Intellectual Quranic Generation Association - IQRAC DQ

Intellectual Quranic Generation Association - IQRAC DQ Intellectual Quranic Generation Association (IQRAC) merupakan sebuah persatuan berdaftar di bawah Ha

☄️[[ PERUTUSAN MPP IQRAC: HARI ARAFAH ]]☄️​26 Mei 2026 M9 Zulhijjah 1447 H​بسم الله الرحمن الرحيماللهم صل على سيدنا محمد...
26/05/2026

☄️[[ PERUTUSAN MPP IQRAC: HARI ARAFAH ]]☄️

​26 Mei 2026 M
9 Zulhijjah 1447 H

​بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد

​Hari Arafah adalah hari paling suci dan agung dalam Islam. Pada hari ini, jutaan jemaah haji berhimpun di Padang Arafah bagi menyempurnakan rukun haji. la juga merupakan hari kesempurnaan agama serta hari keampunan kepada seluruh hambanya.

Antara kelebihan utama Hari Arafah adalah:

1. Rukun haji

Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:

الحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya: “Haji adalah Arafah. ” [Riwayat al-Tirmizi (814)]

2. Hari raya buat umat Islam

Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum. ” [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]

3. Hari mustajab doa

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. ” [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

4. Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah. ” [Riwayat Muslim (2402)]

5. Puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang. ” [Riwayat Muslim (1977)]

Semoga kita semua dapat memanfaatkan hari yang mulia ini dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

​جزاكم الله خيرا كثيرا💐

​“HUFFAZ PROFESSIONAL PENERAJU KEGEMILANGAN UMMAH”

​Ikhlas daripada,

​Majlis Perwakilan Pelajar
IQRAC sesi 2025/2026
Darul Quran JAKIM

⚜️MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENGADAKAN MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ DARUL QURAN JAKIM BAGI SESI...
22/05/2026

⚜️MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENGADAKAN MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ DARUL QURAN JAKIM BAGI SESI 2026⚜️

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg.Datuk Seri / Tan Sri/ Dato'/ Datin/ YBrs. Dr. /
Tuan/Puan

1. Sukacita dimaklumkan bahawa persatuan pelajar Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM, Intellectual Quranic
Generation Association (IQRAC) akan mengadakan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Program Pensijilan Tahfiz JAKIM seluruh Malaysia bagi sesi 2026.

2. Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar Pensijilan yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran pada tahun 2026. Institusi yang terlibat ialah :
◾️Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM
◾️Pensijilan Tahfiz JAKIM-IPGKPI
◾️Pensijilan Tahfiz JAKIM-UTEM
◾️Pensijilan Tahfiz JAKIM-PSA
◾️Pensijilan Tahfiz JAKIM-UNITEN
◾️Pensijilan Tahfiz JAKIM-UOC
◾️Pensijilan Tahfiz JAKIM-MSU

3. Berikut merupakan butiran program :

Tarikh : 20 Jun 2026
Lokasi : Dewan Muktamar, Darul Quran
Sasaran : RM 65,000

4. Oleh yang demikian, kami ingin membuka 6500 slot sumbangan bernilai RM10 per slot.

5. Sumbangan yang dibuat boleh disalurkan kepada akaun :
Akaun : MAYBANK
No.akaun : 562076501585
Nama : INTELLECTUAL QURANIC GENERATION CLUB
Tulis Recipient Reference : MАKHAT2026

📌Sebarang pertanyaan boleh
berhubung dengan :

http://wasap.my/+6013-5127792
📱( Muhammad Rafiuddin Bin Muhammad Sufinor )
• Bendahari Program

📱http://wasap.my/+6019-9406236
( Aimi Binti Hapizorr Rozi )
• Timbalan Bendahari Program

Semoga segala sumbangan yang diberikan dapat menjadi saham di akhirat kelak InsyaAllah, Aamiin.

