Yayasan Belia Malaysia

Yayasan Belia Malaysia YAYASAN BELIA MALAYSIA
"GENERASI WAWASAN NEGARA" YBM turut diterajui oleh Dato’ Mustapa Hj Othman selaku Ketua Pegawai Eksekutif YBM.

YAYASAN BELIA MALAYSIA (YBM) telah diperbadankan di bawah Seksyen 24 (2) Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada 16 Mei 1980. Penubuhannya bertujuan untuk menerima, menambah, mengurus dan mentadbir kewangan Belia bagi tujuan pembangunan sosio ekonomi, pendidikan, agama dan sebagainya. Yayasan Belia Malaysia (YBM) yang ditubuhkan 42 tahun lalu telah merangka pelbagai projek dan aktiviti jang

ka pendek dan jangka panjang untuk menjadikan organisasi ini sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mampu berdikari sepenuhnya sejajar dengan wawasan kerajaan membentuk masyarakat belia yang mendokong hasrat dan cita-cita negara. Pelancaran telah disempurnakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Mei 1982 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Pada ketika itulah YBM, semakin mendapat perhatian luar dan dalam negara serta terus mendapat sokongan daripada masyarakat. Selaras dengan matlamat menjadikan YBM sebagai wadah pembangunan dan pembela nasib golongan belia, pada usia yang muda, seorang lagi pemimpin dilahirkan untuk membawa arus pembangunan belia seiring hasrat kerajaan. Yayasan Belia Malaysia (YBM) telah merangka pelbagai projek dan aktiviti jangka pendek dan jangka panjang untuk menjadikan organisasi ini sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mampu berdikari sepenuhnya sejajar dengan wawasan kerajaan membentuk masyarakat belia yang mendokong hasrat dan cita-cita negara. YBM pada hari ini yang dipimpin oleh Dato’ Dr Suhaimi Ibrahim (sejak dari tahun 1996) sebagai Pengerusi, akan meneruskan kesinambungan matlamat penubuhannya.

PROGRAM KESEJAHTERAAN MINDA iTEKAD (PULAU PINANG)Program Kesejahteraan Minda iTEKAD Negeri Pulau Pinang telah dilaksanak...
13/08/2026

PROGRAM KESEJAHTERAAN MINDA iTEKAD (PULAU PINANG)

Program Kesejahteraan Minda iTEKAD Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan penuh jayanya pada 11 Julai 2026 bertempat di Ixora Hotel Penang.

Program ini khusus dianjurkan untuk para peserta Program iTEKAD CIMB Islamic MAINPP Entrepreneur Pulau Pinang sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan mental, motivasi diri serta kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai penghantar makanan, seterusnya mempraktikkan ilmu tersebut sekiranya menceburi bidang keusahawanan.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Ybrs. Cik Aisyah Muhammad, Penolong Pengurus Kewangan Sosial dan Inisiatif Korporat CIMB Islamic Bank serta Ybrs. Encik Mohamad Zulhisham bin Yusoff, Pengurus Program Yayasan Belia Malaysia dan Ybrs. Miss Cindy Chew Mei Lien, Pengarah Pembangunan Komuniti Thrive Well.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada CIMB Islamic Bank selaku pembiaya utama program, serta Thrive Well dan Nicol David Organisation sebagai rakan kerjasama yang telah menyampaikan ilmu dan perkongsian yang amat bermakna kepada para peserta.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan berdaya tahan.

BENGKEL CELIK KEWANGAN 2026 – PULAU PINANGPada 16 Julai 2026 (Khamis) telah berlangsung Bengkel Celik Kewangan 2026 yang...
21/07/2026

BENGKEL CELIK KEWANGAN 2026 – PULAU PINANG

Pada 16 Julai 2026 (Khamis) telah berlangsung Bengkel Celik Kewangan 2026 yang menghimpunkan para peserta Program iTEKAD CIMB Islamic MAINPP Entrepreneur Pulau Pinang bertempat di Ixora Hotel Penang.

