14/01/2025
PENGUMUMAN : Dimaklumkan bahawa fb kami telah berpindah ke :
https://www.facebook.com/profile.php?id=61572090832417&mibextid=ZbWKwL
ini adalah berikutan dari program ini yang kini bernaung dibawah Pertubuhan Daie Moden Malaysia.
Terimakasih
PADI pada asalnya ialah suatu inisiatif kebajikan strategik dalam bentuk penyediaan Kelas Tuisyen, IQRA' dan Kelas 3M secara PERCUMA kepada anak-anak penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil bermula pada 8 Januari 2022. Kanak-kanak yang menyertai program ini lahir dalam institusi keluarga rentan miskin, di mana sebahagian daripada peserta adalah anak-anak yang tercicir daripada sistem pendidikan formal.
Namun begitu, PADI bukan sahaja memberi tumpuan hanya kepada bantuan akademik semata-mata, sebaliknya PADI juga berusaha membimbing pelajar supaya memiliki perspektif yang holistik terhadap ujian dan cabaran hidup yang mereka dan keluarga mereka hadapi.
Hasil daripada usaha yang tidak mengenal penat lelah ini, maka pada Januari 2025, seramai lebih 30% orang pelajar sekolah rendah PADI telah menerima pelbagai anugerah di sekolah masing-masing. Kini, PADI telah mengorak langkah dengan beberapa inisiatif tambahan dalam aktiviti kebajikan yang akan dikongsikan dalam Page Facebook PADI ini.