YAYASAN VETERAN ATM

Directions Website

YAYASAN VETERAN ATM Laman Facebook Rasmi: Yayasan Veteran ATM
IG: https://www.instagram.com/yvatm/
Website: https://yvatm.my/ #/

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€Tanggal 16 September menjadi simbol penyatuan dan perpaduan rakyat dalam membentuk sebuah...
15/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Tanggal 16 September menjadi simbol penyatuan dan perpaduan rakyat dalam membentuk sebuah negara Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

Marilah kita terus memelihara semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian serta berganding bahu dalam membina Malaysia yang lebih maju dan makmur.

Berbeza budaya, satu jiwa.
Berbeza negeri, satu negara.
Bersama kita menjunjung Malaysia tercinta.

Ikhlas daripada Lt Kol Azwadi bin Jamian (B), Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga kerja YVATM.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡-πŠπ„πŒππ„π 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 (πŠπ“π): πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐇𝐄𝐕 π€π“πŒ π’π€ππ“π”ππˆ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€π“πŒ 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐋𝐔 πƒπˆ ππ„π‘π€πŠπ†π„π‘πˆπŠ/ 𝐏...
15/09/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡-πŠπ„πŒππ„π 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 (πŠπ“π): πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐇𝐄𝐕 π€π“πŒ π’π€ππ“π”ππˆ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€π“πŒ 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐋𝐔 πƒπˆ ππ„π‘π€πŠ
π†π„π‘πˆπŠ/ ππ€π‘πˆπ“ 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐀𝐑, 𝟏 π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ” - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon Marjuki meneruskan komitmen memperkasa agenda kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga menerusi lawatan kerja serta Program Ziarah Kasih KTP-KP JHEV ATM di beberapa lokasi sekitar Gerik dan Parit Buntar, Perak hari ini.
Program itu dimulakan dengan kunjungan ke kediaman Veteran ATM tidak berpencen, Abu Bakar Mohd Said di Kampung Batu 6, Bandariang, Gerik yang terlantar akibat strok sejak 2022.
Dalam lawatan itu, Semaon turut menyampaikan sumbangan Zakat Wakalah berjumlah RM500 selain bantuan lampin pakai buang dan Kit Kebajikan JHEV ATM bagi meringankan beban yang ditanggung veteran berkenaan serta keluarganya.
Beliau kemudian meneruskan ziarah ke Felda Bersia bagi melawat Veteran ATM tidak berpencen, Mohamad Yusof Othman yang bekerja sendiri dan masih menyara empat anak yang sedang bersekolah.
Program berkenaan turut menyaksikan kunjungan ke kediaman Puan Zainuyah Saleh, balu kepada Allahyarham Veteran ATM Baharudin Yeop Md Ali di Kampung Bongor, Gerik sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan keluarga veteran negara.
Siri ziarah diteruskan di Parit Buntar dengan lawatan ke rumah Veteran ATM, Hairul Nizam Md Yusoff yang kini menjalani rawatan dan pemulihan di rumah selepas dibenarkan keluar dari Hospital Parit Buntar.
Lawatan tersebut memberi peluang kepada Ketua Pengarah JHEV ATM meninjau sendiri keadaan semasa veteran terlibat selain bertanya khabar serta mengenal pasti keperluan bantuan yang boleh disalurkan.
Semaon berkata JHEV ATM sentiasa komited memastikan kebajikan Veteran ATM dan waris mereka terus terbela melalui pelbagai inisiatif bantuan dan program turun padang yang dilaksanakan secara berterusan.
β€œJHEV ATM sentiasa komited memastikan kebajikan Veteran ATM dan waris mereka terus terbela. Program turun padang seperti ini membolehkan kita melihat sendiri situasi sebenar yang dihadapi veteran serta menyalurkan bantuan yang bersesuaian mengikut keperluan semasa,” katanya.
Beliau berkata pendekatan bersemuka turut membolehkan JHEV ATM memperkukuh jaringan sokongan bersama agensi berkaitan dan komuniti setempat bagi memastikan kebajikan veteran serta keluarga mereka terus diberi perhatian.
β€œSetiap pengorbanan yang dicurahkan oleh Veteran ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara wajar dihargai. Justeru, JHEV ATM akan terus mempergiat usaha mendekati mereka agar tiada veteran atau waris yang tercicir daripada menerima bantuan dan sokongan yang diperlukan,” katanya.
Program Ziarah Kasih-KTP merupakan antara inisiatif berterusan JHEV ATM dalam memastikan kebajikan veteran ATM terus terpelihara di samping memperkukuh hubungan antara jabatan itu dengan golongan veteran dan waris melalui pendekatan turun padang.
Kesejahteraan Veteran ATM terus diperkasa menerusi Teras 7 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 yang menggariskan 4 strategi dan 8 inisiatif bagi memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa diberi perhatian. Pendekatan menyeluruh berteraskan Whole of Government dan Whole of Society akan memperkukuh usaha meningkatkan taraf hidup Veteran ATM sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka kepada negara.
Program turun padang itu menjadi platform penting dalam memastikan kebajikan, kesejahteraan dan keperluan Veteran ATM serta keluarga terus diberi perhatian secara berterusan.
Usaha berkenaan juga selaras dengan komitmen jabatan untuk memastikan setiap veteran yang pernah berbakti kepada negara terus disantuni, dihargai dan tidak dipinggirkan.

𝐊𝐏 𝐉𝐇𝐄𝐕 π€π“πŒ π’π€ππ“π”ππˆ π‹πˆπŒπ€ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€π“πŒ πƒπ€π‹π€πŒ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ πŠπ„πŒππ„π 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 πƒπˆ 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, πŠπ„πƒπ€π‡ππ€ππƒπ€π‘ 𝐁𝐀𝐇...
15/09/2026

𝐊𝐏 𝐉𝐇𝐄𝐕 π€π“πŒ π’π€ππ“π”ππˆ π‹πˆπŒπ€ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π€π“πŒ πƒπ€π‹π€πŒ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ πŠπ„πŒππ„π 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 πƒπˆ 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, πŠπ„πƒπ€π‡
𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝟐 π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ” - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon Marjuki hari ini menyantuni lima Veteran ATM menerusi Program Ziarah Kasih sempena Kempen Tabung Pahlawan (KTP) di sekitar Kampung Permatang Pasir dan Kampung Tebok Mat Rashid di sini.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM sentiasa diberi perhatian serta diperkasa.
"Setiap veteran mempunyai kisah pengorbanan yang tersendiri. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan mereka tidak dipinggirkan dan terus menerima perhatian sewajarnya. JHEV ATM akan terus komited melaksanakan program turun padang seperti ini bagi mendekati dan membantu veteran yang memerlukan. Pada masa yang sama, Kempen Tabung Pahlawan menjadi wadah penting untuk menggerakkan sokongan masyarakat dalam menghargai jasa para perajurit serta membantu meningkatkan kesejahteraan Veteran ATM dan keluarga mereka," katanya.
Lima veteran yang disantuni ialah Yusoff Omar, Shuib Mohd Zin, Ahmad Abdullah, Jaafar Ramli dan Ali Wanan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat mempertahankan negara.
Dalam program itu, turut diadakan penyerahan Kad Veteran ATM, sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada penerima yang terlibat.
Selain sesi ziarah, Semaon turut mengadakan lawatan tapak bagi Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Masjid Al-Irfan, Tadika KEMAS dan Perpustakaan Desa kampung berkenaan.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau keperluan serta cadangan projek penambahbaikan kemudahan komuniti setempat, termasuk kerja membaik pulih dan menaik taraf Masjid Al-Irfan, Perpustakaan Desa dan Tadika KEMAS, pemasangan pembentung di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir serta pelaksanaan aktiviti gotong-royong dan program kemasyarakatan.
Keseluruhan projek yang dicadangkan di bawah program berkenaan dijangka memberi manfaat kepada komuniti setempat termasuk Veteran ATM.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Azwadi Jamian (Bersara); Pengarah JHEV ATM Cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mejar Mohd Izmer Ghazali TUDM serta wakil persatuan Veteran ATM negeri Kedah.

