NINJA Society Kuala Lumpur

Directions

NINJA Society Kuala Lumpur Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NINJA Society Kuala Lumpur, Non-Governmental Organization (NGO), Kuala Lumpur.

๐‘ซ๐‘จ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป ๐‘ป๐‘ผ๐‘จ๐‘ต๐‘ฒ๐‘ผPertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia ( Ninja Malaysia ) merafak sembah setinggi-tin...
27/09/2026

๐‘ซ๐‘จ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป ๐‘ป๐‘ผ๐‘จ๐‘ต๐‘ฒ๐‘ผ

Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia ( Ninja Malaysia ) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (2001โ€“2026).

Sesungguhnya 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menjadi lambang kepimpinan, kewibawaan dan keprihatinan dalam menaungi kesejahteraan serta kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia zaman, melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar terus memayungi negeri Selangor dengan penuh hikmah dan segala kebesarannya.

Ampun tuanku.

Sembah takzim daripada :

Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia ( Ninja Malaysia )

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”YDH Nik Muhammad Hazim Bin Nik Mohamed Hazmi, Yang Di Pertua Pertubuhan Kebajikan...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

YDH Nik Muhammad Hazim Bin Nik Mohamed Hazmi, Yang Di Pertua Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia (Ninja Malaysia), bersama Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan serta seluruh keluarga besar Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia (Ninja Malaysia) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tanggal 16 September menjadi lambang penyatuan, kebersamaan dan kekuatan rakyat Malaysia dalam membina sebuah negara yang aman, berdaulat dan sejahtera.

Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, saling menghormati kepelbagaian serta berganding bahu memelihara keamanan dan keharmonian negara.

Walau berbeza negeri, budaya dan latar belakang, kita tetap berdiri di bawah satu Jalur Gemilang dengan satu tekad โ€” Malaysia yang bersatu, aman dan makmur.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐“๐ˆ






Kes serangan dan gigitan anjing di Malaysia dari tahun 2021 hingga 2026. Setiap tahun terdapat kes kematian akibat seran...
13/09/2026

Kes serangan dan gigitan anjing di Malaysia dari tahun 2021 hingga 2026. Setiap tahun terdapat kes kematian akibat serangan dan gigitan anjing terutama anjing liar.

Negara ini tidak boleh berkompromi terhadap keselamatan awam. Rakyat berhak bebas daripada ketakutan. Jangan hanya menjaga hati dan kehendak sebilangan pencinta anjing liar, negara mengabaikan hak keselamatan 33 juta rakyat Malaysia.

Anak-anak kita berhak bebas bermain di halaman rumah tanpa ancaman anjing liar. Rumah bukan penjara dan merupakan tempat membesar dan bebas bergerak dengan aman.

Tolonglah wahai PENCINTAยฒ ANJING sekalian, jangan samakan anjingยฒ liar ni dengan yang dipelihara, membahayakan keselamatan terutamanya kanakยฒ. Ini bukan isu halal haram bukan juga isu agama tapi isu KESELAMATAN ( membahayakan nyawa jika digigit anjing yang dijangkiti rabies ).

Kami turut ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan NGO yang giat melaksanakan program (Trap - Neuter - Rehome - Manage) sejak beberapa tahun lalu dan ia dilihat berjaya untuk mengurangkan populasi haiwan liar di jalanan dan mengekang penularan penyakit rabies.

Jika tindakan ini mendapat kecaman dan tidak dipersetujui oleh Pecinta Haiwan Liar, oleh yang demikian saya turut ingin menjemput PENCINTAยฒ ANJING datanglah ambil, pelihara dan sayangilah anjingยฒ liar ini kerana anda adalah insan yang tepat dan golongan yang layak untuk memberi kasih sayang yang sempurna kepada hidupan liar ini.

Keselamatan tanggungjawab bersama. Nyawa manusia amat berharga. Lindungi anak-anak anda daripada ancaman anjing liar ganas!

๐ŸŒซ๏ธ FENOMENA JEREBU: JANGAN PANDANG RINGAN KESIHATAN ANDA!Apabila jerebu melanda, udara yang kita sedut boleh mengandungi...
12/09/2026

๐ŸŒซ๏ธ FENOMENA JEREBU: JANGAN PANDANG RINGAN KESIHATAN ANDA!

Apabila jerebu melanda, udara yang kita sedut boleh mengandungi zarah halus seperti PM2.5 yang boleh masuk jauh ke dalam sistem pernafasan dan menjejaskan kesihatan.

โš ๏ธ Antara kesan yang mungkin dialami:
๐Ÿคง Batuk dan selesema
๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Sesak nafas atau nafas berbunyi
๐Ÿ‘๏ธ Mata pedih dan berair
๐Ÿค• Sakit kepala dan pening
๐Ÿซ Memburukkan keadaan asma serta penyakit paru-paru

๐Ÿ‘ถ Kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan individu yang mempunyai masalah pernafasan atau penyakit kronik perlu lebih berhati-hati.

๐Ÿ’ก Apa yang boleh anda lakukan?
โœ… Kurangkan aktiviti luar apabila kualiti udara tidak sihat
๐Ÿ˜ท Pakai pelitup muka yang sesuai jika perlu berada di luar
๐Ÿ’ง Minum air secukupnya
๐Ÿ  Tutup pintu dan tingkap jika keadaan jerebu semakin teruk
๐ŸŒฟ Pantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan ikut nasihat pihak berkuasa

๐Ÿšจ Jika anda mengalami sesak nafas yang teruk, sakit dada, atau simptom yang semakin memburuk, segera dapatkan rawatan.

