Pertubuhan Perdana Nasional

Pertubuhan Perdana Nasional Pertubuhan ini adalah platform penggerak kepada pembangunan dan kemajuan serta kemakmuran negara.

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”Marilah kita meneladani akhlak Rasulullah SAW deng...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M
“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Marilah kita meneladani akhlak Rasulullah SAW dengan menyuburkan kasih sayang, menegakkan keadilan dan memperkukuh persaudaraan demi membina ummah yang bersatu, sejahtera serta diberkati.

🇲🇾 MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026 | SESI BERSEMBANG & SILATURAHIMMajlis diteruskan dengan sesi santai yang menghimpunkan Y...
14/08/2026

🇲🇾 MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026 | SESI BERSEMBANG & SILATURAHIM

Majlis diteruskan dengan sesi santai yang menghimpunkan YB Senator Ustazah Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), rakan-rakan strategik serta para tetamu.

Selain mengeratkan silaturahim, sesi ini turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan memperkukuhkan hubungan antara pelbagai pihak. 🤝🏻🤲🏻

“Mengenang Jasa, Mewarisi Amanah.” 🇲🇾

🇲🇾 MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026 | ZIARAH DAN SIRAMAN AIR DI MAKAM PAHLAWANMajlis diteruskan dengan ziarah dan renjisan a...
13/08/2026

🇲🇾 MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026 | ZIARAH DAN SIRAMAN AIR DI MAKAM PAHLAWAN

Majlis diteruskan dengan ziarah dan renjisan air di Makam Pahlawan bersama YB Senator Ustazah Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta para rakan strategik dan para tetamu yang hadir.

Ziarah ini melibatkan makam Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Abdul Ghafar Baba dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai tanda penghormatan terhadap jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga semangat perjuangan, kepimpinan dan pengorbanan mereka terus menjadi inspirasi kepada generasi masa kini dan akan datang. 🇲🇾

“Mengenang Jasa, Mewarisi Amanah.”

🇲🇾 MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026 | PENGHARGAAN RAKAN KERJASAMASebagai tanda penghargaan, Sijil Penghargaan telah disampai...
12/08/2026

🇲🇾 MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026 | PENGHARGAAN RAKAN KERJASAMA

Sebagai tanda penghargaan, Sijil Penghargaan telah disampaikan kepada Penganjur Bersama dan Rakan Strategik yang banyak membantu serta memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Penganjur Bersama :
• Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Majlis Belia Kawasan Bukit Bintang

Rakan Strategik :
• Masjid Negara Malaysia
• Malaysian Youth Generation Organisation (MYGO)
• Malaysia Asset Digital Community Association (MYDAC)
• Parti Gabungan Suara Belia (GABUNGAN)
• Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Segambut
• Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Seputeh
• Majlis Belia Kawasan Segambut
• Kelab Baitul Rahman, Kolej Dato’ Onn, UKM

Terima kasih atas kepercayaan, komitmen dan kerjasama yang diberikan dari awal hingga selesai. Semoga jalinan ini terus kekal dan diperkukuh untuk program-program akan datang. 🤝🏻🇲🇾

“Mengenang Jasa, Mewarisi Amanah.”

🇲🇾 MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026 | MENGENANG JASA, MEWARISI AMANAHMajlis dimulakan dengan Solat Zohor berjemaah sebelum d...
11/08/2026

🇲🇾 MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026 | MENGENANG JASA, MEWARISI AMANAH

Majlis dimulakan dengan Solat Zohor berjemaah sebelum diteruskan dengan ucapan aluan Presiden Pertubuhan Perdana Nasional (PPN) seusai solat.

Seterusnya, majlis disusuli dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Hassan Al-Fadhli Abdul Rahman, Imam Masjid Negara, bagi mendoakan para negarawan yang telah kembali ke rahmatullah. 🤲🏻

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Senator Ustazah Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama para tetamu dan wakil organisasi yang hadir.

