06/08/2026
π KHUTBAH JUMAAT | 7 OGOS 2026 π
Tajuk: Jauhi Judi Dalam Pertandingan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama hadir mengimarahkan Solat Jumaat di Masjid Felda Chegar Perah 01.
Khutbah minggu ini mengajak kita menjauhi segala bentuk perjudian, sama ada secara bersemuka mahupun atas talian, termasuk pertaruhan dalam sukan, permainan digital dan apa jua pertandingan yang mengandungi unsur pertaruhan.
Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah najis daripada amalan syaitan. Maka jauhilah ia agar kamu beroleh kejayaan."
(Surah al-Ma'idah: 90)
π€² Marilah hadir awal, bersujud dan beribadah secara berjemaah. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan rezeki, ketenangan hati serta melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada perkara yang dilarang.
π Masjid Felda Chegar Perah 01
ποΈ Jumaat | 7 Ogos 2026