QE 5.0 MPHS

QE 5.0 MPHS LAMAN FACEBOOK RASMI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI QE (APB -5S) MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)
"PERSEKITARAN BERKUALITI PEMANGKIN INOVASI"

Kuala Kubu Bharu, 11 September 2025 - Bengkel Penyediaan Dokumen dan Laporan QE 5.0 anjuran Majlis Perbandaran Hulu Sela...
11/09/2025

Kuala Kubu Bharu, 11 September 2025 - Bengkel Penyediaan Dokumen dan Laporan QE 5.0 anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah diadakan bertempat di Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu. Bengkel ini merupakan sebahagian daripada inisiatif MPHS dalam memperkukuh pelaksanaan amalan Quality Environment (QE) 5.0 di semua zon merangkap jabatan dan bahagian di MPHS.
Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan secara praktikal kepada warga kerja MPHS dalam menyediakan dokumen serta laporan yang selaras dengan garis panduan QE 5.0. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap zon memahami peranan masing-masing dalam melaksanakan inisiatif QE 5.0 secara menyeluruh, sistematik dan mampan.
Bengkel dimulakan dengan satu taklimat khas yang disampaikan oleh Puan Junainah binti Abdullah, selaku Penyelaras QE 5.0 MPHS. Dalam sesi taklimat tersebut, beliau telah berkongsi berkenaan pengenalan dan objektif QE 5.0, prinsip-prinsip pelaksanaan, serta panduan penyediaan dokumentasi, kriteria fizikal dan pelaporan yang efektif. Penekanan turut diberikan kepada aspek penyelarasan antara zon, dokumentasi bukti pelaksanaan, serta penyediaan laporan yang menepati kriteria penilaian amalan QE 5.0.
Sepanjang bengkel ini, peserta turut didedahkan dengan contoh-contoh dokumen yang lengkap dan kaedah terbaik dalam menstrukturkan laporan mengikut format yang ditetapkan. Bengkel juga memberi ruang kepada peserta untuk mengajukan soalan serta berkongsi pengalaman pelaksanaan QE 5.0 di zon, sekali gus memperkukuh pemahaman dan semangat kerjasama antara zon.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan tahap kesediaan dan kefahaman peserta terhadap pelaksanaan QE 5.0. Diharapkan melalui penganjuran bengkel seperti ini, MPHS dapat terus mengukuhkan budaya kerja yang cekap, berkualiti dan berasaskan penambahbaikan berterusan, selaras dengan aspirasi ke arah kecemerlangan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.












.0MPHS

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA QE 5.0Kuala Kubu Bharu, 18 Julai 2025 – Program Gotong-Royong Perdana QE 5.0 telah dianjur...
21/07/2025

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA QE 5.0

Kuala Kubu Bharu, 18 Julai 2025 – Program Gotong-Royong Perdana QE 5.0 telah dianjurkan dengan penglibatan aktif warga kerja Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), meliputi kawasan persekitaran dan pejabat MPHS. Program ini merupakan inisiatif ke arah memperkukuh amalan QE 5.0 di tempat kerja, di samping meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan pengurusan persekitaran yang lebih teratur dan kondusif.
Serentak dengan itu, program *JOM TIMBANG* turut dijalankan bagi memberi peluang kepada kakitangan setiap zon membawa barangan kitar semula untuk dijual terus kepada pihak yang berkaitan. Kemudahan lori juga disediakan untuk memudahkan penghantaran barangan terpakai atau buangan ke stor simpanan atau pusat pelupusan.
Program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat penyertaan aktif daripada seluruh warga kerja MPHS. Selain menggalakkan semangat kerjasama dan berpasukan, program ini turut menyumbang kepada pencapaian persekitaran kerja yang bersih, selamat dan sistematik, sejajar dengan prinsip QE 5.0. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.
Jabatan Perancang Bandar MPHS
Jabatan Landskap MPHS
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS
QE 5.0 MPHS







Address

MAJLIS PERBANDARAN HULU
Kuala Kubu Bharu
44000KUALAKUBUBHARU

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when QE 5.0 MPHS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to QE 5.0 MPHS:

Share