Friends Of PPU Lipis

Friends Of PPU Lipis Friends Of Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis

18/06/2023
Pemuda Tempoyang selesai adakan mesyuarat pagi tadi. Sdra Pali melepaskan jawatan kepada sdra Syazwan. Mewakili pemuda b...
19/02/2023

Pemuda Tempoyang selesai adakan mesyuarat pagi tadi. Sdra Pali melepaskan jawatan kepada sdra Syazwan.

Mewakili pemuda bahagian adalah sdra Cikgu Hafizul.

Tahniah Pemuda Tempoyang!

Mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan Aur Gading. Dulu kampung aur gading ni hulu yang amat. Tapi sekarang dah jauh berbeza, li...
19/02/2023

Mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan Aur Gading. Dulu kampung aur gading ni hulu yang amat. Tapi sekarang dah jauh berbeza, line telefon dah ada, kemudahan prasarana dah semakin baik.

Ketua Pemuda yang dipilih adalah Sdra Hisamudin, merupakan seorang usahawan muda yang sedang meningkat naik. Nak buat rumah guna pinjaman perumahan pun boleh berhubung dengannya.

Sdra Mohd Zakwan dan Fadhil Benta mewakili pergerakan pemuda umno bahagian ke mesyuarat tersebut.

Tahniah Aur Gading!

Mesyuarat Pemuda UMNO Caw Cheneras Jaya. Kebanyakan penduduk di cheneras jaya ini kerja nya agak steady-steady dahulu. S...
18/02/2023

Mesyuarat Pemuda UMNO Caw Cheneras Jaya. Kebanyakan penduduk di cheneras jaya ini kerja nya agak steady-steady dahulu. Sekarang ramai yang dah pencen, anak anak mereka juga kebanyakannya kerja di luar.

Namun Pemuda Cheneras Jaya yang diketuai Fazrol mampu menarik mereka yang dekat untuk hadir,yang jauh untuk pulang untuk tunaikan tanggungjawab.

Hadir mewakili Pemuda UMNO Bhgn Sdra Zakwan yang merupakan AJK Pemuda UMNO Bahagian Lipis.

Tahniah Cheneras Jaya!

Mesyuarat Pemuda UMNO Caw Bukit Kubu, Kechau. Sebut pasal kechau orangnya garang-garang..tapi dalam hati ada taman. Nyan...
18/02/2023

Mesyuarat Pemuda UMNO Caw Bukit Kubu, Kechau. Sebut pasal kechau orangnya garang-garang..tapi dalam hati ada taman. Nyanyi pun sedak. Pemuda Caw Bukit Kubu diketuai oleh Sdra Yol.

Mesyuarat pemuda dihadiri oleh wakil Pergerakan Pemuda Bhgn Sdra Faizal @ Bob.

Tahniah Bukit Kubu!

Malam semalam juga Mesyuarat Pemuda Cawangan Kg Gua. Gua ni bila sebut bab bola, ramai orang cakap memang hebat sejak du...
18/02/2023

Malam semalam juga Mesyuarat Pemuda Cawangan Kg Gua. Gua ni bila sebut bab bola, ramai orang cakap memang hebat sejak dulu dan kini. Satu kampung yang cukup dikenali. Boleh kira kampung ikon juga la dalam Lipis ni.

Info diterima, Mesyuarat telah memutuskan Sdra Mohd Zakwan @ Zack untuk terus mengemudi Pemuda Caw Kg Gua. Sepertimana Fayyad FC, difahamkan juga Sdra Zack adalah Pengurus Pasukan Gua di Kejohanan Bola Sepak Lipis yang sedang meriah sekarang.

Hadir sama dalam gambar semalam adalah Dato Mustapa, YB Padang Tengku. Turut hadir mewakili Pemuda Bahagian semalam adalah Sdra Raih. AJK Pemuda yang cukup aktif selama ini.

Tahniah Pemuda Cawangan Gua!

Semalam belangsung juga mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan Tanjung Jambu.Tahu Tanjung Jambu kat mana? Kalau tak tahu, memang...
18/02/2023

Semalam belangsung juga mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan Tanjung Jambu.

Tahu Tanjung Jambu kat mana? Kalau tak tahu, memang masalah. Kg Tanjung Jambu terletak dalam Dun Padang Tengku iaitu dalam perjalanan Berchang Ke Koyan. Tanjung Jambu dan Telang adalah berjiran. Orang kata sebelah-sebelah.

Mesyuarat Pemuda Cawangan semalam memutuskan Sdra Fuad sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Tanjung Jambu. Fuad yang satu masa dahulu pernah viral menunggang motosikal di subuh hari lengkap berpakaian baju melayu untuk hadir ke persidangan bahagian.cukup bersemangat. Hadir mewakili pemuda bahagian semalam adalah Sdra Syazwan AR.

Tahniah Pemuda Caw Tanjung Jambu!

Mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan Benta telah memilih sdra Muzamir untuk mengemudi pemuda cawangan Benta. Sebut nama Fayyad...
17/02/2023

Mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan Benta telah memilih sdra Muzamir untuk mengemudi pemuda cawangan Benta.

Sebut nama Fayyad pasti ramai tahu kan?Muzamir yang lebih mesra dipanggil Along merupakan seorang Pengurus Kelab Bola Sepak Fayyad FC yang telah menggegarkan arena futsal di Lipis khususnya dan negeri Pahang.

Hadir mewakili ke mesyuarat tersebut adalah sdra Apizal Pahmin (Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis).

Tahniah Pemuda Caw Benta!

Selamat Bersidang Kepada seluruh perwakilan UMNO Kuala Lipis.
03/02/2023

Selamat Bersidang Kepada seluruh perwakilan UMNO Kuala Lipis.

Address

Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Lipis
Kuala Lipis
27200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Friends Of PPU Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share