📢Makluman :
Lebihan sumbangan yang kami perolehi daripada pihak Tuan/Puan akan disimpan dalam akaun persatuan untuk kegunaan program berikutnya.

📍Kami ingin memohon jasa baik untuk menyebarkan mesej ini.

Dengan ini, kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullah khairan kathira.
Siiru 'ala barakatillah 🤲🏻

24/04/2026

"Kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas
tuan/puan bagi menjayakan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran (MAKHAT) bagi Program Pensijilan Tahfiz Darul Quran JAKIM.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah
yang berterusan."

Scan QR code untuk menyumbang atau salurkan
terus ke akaun :-
MAYBANK : 5620 7650 1585
(INTELLECTUAL QURANIC GENERATION CLUB)

📞/ WhatsApp :
013-5127792 - Ustaz Rafiuddin
(BENDAHARI PROGRAM)
019-9406236 - Ustazah Aimi
(TIMBALAN BENDAHARI PROGRAM)

☄️ *[[PERUTUSAN MPP IQRAC: FAREWELL RIFAIE]]* ☄️8 Mac 2026 M18 Ramadan 1447 Hالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهاللهم صل على...
08/03/2026

☄️ *[[PERUTUSAN MPP IQRAC: FAREWELL RIFAIE]]* ☄️

8 Mac 2026 M
18 Ramadan 1447 H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد

Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu, pelajar Semester 6 Diploma Tahfiz dan Qiraat iaitu batch Rifaie telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran di bumi barakah Darul Quran.

Majlis Perwakilan Pelajar IQRAC sesi 2025/2026 ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala kesilapan dan khilaf sepanjang tempoh perkenalan kita bersama. Moga Allah sentiasa merahmati dan memimpin perjalanan kalian selepas ini dengan rahmat dan kasih sayang-Nya yang agung. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar Semester 6; batch Rifaie atas segala tunjuk ajar, nasihat serta bimbingan sepanjang kami berada di Darul Quran.

Akhir kata, selamat maju jaya dalam episod-episod kehidupan kalian yang seterusnya. Kami titipkan doa supaya Al-Quran yang selama ini kalian perjuangkan akan terus menjadi pegangan dan pedoman buat kalian sehingga akhir hayat. Semoga Allah berikan peluang sekali lagi untuk kita bertemu di taman-taman syurga Allah kelak, in shaa Allah. Kami juga berharap kalian dapat terus mendoakan kebaikan buat kami.

جزاكم الله خيرا كثيرا ✨

Sekian, terima kasih

“Huffaz Profesional Peneraju Kegemilangan Ummah”

Yang Benar,
Majlis Perwakilan Pelajar
Intellectual Quranic Generation Association 25/26
Darul Quran JAKIM

☄️ *[[ PERUTUSAN MPP IQRAC : NUZUL QURAN]]* ☄️_7 Mac 2026__17 Ramadhan 1447 H_‎*بسم الله الرحمن الرحيم*‎*السلام عليكم ور...
07/03/2026

☄️ *[[ PERUTUSAN MPP IQRAC : NUZUL QURAN]]* ☄️

_7 Mac 2026_
_17 Ramadhan 1447 H_

‎*بسم الله الرحمن الرحيم*
‎*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Alhamdulillah atas kurniaan dan ruang untuk masih lagi bernafas pada hari ini.

Nuzul Al-Quran bukan sekadar catatan sejarah, tetapi ia adalah bukti kasih sayang dan rahmat allah swt yang paling besar buat kita semua, sebuah kitab panduan yang tidak akan pernah tersasar.

Oleh itu, marilah kita renungi firman Allah SWT di dalam Surah Al-Isra’, ayat 9:
“Sesungguhnya Al Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar”

​Ayat ini mengingatkan kita bahawa Al-Quran adalah penyelesaian kepada setiap kekusutan. Ia bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk dijadikan panduan dalam setiap keputusan dan tindakan kita sebagai penuntut ilmu dan hamba-Nya.

