Kelab Sukarelawan Sepakat Malaysia

Directions

Kelab Sukarelawan Sepakat Malaysia "SETIA BERBAKTI DEMI MASYARAKAT DAN KEMANUSIAAN"

Sempena Hari Kemerdekaan ini, mari kita panjatkan rasa syukur atas keamanan negara yang dirasai hari ini.Semoga Malaysia...
28/08/2026

Sempena Hari Kemerdekaan ini, mari kita panjatkan rasa syukur atas keamanan negara yang dirasai hari ini.

Semoga Malaysia terus maju.

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke 69 Tahun 🇲🇾

Merdeka, merdeka, merdeka!

KEMBARA AMAL MERDEKA 2026Alhamdulillah, Program Kembara Amal Merdeka 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada...
28/08/2026

KEMBARA AMAL MERDEKA 2026

Alhamdulillah, Program Kembara Amal Merdeka 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 15 dan 16 Ogos 2026 di Kampung Orang Asli Redang Punggor, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak.

Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Amal Merdeka 2026 telah berlangsung di perkarangan Masjid Muhammadi RTM Angkasapuri, dengan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mustapa Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Belia Malaysia, serta para jemputan dan sukarelawan yang turut bersama-sama menjayakan program ini.

Program ini merupakan anjuran bersama Kelab Sukarelawan Sepakat Malaysia (KSSM) dan Yayasan Belia Malaysia (YBM) dengan kerjasama Masjid Muhammadi RTM Angkasapuri serta beberapa badan organisasi dan rakan strategik yang lain.

Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kesukarelawanan sempena sambutan Hari Kebangsaan, di samping menyantuni serta membantu masyarakat Orang Asli melalui aktiviti kebajikan, kemasyarakatan dan kebudayaan. Program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk perpaduan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya dan kehidupan masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk aktiviti sukan dan rekreasi, program kebudayaan masyarakat Orang Asli, sesi syahadah dan tazkirah, penyerahan bakul makanan serta aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk setempat.

Alhamdulillah, pihak Kelab Sukarelawan Sepakat Malaysia (KSSM) turut menzahirkan rasa syukur apabila dapat menyaksikan seorang daripada masyarakat Orang Asli telah melafazkan kalimah syahadah kerana diberikan hidayah dan memilih untuk memeluk agama Islam. Semoga beliau terus diberikan kekuatan, ketenangan dan bimbingan dalam menempuh perjalanan baharu sebagai seorang Muslim.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, sukarelawan, rakan strategik serta masyarakat setempat yang telah bersama-sama menjayakan Kembara Amal Merdeka 2026.

“Salam Maulidur Rasul diucapkan buat semua umat Islam.Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan lupa untu...
21/08/2026

“Salam Maulidur Rasul diucapkan buat semua umat Islam.
Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan lupa untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak.”

Salam Maal Hijrah 1448H.Hijrah itu pengorbanan dan permulaan yang baharu. Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini mengu...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H.

Hijrah itu pengorbanan dan permulaan yang baharu. Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini menguatkan langkah kita, membersihkan jiwa kita, dan memberikan kita kekuatan untuk terus berjaya bersama kelab yang kita cintai ini.

1 Muharam 1448H | 17 Jun 2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026Warga Kelab Sukarelawan Sepakat Malaysia mendoakan semoga Aidiladha ini membawa keberkat...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026

Warga Kelab Sukarelawan Sepakat Malaysia mendoakan semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, menguatkan ukhuwah, dan memberi limpahan rahmat kepada kita semua. Semoga pengorbanan kita mendekatkan lagi diri kepada-Nya."

Berhati-hati pulang ke kampung halaman. 🥰

Salam Aidilfitri 1447H. Moga Allah SWT melimpahkan keberkatan-Nya ke atas setiap rezeki yang kita nikmati dan mengurniak...
18/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H. Moga Allah SWT melimpahkan keberkatan-Nya ke atas setiap rezeki yang kita nikmati dan mengurniakan kita ketenangan jiwa yang hakiki. Marilah kita raikan kemenangan ini dengan penuh rasa tawaduk dan syukur kepada-Nya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Tulus ikhlas daripada
Kelab Sukarelawan Sepakat Malaysia

Address

Lot 18. 15, Tingkat 18, Wisma Zelan
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukarelawan Sepakat Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share