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐊𝐏 𝐉𝐇𝐄𝐕 π€π“πŒ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ πƒπˆ 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, πŠπ„πƒ...
15/09/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐊𝐏 𝐉𝐇𝐄𝐕 π€π“πŒ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ πƒπˆ 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, πŠπ„πƒπ€π‡
𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, πŸ‘ π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ” – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) memperkukuh usaha pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) menerusi kunjungan hormat Ketua Pengarah, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon Marjuki ke Pejabat Daerah Bandar Baharu, hari ini.
Kunjungan tersebut diadakan bagi mengukuhkan kerjasama strategik antara JHEV ATM dan Pejabat Daerah Bandar Baharu selain menyelaraskan pelaksanaan projek di bawah inisiatif KAM dan SAM yang melibatkan Kampung Tebok Mat Rashid serta Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir.
Dalam pertemuan bersama Pegawai Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shaadah Ahmad, pelbagai perkara berkaitan perancangan dan pelaksanaan program telah dibincangkan termasuk aspek pemantauan projek, penyelarasan agensi serta keperluan komuniti setempat.
Diantara perkara lain yang turut di bincangkan ialah terkait pelaksanaan program berkenaan yang perlu dipercepatkan bagi memastikan manfaat yang dirancang dapat disampaikan kepada penduduk kampung serta warga sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.
Bagi Program Sekolah Angkat MADANI, sebanyak 15 projek bernilai RM100,000 telah dikenal pasti untuk dilaksanakan di SK Permatang Pasir. Projek tersebut merangkumi penambahbaikan kemudahan dan prasarana sekolah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada murid serta warga pendidik.
Sebagai kemuncak pelaksanaan program, JHEV ATM turut merancang penganjuran Mini Karnival Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI 2026 pada 24 Oktober depan di SK Permatang Pasir.
Program itu dijangka menghimpunkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk gotong-royong, sukan rakyat, larian santai (Fun Run), program pembangunan wanita, kaunter perkhidmatan kerajaan, pameran aset ketenteraan serta jamuan rakyat.
JHEV ATM merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Bandar Baharu, kepimpinan kampung dan pihak sekolah atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan inisiatif berkenaan.
Pihak Jabatan amat menghargai komitmen dan kerjasama erat yang terjalin antara agensi kerajaan serta komuniti setempat kerana sinergi tersebut merupakan faktor utama dalam memastikan Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus memberikan manfaat berterusan serta impak positif kepada masyarakat.
Penglibatan aktif semua pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan matlamat program untuk memperkasa komuniti, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta merapatkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat dapat direalisasikan dengan berkesan.
Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Azwadi Jamian (Bersara); Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi JHEV ATM, Puan Irma Jasmin Ishak; Pengarah JHEV ATM Cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mejar Mohd Izmer Ghazali TUDM, serta ketua-ketua kampung yang terlibat.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π π˜π€ππ† πŠπ„-πŸ”πŸ—Semoga semangat perjuangan dan patriotisme terus subur dalam jiwa kita demi...
30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π π˜π€ππ† πŠπ„-πŸ”πŸ—

Semoga semangat perjuangan dan patriotisme terus subur dalam jiwa kita demi Malaysia yang lebih maju dan sejahtera. Mari kita terus menghayati erti kemerdekaan sebenar dengan mengekalkan perpaduan, menghargai pengorbanan pejuang bangsa dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih makmur, sejahtera dan gemilang.

Ikhlas daripada Lt Kol Azwadi bin Jamian (B), Ketua Pegawai Eksekutif serta seluruh warga kerja YVATM.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H / 2026Mβ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang b...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta meneladani akhlak, sifat mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan menjadi sumber kekuatan untuk membentuk peribadi yang lebih baik, berakhlak mulia serta sentiasa mengamalkan nilai kasih sayang, kesederhanaan dan perpaduan.

β€œRasulullah SAW: Ikutan Sepanjang Zaman.”

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M

Ikhlas daripada Lt Kol Azwadi bin Jamian (B), Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga kerja YVATM.

𝐉𝐇𝐄𝐕 π€π“πŒ ππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π πŠπŽπŒππ”π“π„π‘ π‘πˆππ€, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 π™π€πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ πŠπ“π πƒπˆ ππ„π‘π€πŠπˆππŽπ‡, 𝟏...
21/08/2026

