Komuniti Mukim Enggong

Komuniti Mukim Enggong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Komuniti Mukim Enggong, Community Center, Kampung Enggong, Kuala Krai.

KULIAH HARAKI BULAN JUN 2025(DUN MENGKEBANG)Tarikh    : 16 Jun 2025Hari        : Isnin mlm selasaMasa.    : Selepas magh...
16/06/2025

KULIAH HARAKI BULAN JUN 2025
(DUN MENGKEBANG)

Tarikh : 16 Jun 2025
Hari : Isnin mlm selasa
Masa. : Selepas maghrib
Tempat : Surau Cabang 3 Bertuah Kg Enggong Kuala Krai
Pengkuliah : Al-Fadhil Ust. Ahmad Nawawi

Alhamdulillah, kuliah ni dihadiri oleh AJK MTD, AJK JPrD, ahli Majlis Daerah, Penghulu, Pegawai Halaqah, Ketua UDM, Naqib-Naqibah UDM dan penduduk Kg. Enggong.

Program Bina Ummah Mukim Enggong..
16/06/2025

Program Bina Ummah Mukim Enggong..

TABUNG SERAMBI MEKAH 2.0Beberapa penduduk Mukim Enggong ditimpa musibah apabila rumah dan kedai mereka rosak akibat ribu...
16/06/2025

TABUNG SERAMBI MEKAH 2.0

Beberapa penduduk Mukim Enggong ditimpa musibah apabila rumah dan kedai mereka rosak akibat ribut yang melanda pada 9 Mei 2025 lalu.

Seramai 3 penerima bantuan iaitu Sdr. Nasa & Sdr. Mat Yie menerima bantuan zink, manakala Sdr. Hisyam menerima bantuan khemah utk gerai perniagaannya yang disampaikan melalui SU DUN dan Penghulu Mukim Enggong iaitu Mohd Zahidi Mamat. Tabung Serambi Mekah ini disediakan oleh pihak DUN Mengkebang.

Terima kasih kepada DUN Mengkebang atas sumbangan yang diberikan kpd penduduk yang ditimpa musibah.

IFTAR SURAU KG BETUAH ENGGONG16 Mac 2025 bersamaan 15 Ramadan 1446h, telah diadakan iftar bersama kariah surau. Seramai ...
16/03/2025

IFTAR SURAU KG BETUAH ENGGONG

16 Mac 2025 bersamaan 15 Ramadan 1446h, telah diadakan iftar bersama kariah surau. Seramai lebih kurang 50 orang penduduk yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Antara aktiviti diadakan adalah tazkirah Ramadan, tahlil, berbuka puasa, solat terawih dan moreh bersama kariah yang hadir.

Alhamdulillah, jamuan iftar ini dilaksanakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan hasil dari sumbangan ADUN Mengkebang, KESEDAR Kelantan dan orang ramai.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Allah SWT memberi keberkatan dan keredhaan buat semua.

TABUNG SERAMBI MEKAH 26 Feb 2025, Sg. Embak | Penghulu Mukim Enggong, Mohd Zahidi Mamat telah menyalurkan sumbangan dari...
07/03/2025

TABUNG SERAMBI MEKAH

26 Feb 2025, Sg. Embak | Penghulu Mukim Enggong, Mohd Zahidi Mamat telah menyalurkan sumbangan dari Tabung Serambi Mekah yang disediakan oleh pihak DUN Mengkebang kepada Ust. Yusof yang diuji musibah apabila rumah beliau ditimpa pohon getah. Sumbangan diberikan bagi membantu membaiki bumbung rumahnya yang rosak dengan segera.

Alhamdulillah, 2 Mac 2025 keperluan yang dipesan sampai dan keesokan harinya (3 Mac 2025) rumahnya siap dibaiki oleh penduduk kampung.

Terima kasih kpd YB DUN Mengkebang dan semua yang terlibat dalam proses baikpulih ini.

HARI TERBUKA DARUL NISWAH (PPWK) DUN MENGKEBANG.28 Feb 2025 | Alhamdulillah, wakil daripada Komuniti Mukim Enggong turut...
28/02/2025

HARI TERBUKA DARUL NISWAH (PPWK) DUN MENGKEBANG.

28 Feb 2025 | Alhamdulillah, wakil daripada Komuniti Mukim Enggong turut hadir ke Hari Terbuka Darul Niswah (PPWK) DUN Mengkebang sebagai tanda sokongan atas usaha yang dilaksanakan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan dengan kerjasama PPWK DUN Mengkebang.

Mana-mana warga Mukim Enggong yang berminat untuk belajar kemahiran menjahit pakaian bolehlah ke Mini Darul Niswah DUN Mengkebang, Sungai Durian yang bersebelahan dengan PASTI Ar-Rahman, Sungai Durian.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Krai, YN Latif Abdul Rahman dan ADUN Mengkebang, Zubir Abu Bakar. Semoga Darul Niswah terus maju jaya pada masa akan datang.

PERTANDINGAN LASTIK TERTUTUP KUALA KRAI (MUKIM ENGGONG)21 Feb 2025 | Pertandingan Lastik Tertutup Kuala Krai (Mukim Engg...
23/02/2025

PERTANDINGAN LASTIK TERTUTUP KUALA KRAI (MUKIM ENGGONG)

21 Feb 2025 | Pertandingan Lastik Tertutup Kuala Krai (Mukim Enggong) telah diadakan di Kg Bukit Arang. Pertandingan ini disertai oleh penduduk sekitar seramai 130 orang.

Selain itu, pertandingan ini juga diadakan bertujuan untuk membantu Madrasah Bukit Arang (surau).

Dalam pertandingan ini turut dihadiri oleh ADUN Mengkebang iaitu YB Abu Bakar bagi merasmikan dan beramah-mesra dengan penduduk.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Address

Kampung Enggong
Kuala Krai
18000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Mukim Enggong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share