Janganlah kita terus membiarkan hati kita terus berada dalam keadaan gersang, marilah kita menghidupkannya pada hujung bulan Ramadan ini dengan pelbagai amal antaranya:

1. Memperbanyak bacaan Al-Quran
2. Beriktikaf di masjid
3. Melakukan Qiamullail
4. Memperbanyakkan berdoa.

Semoga Allah rezekikan kita semua untuk keluar dari bulan Ramadan dengan hati yang bersih dan diampunkan segala dosa oleh Allah S.W.T.

جزاكم الله خيرا كثيرا ✨

“Huffaz Profesional Peneraju Kegemilangan Ummah”

Yang Benar,
Majlis Perwakilan Pelajar
Intellectual Quranic Generation Association
Darul Quran JAKIM
2025/2026

☄️[[ PERUTUSAN MPP IQRAC: SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU ]]☄️23 Februari 2026 M5 Ramadan  1447 Hبسم الله الرحمن الرحي...
23/02/2026

☄️[[ PERUTUSAN MPP IQRAC: SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU ]]☄️

23 Februari 2026 M
5 Ramadan 1447 H

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang masih meminjamkan nafas buat kita untuk terus kekal dalam perjuangan menuntut ilmu di bumi barakah Darul Quran ini. Kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar IQRAC sesi 25/26 ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli batch Vega yang telah menjalani semester-semester lalu dengan penuh jayanya.

Semester ini adalah sedikit lagi kesempatan yang perlu dimanfaatkan untuk memperbaiki apa yang kurang sebelum ini dan istiqamah dalam kebaikan dan mujahadah yang telah dilakukan sepanjang dua semester yang lalu. Terkadang terasa penat dan mahu mengalah, tetapi ingatlah sesusah mana pun keadaan kita Allah lah tempat kembali. Kata bijak pandai:”jikalau tiada bahu untuk bersandar sentiasa ada lantai untuk bersujud”.

Akhir kata, gunakan juga kesempatan ini untuk merapatkan hubungan antara ahli batch Vega, kerana mungkin lepas ini ada antara kita yang menyambung pelajaran ke luar negara dan sebagainya. Kata bijak pandai:”Masa itu emas”, tapi hakikatnya masa itu lebih mahal dari emas kerana emas boleh dibeli sedangkan masa tidak. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT.

جزاكم الله خيرًا كثيرا

Sekian, terima kasih ✨

“Huffaz Profesional Peneraju Kegemilangan Ummah”

Yang benar,
Majlis Perwakilan Pelajar
Intellectual Quranic Generation Association
Darul Quran JAKIM
2025/2026

🌠 [[ PERUTUSAN MPP IQRAC : AHLAN WASAHLAN PELAJAR PENSIJILAN TAHFIZ JAKIM-IIUM SESI 2026/2027 ]] 🌠📆 9 Feb 2026M🕋 21 Shaa...
23/02/2026

🌠 [[ PERUTUSAN MPP IQRAC : AHLAN WASAHLAN PELAJAR PENSIJILAN TAHFIZ JAKIM-IIUM SESI 2026/2027 ]] 🌠

📆 9 Feb 2026M
🕋 21 Shaaban 1447H

‎ بسم الله الرحمن الرحيم
‎ اللهم صل على سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

‎Dengan penuh rasa syukur, kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar IQRAC sesi 2025/2026 ingin mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat sekalian, selaku pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM sesi 2026/2027 dan juga ahli keluarga IQRAC generasi ke-27.

Selamat memulakan perjalanan kalian sebagai penuntut ilmu dan penjaga Kalamullah, dua jalan yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, membaca Kitab-Nya dan saling mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, mereka diliputi rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut mereka kepada makhluk di sisi-Nya.”
(Riwayat Muslim, 4867)

Selamat menempuh kehidupan sebagai huffaz di bumi barakah Darul Quran.
Semoga kita terus melangkah sebagai huffaz profesional dan menjadi sumber manfaat buat ummah, insya-Allah.