Program ini merupakan inisiatif yang bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan peserta agar mereka lebih bersedia mengurus pendapatan, merancang kewangan secara berhemah serta membina perniagaan yang mampan.

Bengkel ini telah ditaja sepenuhnya oleh CIMB Islamic Bank, diselaraskan oleh Yayasan Belia Malaysia, dengan kerjasama Khadijah International Waqf Foundation yang telah menyampaikan sesi perkongsian dan pencerahan berkaitan literasi kewangan kepada para peserta.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ybrs. Encik Mohd Fauzi Mohd Zaid, Pengurus Kewangan Sosial dan Inisiatif Korporat, CIMB Islamic Bank serta Ybrs. Encik Mohamad Zulhisham bin Yusoff, Pengurus Projek, Yayasan Belia Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada CIMB Islamic Bank selaku penaja eksklusif, Khadijah International Waqf Foundation selaku rakan kerjasama dan penceramah, serta semua pihak yang telah menjayakan penganjuran bengkel ini.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkukuh pengurusan kewangan, meningkatkan daya saing perniagaan serta menjadi pemangkin ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan berdaya tahan.

BENGKEL CELIK KEWANGAN 2026PROGRAM KEUSAHAWANAN 1.0 CIMB ISLAMIC TAYLOR'SPada 11 Julai 2026 (Sabtu) telah berlangsung Be...
14/07/2026

BENGKEL CELIK KEWANGAN 2026
PROGRAM KEUSAHAWANAN 1.0 CIMB ISLAMIC TAYLOR'S

Pada 11 Julai 2026 (Sabtu) telah berlangsung Bengkel Celik Kewangan 2026 yang menghimpunkan para peserta Program Keusahawanan 1.0 CIMB Islamic Taylor's bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan usahawan dalam kalangan peserta melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan. Bengkel ini memberi penekanan kepada aspek pengurusan aliran tunai, perancangan kewangan yang berhemah, pengurusan modal perniagaan serta amalan kewangan yang mampan bagi membantu peserta mengembangkan perniagaan dengan lebih berdaya saing.

Penganjuran bengkel ini telah ditaja sepenuhnya oleh CIMB Islamic Bank, diselaraskan oleh Yayasan Belia Malaysia dengan kerjasama Khadijah International Waqf Foundation, yang telah menyampaikan sesi perkongsian ilmu serta pendedahan berkaitan literasi kewangan dan pengurusan kewangan berasaskan prinsip yang lestari kepada para peserta.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Ybrs. Encik Mohd Fauzi Mohd Zaid, Pengurus Kewangan Sosial dan Inisiatif Korporat, CIMB Islamic Bank serta Ybrs. Encik Mohamad Zulhisham bin Yusoff, Pengurus Projek, Yayasan Belia Malaysia.

Semoga segala ilmu, panduan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkukuh pengurusan kewangan perniagaan, meningkatkan keupayaan keusahawanan serta menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan mampan.

MAJLIS PENYERAHAN GERAN PERALATAN URUTAN SEMPENA PROGRAM WOMEN TRANSFORMATION IN ENTREPRENEURSHIP (WTiE)📅 Tarikh: 4 Jula...
09/07/2026

MAJLIS PENYERAHAN GERAN PERALATAN URUTAN SEMPENA PROGRAM WOMEN TRANSFORMATION IN ENTREPRENEURSHIP (WTiE)

📅 Tarikh: 4 Julai 2026
🕝 Masa: 2.30 Petang
📍 Tempat: Hotel Grand Continental Kuala Lumpur

Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Geran Peralatan Urutan Sempena Program Women Transformation in Entrepreneurship (WTiE) telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Julai 2026 di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan sejurus selesai Sesi Pembentangan yang berlangsung pada sebelah pagi sebagai kemuncak kepada pelaksanaan program.

Program WTiE merupakan inisiatif yang dibiayai oleh CIMB Foundation, diselaraskan oleh Yayasan Belia Malaysia (YBM) dengan kerjasama Sinergi Ilmu Resources Sdn. Bhd., bertujuan memperkasakan wanita melalui pembangunan keusahawanan dalam bidang spa kecantikan dan terapi.

