Surau Al-Hukama DBP

Surau Al-Hukama DBP Pemakluman aktiviti dan informasi berkaitan Surau Al-Hukama’ (Surau Jumaat) Dewan Bahasa dan Pustaka none

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12/06/2026

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

29/05/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN 2026M/1447H MERIAHKAN SEMANGAT UKHUWAH WARGA DBP

PROGRAM IBADAH KORBAN 2026M/1447H MERIAHKAN SEMANGAT UKHUWAH WARGA DBPبِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِالسَّلاَمُ عَ...
29/05/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN 2026M/1447H MERIAHKAN SEMANGAT UKHUWAH WARGA DBP

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Program Ibadah Korban 2026M/1447H anjuran Surau Al-Hukama’ dengan kerjasama Bahagian Komunikasi, Badan Keluarga DBP serta PUSPANITA DBP telah berlangsung dengan jayanya di Pekarangan Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.
Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. SN Datuk Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.

Program yang bermula seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari itu dilaksanakan dalam suasana penuh harmoni, semangat gotong-royong serta ukhuwah sesama warga DBP dan masyarakat.

Pelaksanaan program tersebut dijayakan hasil kerjasama para petugas yang terdiri daripada warga karyawan DBP, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Hukama’, staf fasiliti DBP serta sukarelawan yang dilantik oleh pihak jawatankuasa surau.
Selain menunaikan ibadah korban sempena Aidiladha, program ini turut menjadi wadah dalam mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja DBP.

Pihak urus setia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT dan seterusnya menyemarakkan semangat ukhuwah serta kebersamaan dalam kalangan warga DBP dan masyarakat.

– Jawatankuasa Surau Al-Hukama’

Address

Kuala Lumpur
50460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Hukama DBP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share