โค๏ธ Jerebu mungkin berada di luar, tetapi kesannya boleh masuk ke dalam tubuh kita. Lindungi diri, lindungi keluarga.

๐Ÿ’ฌ Kongsikan posting ini kepada keluarga dan rakan-rakan supaya lebih ramai tahu cara menjaga kesihatan ketika jerebu.

  KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 9/2026 (CDA) - HUMSERV NINJA SOCIETYSabtu & Ahad | 22 - 23 Ogos 2026Baru-baru ini, AP...
27/08/2026



KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 9/2026
(CDA) - HUMSERV NINJA SOCIETY

Sabtu & Ahad | 22 - 23 Ogos 2026

Baru-baru ini, APM Putrajaya telah mengadakan Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 9/2026. Seramai 22 orang anggota bantuan CDA HUMSERV daripada Pertubuhan Ninja Society telah menyertai kursus tersebut dan kursus telah berlangsung dengan jayanya.

Sepanjang kursus dijalankan, para peserta telah mengikuti latihan Asas Kawad Kaki, Asas Pertolongan Cemas dan Asas Melawan Kebakaran. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan pelbagai pengetahuan serta kemahiran asas bagi meningkatkan disiplin, kerjasama, keupayaan memberi bantuan kecemasan, mengenal pasti risiko kebakaran dan melaksanakan tindakan awal dengan selamat.

Diharapkan segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam situasi sebenar demi keselamatan diri dan kesejahteraan masyarakat.

NINJA Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus giat menyantuni masyarakat menerusi penganjuran pelbagai ...
16/03/2026

NINJA Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus giat menyantuni masyarakat menerusi penganjuran pelbagai program bersama komuniti setempat.

Pada 14 Mac 2026 yang lalu, mereka telah menggembleng tenaga bersama Ninja Malaysia cawangan Balakong bagi menjayakan program agihan Bubur Pulut Hitam Percuma kepada komuniti berbuka puasa / moreh di Masjid
/ Surau dan kawasan sekitar bersempena program "Mengejar Pahala LailatulQadar" menjelang penghujung Ramadhan 1447H ini di bagi kawasan Cheras dan sekitarnya.

Program tersebut diuruskan oleh YS Abang Mohd Fazreen (Pengerusi NINJA Malaysia Cawangan Desa Cheras) dan telah disertai oleh jemaah ahli Ninja Malaysia yang tinggal berhampiran.

Pertubuhan NINJA Malaysia menekankan konsep jaringan belia dengan institusi agama melalui program kesukarelawanan, khidmat sosial dan pembentukan pelapis kepimpinan.

Sementara itu, sepanjang hari program merangkumi aktiviti gontong royong menyiapkan bubur dan agihan 450 pek bubur pulut hitam kepada institusi Agama Islam yang berdekatan selain agihan secara rawak kepada komuniti penduduk setempat.

Banyak lagi program bersama komuniti seperti ini dirancang oleh NINJA Wilayah Persekutuan selepas ini bagi menyantuni mereka yang memerlukan, selaras dengan komitmen untuk sentiasa melestari gerakan kebajikan.

Pertubuhan NINJA Malaysia menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana entiti dan masyarakat untuk menyantuni semua lapisan yang memerlukan.




*AGIHAN BUBUR KACANG HIJAU PERCUMA DI SEGAMBUT, KUALA LUMPUR*11 Mac 2026 (RABU) | Alhamdulillah sempena Ramadan Al-Mubar...
12/03/2026

*AGIHAN BUBUR KACANG HIJAU PERCUMA DI SEGAMBUT, KUALA LUMPUR*

11 Mac 2026 (RABU) | Alhamdulillah sempena Ramadan Al-Mubarak tahun ini, Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia Cawangan Segambut, Kuala Lumpur (NINJA Segambut) telah menganjurkan program agihan bubur Kacang Hijau percuma sebanyak 300 bungkus kepada komuniti penduduk berpuasa di kawasan Segambut, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan inisiatif tahunan Ninja Malaysia dalam menyantuni Masyarakat Islam yang berpuasa di sekitar Kuala Lumpur, khususnya dalam berkongsi kegembiraan dan keberkatan bulan Ramadan bersama mereka.

Suasana program kali ini cukup menyentuh hati. Terpancar wajah ceria para penerima apabila bubur kacang hijau diagihkan. Ada di antara mereka yang berkongsi cerita bahawa itulah bubur kacang hijau pertama yang diterima sepanjang Ramadan pada tahun ini. Jesteru, ia menjadikan momen ini lebih bermakna dan penuh rasa syukur.

Melalui program ini, bukan sekadar makanan yang diagihkan tetapi juga kasih sayang, perhatian dan ukhuwah sesama masyarakat dapat dirasai oleh para penerima.

Pihak Ninja Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua para dermawan yang telah menyumbang dan menyokong program ini. Sesungguhnya amanah yang diberikan telah kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan pahala berlipat ganda di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.





22/01/2026

Address

Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NINJA Society Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share