Seramai 20 orang peserta telah berjaya menamatkan program dan menerima Geran Peralatan Urutan bagi membantu mereka memulakan serta mengembangkan perusahaan masing-masing. Antara peralatan dan kelengkapan yang disampaikan termasuk katil urut, produk kecantikan wajah, minyak urutan dan facial steamer, yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan perniagaan peserta secara lebih mampan dan berdaya saing.

Majlis penyerahan telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Mustapa bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Belia Malaysia, YBrs. Ms. Ng Tsu Mei, Ketua Tanggungjawab Korporat, CIMB Foundation, YBrs. Dr. Sarajul Fikri Mohamed, Pengarah NK Group Biotech Sdn. Bhd., serta Ybrs. Encik Mohd Jaini Mohd, Pengarah Urusan Sinergi Ilmu Resources Sdn. Bhd.

Yayasan Belia Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CIMB Foundation atas komitmen berterusan dalam membiayai pelaksanaan program ini dan semua rakan strategik yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif ini.

Semoga geran peralatan yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta untuk memperkukuh perniagaan, meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga serta melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya dan berdaya tahan.

SESI PEMBENTANGAN PERNIAGAAN PROGRAM WOMEN TRANSFORMATION IN ENTREPRENEURSHIP (WTiE)📅 Tarikh: 4 Julai 2026🕝 Masa: 9.30 P...
08/07/2026

SESI PEMBENTANGAN PERNIAGAAN PROGRAM WOMEN TRANSFORMATION IN ENTREPRENEURSHIP (WTiE)

📅 Tarikh: 4 Julai 2026
🕝 Masa: 9.30 Pagi
📍 Tempat: Hotel Grand Continental Kuala Lumpur

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sesi Pembentangan Program Women Transformation in Entrepreneurship (WTiE) yang menghimpunkan seramai 20 orang peserta bagi membentangkan idea dan pelan perniagaan masing-masing yang berteraskan bidang spa kecantikan dan terapi.

Program ini merupakan inisiatif yang dibiayai oleh CIMB Foundation, diselaraskan oleh Yayasan Belia Malaysia dengan kerjasama Sinergi Ilmu Resources Sdn. Bhd, sebagai platform untuk memperkasakan wanita melalui pembangunan keusahawanan, peningkatan kemahiran serta penghasilan model perniagaan yang berdaya saing.

Sepanjang sesi pembentangan, para peserta telah mempamerkan kreativiti, keyakinan dan potensi perniagaan yang tinggi di hadapan panel penilai. Penilaian telah dijalankan oleh barisan panel juri yang diwakili oleh CIMB Foundation, Yayasan Belia Malaysia, Sinergi Ilmu Resources Sdn. Bhd dan NK Group Biotech Sdn. Bhd, berdasarkan aspek inovasi, kebolehpasaran, daya maju perniagaan serta potensi perkembangan pada masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program ini. Semoga ilmu, pengalaman dan bimbingan yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kejayaan dalam membina perniagaan yang mampan serta mampu memberi impak positif kepada masyarakat.

BENGKEL CELIK KEWANGAN 2026 – NEGERI SEMBILANPada 1 Julai 2026 (Rabu) telah berlangsung Bengkel Celik Kewangan 2026 yang...
03/07/2026

BENGKEL CELIK KEWANGAN 2026 – NEGERI SEMBILAN

Pada 1 Julai 2026 (Rabu) telah berlangsung Bengkel Celik Kewangan 2026 yang menghimpunkan para peserta Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur Asnaf 2.0 Negeri Sembilan bertempat di Royale Chulan, Seremban.

Program ini merupakan inisiatif yang bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan peserta agar mereka lebih bersedia mengurus pendapatan, merancang kewangan secara berhemah serta membina perniagaan yang mampan.

Bengkel ini telah ditaja sepenuhnya oleh CIMB Islamic Bank, diselaraskan oleh Yayasan Belia Malaysia, dengan kerjasama Khadijah International Waqf Foundation yang telah menyampaikan sesi perkongsian dan pencerahan berkaitan literasi kewangan kepada para peserta.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Ybrs. Cik Aisyah Muhammad, Penolong Pengurus Kewangan Sosial dan Inisiatif Korporat CIMB Islamic Bank serta Ybrs. Encik Mohamad Zulhisham bin Yusoff, Pengurus Projek Yayasan Belia Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada CIMB Islamic Bank selaku penaja eksklusif, Khadijah International Waqf Foundation selaku rakan kerjasama dan penceramah, serta semua pihak yang telah menjayakan penganjuran bengkel ini.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkukuh pengurusan kewangan, meningkatkan daya saing perniagaan serta menjadi pemangkin ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan berdaya tahan.

BENGKEL CELIK KEWANGAN 2026Pada 24 Jun 2026 (Rabu) telah berlangsung Bengkel Celik Kewangan 2026 yang menghimpunkan para...
29/06/2026

BENGKEL CELIK KEWANGAN 2026

Pada 24 Jun 2026 (Rabu) telah berlangsung Bengkel Celik Kewangan 2026 yang menghimpunkan para peserta Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur Asnaf 2.0 Kuala Lumpur & Selangor bertempat di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur.

Program ini merupakan inisiatif yang bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan peserta agar mereka lebih bersedia mengurus pendapatan, merancang kewangan secara berhemah serta membina perniagaan yang mampan.

Bengkel ini telah ditaja sepenuhnya oleh CIMB Islamic Bank, diselaraskan oleh Yayasan Belia Malaysia, dengan kerjasama Khadijah International Waqf Foundation yang telah menyampaikan sesi perkongsian dan pencerahan berkaitan literasi kewangan kepada para peserta.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Mustapa Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Belia Malaysia serta Yang Berusaha Encik Mohd Zaid Haji Othman, Pengarah Kewangan Sosial dan Inisiatif Korporat CIMB Islamic Bank Berhad.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada CIMB Islamic Bank selaku penaja eksklusif, Khadijah International Waqf Foundation selaku rakan kerjasama dan penceramah, serta semua pihak yang telah menjayakan penganjuran bengkel ini.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkukuh pengurusan kewangan, meningkatkan daya saing perniagaan serta menjadi pemangkin ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan berdaya tahan.

MAJLIS PELETAKAN PAPAN TANDA PROJEK MENAIK TARAF DEWAN SMK CLIFFORD, KUALA LIPIS PAHANGPada 22 Jun 2026, telah berlangsu...
25/06/2026

MAJLIS PELETAKAN PAPAN TANDA PROJEK MENAIK TARAF DEWAN SMK CLIFFORD, KUALA LIPIS PAHANG

Pada 22 Jun 2026, telah berlangsung Majlis Peletakan Papan Tanda Projek Menaik Taraf Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis, Pahang sebagai simbolik penyiapan dan pelaksanaan projek yang memberi manfaat kepada warga sekolah serta komuniti setempat.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi Yayasan Belia Malaysia. Turut hadir bersama ialah Ybhg. Dato’ Mustapa Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Belia Malaysia, Ybrs. Pn. Roziah binti Abdul Latiff, Pengetua SMK Clifford dan Ybrs. Puan Nur A’amilyn Abdul Halim, Pengurus Cawangan CIMB Cawangan Kuala Lipis.

Projek menaik taraf dewan ini telah dibiayai sepenuhnya oleh CIMB Foundation menggunakan dana bantuan pasca banjir yang telah diperuntukkan, manakala Yayasan Belia Malaysia telah bertindak sebagai penyelaras dan pemantau bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar sehingga berjaya disiapkan. Dewan SMK Clifford merupakan antara kemudahan sekolah yang mengalami kerosakan teruk susulan kejadian banjir yang melanda daerah Kuala Lipis pada tahun 2025.

