14/02/2026
Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh prasarana rakyat apabila mengumumkan pembinaan Dewan Komuniti Jelai di Sungai Koyan.
Dengan peruntukan berjumlah RM10 juta, dewan moden ini bakal menjadi nadi baharu komuniti setempat dan mampu memuatkan sehingga 1,000 orang dalam satu-satu masa dengan kemudahan yang selesa dan kondusif.
Lebih daripada sekadar sebuah bangunan, ia adalah simbol pelaburan kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang terhadap kebersamaan masyarakat luar bandar sebagai ruanh untuk program kemasyarakatan, aktiviti belia, majlis rasmi, seminar, dan pelbagai agenda pembangunan sosial.
Projek ini dijangka siap seawal Februari atau April 2027, sekali gus memberi nafas baharu kepada Sungai Koyan sebagai pusat tumpuan komuniti di kawasan Jelai.
Inilah bukti bahawa pembangunan tidak hanya tertumpu di bandar, tetapi terus merakyat hingga ke pedalaman. Pahang terus melangkah maju, inklusif, seimbang dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat.