KG. ALAH BATU

KG. ALAH BATU Selamat datang ke Laman Rasmi Kampung Alah Batu.

MALAM RAYA: BARAAN TAKBIR RAYA RUMAH KE RUMAH.01 Syawal 1447H | Kampung Alah BatuTakbir raya rumah ke rumah merupakan tr...
20/03/2026

MALAM RAYA: BARAAN TAKBIR RAYA RUMAH KE RUMAH.

01 Syawal 1447H | Kampung Alah Batu

Takbir raya rumah ke rumah merupakan tradisi masyarakat Melayu khususnya bertujuaan untuk memupuk semangat berziarah dan mendoakan kesejahteraan tuan rumah yang menjemput.

Alah Batu tidak melepaskan peluang tersebut, seminggu sebelum syawal telah diumumkan oleh Encik Zulhamka jika ada yang ingin menjemput bagi bertakbir dirumah mereka. Hasilnya 12 rumah menjemput jemaah surau untuk bersama ke rumah mereka.

Yang lebih menggembirakan ialah apabila para pemuda kampung, anak perantauan, anak kecil dan otai kampung duduk bersama tanpa mengira status atau umur, bertakbir mengagungkan Allah dan mendoakan tuan rumah. Inilah adat yang patut diteruskan dan jangan biar ia mati ditelan zaman.

Pihak JPKK akan terus menjaga tradisi ini dan akan terus merangka aktiviti yang memberikan impak yang baik buat penduduk kampung.

Malam raya, kholas! Kita jumpa untuk solat dan khutbah raya esok!

JPKK ALAH BATU.



SALAM AIDILFITRI 1447H | JPKK KAMPUNG ALAH BATUبِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِDengan penuh rasa syukur dan keinsafa...
20/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447H | JPKK KAMPUNG ALAH BATU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Alah Batu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penduduk kampung yang dikasihi.

Di kesempatan ini, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan harta dalam menjayakan program-program Ihya’ Ramadan sepanjang bulan yang mulia ini. Segala bentuk sumbangan dan keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan amatlah bermakna dalam mengimarahkan kampung kita dengan amal kebajikan.

Firman Allah SWT:
"…dan makan serta minumlah, tetapi janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
(Surah Al-A’raf: 31)

Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesederhanaan, kesyukuran dan mempereratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Akhir kata, kami memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang menjalankan amanah. Semoga kita semua dikurniakan keberkatan dan bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.

Ikhlas daripada:
JPKK Kampung Alah Batu



MAJLIS BERBUKA PUASA TAJAAN KELUARGA PUAN RAHMAH DAN PENYERAHAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN.18 Mac 2026 / 28 Ramadan 1447H |...
18/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA TAJAAN KELUARGA PUAN RAHMAH DAN PENYERAHAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN.

18 Mac 2026 / 28 Ramadan 1447H | Surau Al-Ehsan Alah Batu

Majlis berbuka puasa di Kampung Alah Batu kini sudah sampai ke pengakhirannya dengan tajaan terakhir oleh Keluarga Puan Rahmah, Nenda kepada Encik Mohammad Zulhamka Abdullah (Pengerusi JPKK Alah Batu).

Terima kasih pihak kami ucapkan kepada semua penduduk kampung yang hadir memeriahkan serta mengimarahkan surau kampung kita, juga tidak dilupakan kepada semua yang bersedekah daripada awal hingga akhir dengan pelbagai juadah yang dibawa.

Majlis hari ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Amran bin Sakir dan Isteri beliau, terima kasih Tuan Haji atas kesudian bersama dalam majlis hari ini.

Tidak sekadar berbuka puasa, Encik Zulhamka juga telah berurusan dengan Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Saifuddin Shafi untuk memohon 30 kotak makanan dan diluluskan dengan tempoh yang begitu pantas. Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban penduduk kampung yang terpilih.

Terima kasih sekali lagi kepada semua penduduk Kampung Alah Batu dan semoga ramadan tahun ini menjadi antara ramadan yang diingati oleh penduduk kampung.

JPKK ALAH BATU.



