PIBG SK Taman Tasik Ampang

Directions Contact the organization

PIBG SK Taman Tasik Ampang Selamat datang ke FaceBook Rasmi Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Taman Tasik Ampang

28 Februari 2026Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SK Taman Tasik telah selamat dijalankan dengan jayanya. Setinggi-ting...
01/03/2026

28 Februari 2026

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SK Taman Tasik telah selamat dijalankan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang yang sudi merasmikan MAT pada kali ini.

Saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam pemilihan kali ini setelah 6 tahun diberi amanah memimpin PIBG SK Taman Tasik.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua ibu bapa atas sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh tersebut.

Tidak lupa juga penghargaan buat barisan pentadbir sekolah yang sentiasa komited dan bekerjasama erat bersama PIBG demi kebajikan dan kecemerlangan anak-anak kita.

Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah bersama-sama saya sepanjang tempoh ini—komitmen dan dedikasi anda amat saya hargai.

Di kesempatan ini, saya dengan rendah hati memohon maaf sekiranya sepanjang memegang amanah ini terdapat kekhilafan, terkasar bahasa atau kekurangan dari pihak saya.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada barisan Jawatankuasa PIBG yang baharu di bawah kepimpinan Encik Shahizan. Saya yakin PIBG SK Taman Tasik akan terus melakar kecemerlangan di bawah kepimpinan beliau.

Officially sign-off,
Ahmad Nazmin Mat Zin
Mantan Yang Dipertua PIBG
SK Taman Tasik

Address

Jalan Tasik Tambahan 2
Kuala Lumpur
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Taman Tasik Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PIBG SK Taman Tasik Ampang:

Shortcuts

Sponsored

Share