak masuk kelas. Sambung belajar tentang solat.tahsin berkenaan rukun solat. ADA Rukun fe'li, rukun qaul...
07/10/2021

Pagi tadi anak anak masuk kelas. Sambung belajar tentang solat.tahsin berkenaan rukun solat. ADA Rukun fe'li, rukun qauli dan rukun qalbi.bincang juga kelebihan kelebihan solat.Bila buka soalan macam macam anak anak tanya.

Address

Jalan Gombak
Kuala Lumpur
53100

Telephone

+60108665048

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Aktiviti Komuniti Asnaf Raudhatul Fateh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share