Dalam majlis yang sama, pihak SMK Clifford turut memberikan penghargaan kepada Yayasan Belia Malaysia dengan menamakan salah satu laluan pejalan kaki di kawasan sekolah sebagai “Laluan Ilmu Yayasan Belia Malaysia”. Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan atas komitmen Yayasan Belia Malaysia dalam membantu meningkatkan kemudahan sekolah demi kesejahteraan dan manfaat warga pendidik serta para pelajar.

Semoga kemudahan yang telah dinaik taraf ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan, pembangunan sahsiah dan program kemasyarakatan, seterusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada CIMB Foundation atas sokongan serta komitmen berterusan dalam membantu usaha pemulihan pasca banjir dan memperkasa pembangunan pendidikan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang berimpak tinggi. Kerjasama strategik seperti ini membuktikan bahawa semangat kebersamaan antara sektor korporat, institusi pendidikan dan organisasi masyarakat mampu memberikan manfaat yang besar kepada komuniti setempat.

MAJLIS PENYERAHAN MOTOSIKAL iTEKAD CIMB ISLAMIC MAINPP ENTREPRENEUR PULAU PINANG 📅 19 Jun 2026, Jumaat📍 Bertam Resort, P...
23/06/2026

MAJLIS PENYERAHAN MOTOSIKAL iTEKAD CIMB ISLAMIC MAINPP ENTREPRENEUR PULAU PINANG

📅 19 Jun 2026, Jumaat
📍 Bertam Resort, Penang

Alhamdulillah, hasil tabur bakti oleh semua pihak terutamanya CIMB Islamic Bank Berhad, Majlis Penyerahan Motosikal iTEKAD CIMB Islamic MAINPP Entrepreneur Pulau Pinang telah berjalan dengan jayanya.

Seramai 19 orang peserta asnaf terpilih telah menerima motosikal dan kelengkapan penghantaran, melalui kerjasama jitu antara rakan strategik iaitu CIMB Islamic Bank Berhad, dan Yayasan Belia Malaysia selaku rakan penyelaras program.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada CIMB Islamic Bank atas dana zakat wakalah yang telah membuka peluang dan lonjakan kepada para peserta asnaf untuk bangkit daripada kepompong kemiskinan melalui penyediaan platform pekerjaan, aset kenderaan, peralatan serta membangunkan perniagaan tersendiri melalui latihan keusahawanan selama 4 hari 3 malam.

Perasmian Majlis Penyerahan Motosikal tersebut telah disempurnakan YB. Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, diiringi oleh Ybhg. Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi Yayasan Belia Malaysia, Ybrs. En. Zarul Hafizh Hamzah, Pengarah Perbankan Korporat CIMB Islamic Bank Berhad, Ybhg, Dato’ Mustapa Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Belia Malaysia, dan Ybhg. Tuan Mohamad Kairi Ghazalli, Ketua Pegawai Eksekutif , Zakat MAINPP

Majlis turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan kolaborasi strategik iaitu Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Foodpanda Malaysia dan Taylor’s Community, yang bersama-sama menyokong inisiatif pemerkasaan ekonomi golongan asnaf.

Dengan selesainya pemberian motosikal kepada peserta, Yayasan Belia Malaysia akan terus memantau prestasi dan disiplin setiap para peserta selama 12 bulan sepanjang melaksanakan kerjaya sebagai penghantar makanan.

Yayasan Belia Malaysia mendoakan agar para peserta dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh kecekalan dan senantiasa selamat di jalan raya.

Umat Islam Melakar Sejarah Penghijrahan,Lambang Perpaduan dan Kesatuan,Bersatu Hati, Bersama Mewujudkan Kejayaan.Selamat...
16/06/2026

Umat Islam Melakar Sejarah Penghijrahan,
Lambang Perpaduan dan Kesatuan,
Bersatu Hati, Bersama Mewujudkan Kejayaan.

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448 Hijrah.
Ikhlas daripada Yayasan Belia Malaysia

Address

Lot 15. 15, Level 15, Wisma Zelan, No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:30
Tuesday 09:00 - 05:30
Wednesday 09:00 - 05:30
Thursday 09:00 - 05:30
Friday 09:00 - 05:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Belia Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share