MAJLIS BERBUKA PUASA TAJAAN AHLI MAJLIS ZON1 DAN MAJLIS TERTINGGI KBJ.15 Mac 2026 / 25 Ramadan 1447H | Surau Al-Ehsan Al...
15/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA TAJAAN AHLI MAJLIS ZON1 DAN MAJLIS TERTINGGI KBJ.

15 Mac 2026 / 25 Ramadan 1447H | Surau Al-Ehsan Alah Batu

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Azrul Aziz dan Majlis Tertinggi Kelab Belia Jatidiri atas kesudian menaja majlis berbuka puasa di Surau Al-Ehsan Alah Batu.

Encik Azrul Aziz Azrul Aziz juga menyediakan 5 kotak makanan untuk diberikan kepada penama yang terpilih. Terima kasih atas bantuan terus menerus yang diberikan kepada Kampung Alah Batu.

Pihak JPKK juga membawa Imam Jemputan untuk solat sunat terawih pada hari ini. Imam jemputan pada hari ini ialah Ustaz Hazrieq, Tenaga Pengajar SRA Ar-Ridzuan, Slim River.

Alhamdulillah hubungan antara JPKK, Ahli Majlis dan Belia terus mekar bersama dan semoga hubungan baik ini akan menguntungkan semula Kampung Alah Batu.

JPKK ALAH BATU.



PROGRAM IFTAR RAMADAN MADANI 1447H / 2026 M.11 Mac 2026 / 21 Ramadan 1447H | Dewan Komuniti Felda Soeharto10 hari terakh...
11/03/2026

PROGRAM IFTAR RAMADAN MADANI 1447H / 2026 M.

11 Mac 2026 / 21 Ramadan 1447H | Dewan Komuniti Felda Soeharto

10 hari terakhir ramadan dimulakan dengan membawa 14 penduduk kampung untuk bersama dalam Program Iftar Ramadan Madani yang bertempat di Dewan Komuniti Felda Soeharto, Hulu Bernam.

Terima kasih kepada Encik Azrul Aziz, Ahli Majlis Zon 1 MPHS merangkap “PIC” bagi program hari ini atas kesudian membantu menyelaraskan bantuan ini kepada Alah Batu.

Terima kasih juga kepada semua penerima kerana hadir bersama dalam program hari ini dan patuh mengikut tentatif perjalanan program. Walau ada lari daripada landasannya, kami memohon maaf selaku PIC program.

Program hari ini sepatutnya dihadiri oleh YBM HEA, Dr. Zulkifli Hasan namun disebabkan Dr. Zul perlu menghadiri majlis lain, program hari ini dihadiri oleh YBTM HEA, Puan Marhamah. Turut bersama juga adalah:

• YBrs Tuan Mohd Kamarul Arifin bin Mohd Wafa, Setiausaha Politik kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
• YBhg Dr. Sathia Prakash Nadarajan, Penyelaras Parlimen Hulu Selangor
• YBhg Datuk Mohd Isa bin Abu Kasim, Penyelaras DUN Hulu Bernam
• Tuan Syed Nordin bin Ismail, Penolong Pengarah Kanan FELDA Wilayah Trolak
• Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Dakwah mewakili Ketua Pengarah JAKIM
• Tuan Haji Jafri bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAIS mewakili Pengarah JAIS
• YM Raja Nurmaria Murni binti Raja Nur Azmi, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Nestlé
• Encik Mohd Yasnoor Yahya, Pengurus Daerah ZUS Coffee
• Tuan Haji Zainal Rashid bin Zakaria, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA
• Encik Mohd Fitri Aziz bin Mohd Yusof, Pengarah YADIM Negeri Selangor
• Tuan Khairi bin Md Zainal, Pegawai Tadbir Agama Hulu Selangor
• DSP Mohd Asri bin Mohd Yunus, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor
• Encik Mamat Rasid bin Abd Rahman, Pengerusi JPKK Kampung Soeharto En Azrul , En Johari, En Muim, Cik Wong Ahli -Ahli majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Turut hadir pengurus-pengurus FELDA, ketua-ketua peneroka, ahli-ahli majlis, nazir-nazir masjid, pimpinan masyarakat tempatan, pengerusi-pengerusi JPKK sekitar DUN Hulu Bernam serta wakil penyumbang dan penaja daripada Yayasan Pelajaran MARA, JAKIM, Nestlé dan ZUS Coffee.