‎✨ اهلاً وسهلاً ومرحباً بكم جميعاً

*“HUFFAZ PROFESSIONAL PENERAJU KEGEMILANGAN UMMAH”*

Yang Benar,
Majlis Perwakilan Pelajar
Intellectual Quranic Generation Association 2025/2026
Darul Quran JAKIM

🌙 [ PERUTUSAN MPP IQRAC : RAMADAN KAREEM 1446H ]🌙📆 19 Feb 2026M 🕋 1 Ramadhan 1447H‎بسم الله الرحمن الرحيم‎السلام عليكم و...
18/02/2026

🌙 [ PERUTUSAN MPP IQRAC : RAMADAN KAREEM 1446H ]🌙

📆 19 Feb 2026M
🕋 1 Ramadhan 1447H

‎بسم الله الرحمن الرحيم
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, pada tahun ini Allah SWT sekali lagi mengurniakan kepada kita peluang untuk bertemu dengan bulan yang paling mulia, iaitu bulan Ramadan. Bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan yang dibuka seluas-luasnya buat hamba-Nya.

Allah SWT telah berfirman:

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
(Surah al-Baqarah: 183)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi merupakan madrasah tarbiah yang membentuk ketakwaan serta melatih jiwa agar istiqamah dalam ketaatan.

Oleh itu, kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah, memperbaiki diri, serta mengambil peluang ini untuk mendekatkan hati kepada Allah SWT. Tetapkan azam terbaik dan teruskan istiqamah agar kesan Ramadan kekal dalam kehidupan kita sepanjang masa.

‎جزاكم الله خيرًا كثيرًا
Sekian, terima kasih ✨

“Huffaz Profesional Peneraju Kegemilangan Ummah”

Yang benar,
Majlis Perwakilan Pelajar
Intellectual Quranic Generation Association (IQRAC) Sesi 25/26
Darul Quran JAKIM

🌠 [[ PERUTUSAN MPP IQRAC : AHLAN WASAHLAN PELAJAR PENSIJILAN TAHFIZ JAKIM-IIUM SESI 2026/2027 ]] 🌠📆 9 Feb 2026M🕋 21 Shaa...
09/02/2026

🌠 [[ PERUTUSAN MPP IQRAC : AHLAN WASAHLAN PELAJAR PENSIJILAN TAHFIZ JAKIM-IIUM SESI 2026/2027 ]] 🌠

📆 9 Feb 2026M
🕋 21 Shaaban 1447H

‎ بسم الله الرحمن الرحيم
‎ اللهم صل على سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

‎Dengan penuh rasa syukur, kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar IQRAC sesi 2025/2026 ingin mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat sekalian, selaku pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM sesi 2026/2027 dan juga ahli keluarga IQRAC generasi ke-27.

Selamat memulakan perjalanan kalian sebagai penuntut ilmu dan penjaga Kalamullah, dua jalan yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, membaca Kitab-Nya dan saling mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, mereka diliputi rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut mereka kepada makhluk di sisi-Nya.”
(Riwayat Muslim, 4867)

Selamat menempuh kehidupan sebagai huffaz di bumi barakah Darul Quran.
Semoga kita terus melangkah sebagai huffaz profesional dan menjadi sumber manfaat buat ummah, insya-Allah.

‎✨ اهلاً وسهلاً ومرحباً بكم جميعاً

*“HUFFAZ PROFESSIONAL PENERAJU KEGEMILANGAN UMMAH”*

Yang Benar,
Majlis Perwakilan Pelajar
Intellectual Quranic Generation Association 2024/2025
Darul Quran JAKIM

Address

Darul Quran JAKIM
Kuala Kubu Bharu
44000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Intellectual Quranic Generation Association - IQRAC DQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share