Jawatankuasa RT Cares WPKL adalah satu jawatankuasa yang diwujudkan oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional WPKL bagi melaksanakan dan menyelaraskan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat. Jawatankuasa Pelaksana RT Cares WPKL adalah satu jawatankuasa yang diwujudkan oleh Kementerian Perpaduan Negara untuk melaksana dan menyelaraskan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat. Pada asalnya, RT Cares ini hanya diwujudkan untuk tempoh yang singkat sehingga 31 Ogos 2021 dengan peranan mendapatkan dan memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa Covid 19. Namun demikian, jawatankuasa pelaksana RT Cares WPKL berpendapat ia perlu diteruskan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun 2021 berasaskan kepada suasana dan perkembangan Covid 19. Sehingga tempoh akhir tahun 2021, RT Cares WPKL telah berjaya mengagihkan sumbangan sebanyak 6 fasa menglibatkan 6,070 beg perpaduan. Fasa 1 &2 : 2,500 beg (Makanan)
Fasa 3 : 1,020 beg (Alat Bersih Diri)
Fasa 4 : 110 beg (Alat Bersih Diri)
Fasa 5 : 440 beg (Makanan)
Fasa 6 : 2,000 beg (Alat Bersih Diri)
Berasaskan kepada senario yang berlaku, jawatankuasa pelaksana RT Cares WPKL telah membincangkan secara terperinci peranan RT Cares dan berpendapat bahawa RT Cares ini perlu diteruskan walaupun semasa tiada Covid19 kerana kewujudannya boleh memberi manfaat kepada ramai orang. Lanjutan daripada pandangan dan perbincangan ini, RT Cares WPKL mengadakan Program Pemerkasaan Komuniti Rukun Tetangga WPKL untuk merangka Pelan Tindakan sepanjang tahun 2022.