Semoga dengan pemberian ini dapat meringankan beban penerima sebelum kedatangan Aidilfitri.

JPKK ALAH BATU.



MAJLIS BERBUKA PUASA TAJAAN KELAB BELIA JATIDIRI TAMAN BUNGA RAYA (TABURA).10 Mac 2026 / 20 Ramadan 1447H | Surau Al-Ehs...
11/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA TAJAAN KELAB BELIA JATIDIRI TAMAN BUNGA RAYA (TABURA).

10 Mac 2026 / 20 Ramadan 1447H | Surau Al-Ehsan Alah Batu

Kampung Alah Batu menerima satu lagi tajaan berbuka puasa daripada Kelab Belia Jatidiri Taman Bunga Raya. Pada permulaannya, Encik Zulhamka Abdullah menghubungi Encik Izzuddin dengan sekadar gurauan jika pihak kelab hendak menaja satu slot berbuka puasa. Namun tanpa disangka pihak Enck Izzuddin menerima pelawaan tersebut tanpa berpikir panjang.

Setelah berbincang akhirnya hari dan tarikh yang diambil ialah pada 10 Mac 2026 | Selasa bersamaan dengan 20 Ramadan 1447H.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Kelab Belia Jatidiri Taman Bunga Raya di bawah kelolaan Encik Izzuddin Ismail dan jawatankuasa kerana sudi mengambil slot tajaan pada tahun ini. Diharapkan hubungan baik diantara kelab dan jpkk akan terus mekar seiring perjalanan.

Kami mendoakan agar KBJ TABURA terus berjaya menampah nama diperingkat tertinggi dan dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T .

Slot tajaan seterusnya ialah oleh Encik Azrul Aziz, Ahli Majlis Zon 1 MPHS ❌ Kapla-Kapla KBJ.

JPKK ALAH BATU.



MAJLIS BERBUKA PUASA TAJAAN TUAN HAJI AMRAN DAN SUMBANGAN PERSENDIRIAN ENCIK DAUD IBNI MUSA.09 Mac 2026 / 19 Ramadan 144...
09/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA TAJAAN TUAN HAJI AMRAN DAN SUMBANGAN PERSENDIRIAN ENCIK DAUD IBNI MUSA.

09 Mac 2026 / 19 Ramadan 1447H | Surau Al-Ehsan Alah Batu

Majlis berbuka puasa hari ini diteruskan dengan tajaan oleh Tuan Haji Amran Sakir, nama Tuan Haji Amran bukanlah asing lagi di Alah Batu semenjak beliau menjawat jawatan sebagai Penyelaras Dun sehinggalah kini sebagai Setiausaha Ikram Kawasan Hulu Selangor.

Terima kasih saya ucapkan kepada tuan haji atas kesudian menaja majlis pada hari ini dan semoga tuan haji terus dimewahkan rezeki serta dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T. .

Kampung Alah Batu hari ini juga menerima tajaan persendirian oleh Encik Daud Ibni Musa. Encik Daud menyumbangkan set Marrybrown sebanyak 30 set. Terima kasih dan semoga Encik Daud terus dimewahkan rezeki oleh Allah.

InshaAllah, esok akan ada satu lagi majlis tajaan berbuka puasa oleh Kelab Belia Jatidiri Taman Bunga Raya. Dijemput untuk penduduk setempat terus bersama dalam majlis berbuka yang disediakan.

JPKK ALAH BATU.



PROGRAM MEMASAK DAN EDARAN BUBUR LAMBUK.09 Mac 206 / 19 Ramadan 1447H | Surau Al-Ehsan Alah Batu“Allah hadirkan program ...
09/03/2026

PROGRAM MEMASAK DAN EDARAN BUBUR LAMBUK.

09 Mac 206 / 19 Ramadan 1447H | Surau Al-Ehsan Alah Batu

“Allah hadirkan program bubur untuk rapatkan ukhwah sekampung”

Dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T ats limpah kurnianya dapat diselesaikan satu program yang buat pertama kali diadakan di Kampung Alah Batu.