𝐉𝐇𝐄𝐕 π€π“πŒ ππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π πŠπŽπŒππ”π“π„π‘ π‘πˆππ€, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 π™π€πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ πŠπ“π πƒπˆ ππ„π‘π€πŠ
πˆππŽπ‡, πŸπŸ’ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ” – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) terus memperkukuh agenda kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan Program Ziarah Kasih-KTP serta Majlis Penyampaian Komputer Riba dan Bantuan Zakat Yayasan Veteran ATM (YVATM) di beberapa lokasi sekitar negeri Perak.
Program yang dipimpin Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon Marjuki itu turut menyaksikan penyampaian komputer riba dan bantuan zakat kepada Veteran ATM yang memerlukan dalam satu majlis di Dewan Nur Iman, Masjid An-Nur, Batu 8, Hulu Kinta.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara).
Selain majlis penyampaian bantuan, Dato’ Semaon turut melaksanakan Program Ziarah Kasih-KTP dengan mengunjungi beberapa Veteran ATM di sekitar Tanjung Rambutan, Ipoh, Kampar dan Tapah bagi meninjau keadaan semasa serta mengenal pasti keperluan kebajikan mereka.
Antara Veteran ATM yang menerima kunjungan ialah Chan Yu Kuan, 80, Ayob Sahak, 72, Ishak Abdul Rahman, 71, dan Omar Osman, 63. Melalui program tersebut, pelbagai bentuk bantuan telah dikenal pasti untuk disalurkan kepada Veteran yang layak, termasuk Bantuan Sara Hidup (BSH), bantuan peralatan perubatan, bantuan baik pulih rumah serta bantuan sekali beri mengikut keperluan semasa penerima.
JHEV ATM melalui pendekatan turun padang itu membolehkan agensi berkenaan menilai sendiri keadaan Veteran ATM dan memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara lebih tepat dan berkesan.
Pelaksanaan program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan JHEV ATM dan YVATM dalam memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa terpelihara sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
Usaha memperkukuh kesejahteraan Veteran ATM turut dipacu menerusi Teras 7 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 yang menggariskan empat strategi dan lapan inisiatif khusus bagi mempertingkatkan kebajikan golongan berkenaan.
Pendekatan menyeluruh berasaskan konsep Whole of Government dan Whole of Society dijangka terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif kebajikan serta meningkatkan taraf hidup Veteran ATM dan keluarga mereka.

π“πˆπ€πƒπ€ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π“π„π‘ππˆππ†π†πˆπ‘, 𝐉𝐇𝐄𝐕 π€π“πŒ π’π€ππ“π”ππˆ 𝐃𝐔𝐀 π“πŽπŠπŽπ‡ π€π“πŒ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ ππ„πƒπ”π‹πˆ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 πŒπ€πƒπ€ππˆπΎπ‘ˆπ΄πΏπ΄ πΏπ‘ˆπ‘€π‘ƒπ‘ˆπ‘…, 19 π‘‚π‘”π‘œπ‘  2026 - Jaba...
21/08/2026

π“πˆπ€πƒπ€ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 π“π„π‘ππˆππ†π†πˆπ‘, 𝐉𝐇𝐄𝐕 π€π“πŒ π’π€ππ“π”ππˆ 𝐃𝐔𝐀 π“πŽπŠπŽπ‡ π€π“πŒ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ ππ„πƒπ”π‹πˆ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 πŒπ€πƒπ€ππˆ
πΎπ‘ˆπ΄πΏπ΄ πΏπ‘ˆπ‘€π‘ƒπ‘ˆπ‘…, 19 π‘‚π‘”π‘œπ‘  2026 - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) meneruskan usaha memperkasa agenda kebajikan dan penghargaan kepada veteran menerusi Program Peduli Veteran MADANI (PVM) yang dilaksanakan bersama Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari, di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Ampang, hari ini.
Program berkenaan melibatkan kunjungan kebajikan ke kediaman dua tokoh veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), iaitu Mantan Panglima Tentera Darat ke-16, Jeneral Tan Sri Dato’ Ismail Hassan (Bersara), di TTDI serta Mantan Pengarah Perisikan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Abdullah Samsudin (Bersara), di Ampang.
Turut mengiringi YB Adly Zahari ialah Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon Marjuki; Pengarah JHEV ATM Cawangan Selangor dan Kuala Lumpur, Komander Mohd Syafiq Zakaria TLDM; serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Leftenan Kolonel Azwadi Jamian (Bersara).
Dalam kunjungan tersebut, YB Adly Zahari menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada kedua-dua veteran berkenaan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara. Selain itu, Abdullah turut menerima Pingat Congo sebagai pengiktirafan terhadap penglibatan dan perkhidmatan beliau dalam misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Program itu turut menyaksikan penyampaian Kad Veteran baharu serta sumbangan kebajikan daripada Yayasan Veteran ATM bagi memastikan kebajikan veteran terus diberi perhatian dan diperkasakan secara berterusan. PVM merupakan antara inisiatif kementerian dalam mendekati veteran ATM secara langsung di kediaman masing-masing selain menyampaikan penghargaan atas sumbangan mereka dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan bahawa usaha memperkasa kesejahteraan veteran ATM akan terus diberi keutamaan selaras dengan Teras 7 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 yang menekankan pemerkasaan kesejahteraan anggota, veteran ATM serta keluarga mereka.
JHEV ATM akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif kebajikan dan penghargaan secara inklusif sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI bagi memastikan kesejahteraan golongan veteran sentiasa terpelihara.

Address

Tingkat 5, Lot 31-5 & 29-5 Metro Centre , Jalan 8/146, Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YAYASAN VETERAN ATM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share