25/04/2026
24-25 April 2026 - Jumaat & Sabtu
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor telah melaksanakan Program Training of Trainers (TOT) Skuad Antidadah Negeri Selangor bertempat di Avillion Hotel, Port Dickson. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Nazir Bin Mohamad (Pengarah AADK Selangor).
Program ini menghimpunkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Ketua AADK Daerah serta Ahli Jawatankuasa Skuad Antidadah Daerah dari seluruh Negeri Selangor sebagai teras penggerak utama dalam memperkasakan gerak kerja pencegahan di peringkat komuniti.
Dalam sesi TOT kali ini juga turut diadakan sesi pemilihan Jawatankuasa Skuad AADK Negeri Selangor yang baharu bagi sesi 2026 - 2029. Tahniah buat En. Sadiq Sa Ta Ka yang telah dipilih sebagai Pengerusi Skuad yang baharu bagi penggal kali ini. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih buat En. Hanafi dan seluruh barisan jawatankuasa Skuad AADK Selangor bagi penggal yang lepas.
Pihak Skuad AADK Hulu Selangor juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua jawatankuasa yang telah dipilih termasuk saudari Alyaa Amirah yang telah terpilih sekali lagi sebagai Exco dalam Skuad Antidadah Selangor Selangor bagi penggal kali ini. Semoga mereka yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik baiknya.