Semoga doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT dan jasa para negarawan terus dikenang serta diwarisi oleh generasi mendatang. 🇲🇾

“Mengenang Jasa, Mewarisi Amanah.”

🖤 ETIKA PEMAKAIAN MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026Bagi menghormati kesucian Masjid Negara serta memelihara adab menghadiri m...
05/08/2026

🖤 ETIKA PEMAKAIAN MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026

Bagi menghormati kesucian Masjid Negara serta memelihara adab menghadiri majlis ilmu dan doa, para tetamu dimohon mematuhi etika pemakaian bertemakan warna hitam seperti yang telah ditetapkan.

Etika pemakaian ini adalah sebagai tanda kesederhanaan, penghormatan kepada para negarawan yang telah kembali ke rahmatullah serta bagi mewujudkan suasana majlis yang tertib dan harmoni.

🤲 Marilah kita hadir dengan pakaian yang sopan, hati yang ikhlas dan doa yang tulus.

🗓 08 Ogos 2026 (Sabtu)
🕧 12.30 tengah hari (Selepas Solat Zohor) hingga selesai
📍 Dewan Solat Utama & Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur

📝 Pengesahan Kehadiran (RSVP):
https://forms.gle/fpPak5yxj63gBWm87

“Mengenang Jasa, Mewarisi Amanah.” 🇲🇾

🇲🇾 JOM HADIRI MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026"Mengenang Jasa, Mewarisi Amanah"Setiap generasi mempunyai tanggungjawab untuk...
04/08/2026

🇲🇾 JOM HADIRI MAJLIS TAHLIL NEGARAWAN 2026
"Mengenang Jasa, Mewarisi Amanah"

Setiap generasi mempunyai tanggungjawab untuk mengenang jasa, mendoakan mereka yang telah pergi dan meneruskan amanah yang ditinggalkan.

Ayuh bersama-sama mengimarahkan Majlis Tahlil Negarawan 2026 dengan Solat Zohor berjemaah, bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa buat para negarawan yang telah kembali ke rahmatullah.

🗓 08 Ogos 2026 (Sabtu)
🕧 12.30 tengah hari (Selepas Solat Zohor) hingga selesai
📍 Dewan Solat Utama & Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur

👔 Etika Pemakaian : Hitam
[ Baju Melayu • Baju Kurung • Kurta • Jubah ]

📝 Pendaftaran : https://forms.gle/fpPak5yxj63gBWm87

Mari hadir dan berdoa, mengenang jasa dan mewarisi amanah demi agama, bangsa dan negara. 🇲🇾🤲

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026 🇲🇾“Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”Pada Hari Pahlawan ini, marilah kita meng...
31/07/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026 🇲🇾

“Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”

Pada Hari Pahlawan ini, marilah kita mengenang dengan penuh hormat jasa dan pengorbanan para perwira yang telah mempertahankan kedaulatan, keamanan serta kemakmuran negara.

Semoga semangat keberanian, kesetiaan dan patriotisme yang diwariskan oleh para pahlawan terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memperkukuh perpaduan, mempertahankan keamanan dan memelihara kedaulatan tanah air tercinta.

Al-Fatihah buat para pahlawan yang telah gugur, serta setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pasukan keselamatan yang terus berbakti demi negara.

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.

Ikhlas daripada
Presiden, Majlis Kerja Tertinggi & Warga
Pertubuhan Perdana Nasional (PPN)
“Demi Nusa & Bangsa” 🇲🇾

Selamat Hari Bapa 2026Kasih seorang bapa jarang diucap tetapi sentiasa dirasa.Seorang bapa mungkin tidak memiliki segala...
21/06/2026

Selamat Hari Bapa 2026

Kasih seorang bapa jarang diucap tetapi sentiasa dirasa.

Seorang bapa mungkin tidak memiliki segalanya, tetapi dia sanggup memberikan segala yang dimilikinya demi kebahagiaan keluarga.

Terima kasih atas setiap pengorbanan, masa dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa pernah meminta balasan.

“Sehebat KASIH Bapa.”

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 05:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Perdana Nasional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share