Seawal 9:00 pagi para penduduk telah berkumpul disurau untuk menyediakan proses penyediaan bahan dan telah siap sepenuhnya pada pukul 12:00 tengah hari.

Usai urusan membungkus, Pengerusi JPKK, Encik Zulhamka ditemani oleh Biro Kebajikan, Puan Mazidah dan wakil penduduk Encik Soid bergerak menghantar bubur lambuk kepada warga kampung yang kurang sihat. Terpancar wajah gembira mereka apabila disantuni sebegitu rupa.

Hanya dengan sebekas bubur lambuk.

InshaAllah ini akan menjadi acara tahunan ataupun bakal menjadi punca pendapatan untuk pihak JPKK mencari dana luar bagi menampung perbelanjaan program-program kampung.

Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu sehingga selesai program pada hari ini.

JPKK ALAH BATU.



MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB TUAN MUIZ MAHYUDDIN, ADN HULU BERNAM.08 Mac 2026 / 18 Ramadan 1447H | Surau Al-Ehsan Ala...
08/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB TUAN MUIZ MAHYUDDIN, ADN HULU BERNAM.

08 Mac 2026 / 18 Ramadan 1447H | Surau Al-Ehsan Alah Batu

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikan untuk bersama-sama menjayakan Majlis Berbuka Puasa bersama YB Tuan Muiz Mahyuddin, Ahli Dewan Negeri Hulu Bernam bersama penduduk Kampung Alah Batu dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.

Kehadiran YB amat kami hargai dan menjadi satu penghormatan kepada seluruh warga kampung. Majlis yang sederhana ini bukan sekadar pertemuan berbuka puasa, tetapi menjadi ruang mengeratkan silaturahim antara pimpinan dan masyarakat setempat. Semoga hubungan baik yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan dan kemajuan komuniti Kampung Alah Batu.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada YB atas kesudian mendengar serta mempertimbangkan beberapa permohonan daripada pihak kampung, khususnya berkaitan sokongan bagi penganjuran program menyambut Syawal serta bayaran saguhati kepada imam qiamullail sepanjang Ramadan. Semoga segala permohonan tersebut dapat diteliti dan dipermudahkan urusannya.

Malam tadi juga kami menjemput Imam Jemputan bagi Solat Terawih, Ustaz Wan merupakan Imam Masjid Klant dan juga tenaga pengajar MTQ Ad-Din.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab bertambahnya keberkatan Ramadan dan memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Insya-Allah, semoga kita dipertemukan lagi dalam majlis-majlis kebaikan yang akan datang.

JPKK ALAH BATU.



SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA.08 Mac 2026 | Kampung Alah BatuAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua wanita khus...
08/03/2026

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA.

08 Mac 2026 | Kampung Alah Batu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua wanita khusus di Kampung Alah Batu. Hari ini, kita merayakan kekuatan, kecerdasan, dan ketabahan wanita.

Dalam Islam, wanita diberi kehormatan dan kedudukan yang tinggi. Seperti kata Allah SWT dalam Al-Quran,

'Dan laki-laki dan perempuan yang beriman, sebagian mereka adalah penolong bagi sebagian yang lain' (Surah At-Taubah, 9:71).

Dalam era teknokrat ini, wanita telah membuktikan diri sebagai pemimpin, inovator, dan pionir. Mereka telah menunjukkan bahwa tidak ada batas bagi kemampuan dan potensi mereka. Mari kita terus mendukung dan menginspirasi wanita untuk mencapai impian dan cita-cita mereka.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua golongan wanita di Kampung Alah Batu yang terus menerus tanpa penat membantu menjayakan semua program yang kita adakan dikawasan.

Tanpa kalian, Alah Batu tak mungkin mampu bergerak seperti hari ini.

Selamat Hari Wanita!

JPKK ALAH BATU.



Address

Kampung Alah Batu
Kuala Kubu Bharu
44100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KG. ALAH BATU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KG. ALAH BATU:

Share