UDM Lata Rek

UDM Lata Rek Semua Tentang Lata Rek

📌 * KULIAH HARAKI  DUN MANIK URAIAnjuran Halaqat Dun Manek UraiTarikh    : 13 .Julai.2026Hari        : Isnin mlm selasaM...
14/07/2026

📌 * KULIAH HARAKI DUN MANIK URAI
Anjuran Halaqat Dun Manek Urai

Tarikh : 13 .Julai.2026
Hari : Isnin mlm selasa
Masa. : maghrib berjamaah
Tempat : Surau Ummu Zainab Bawah Lata,Lata Rek
Naqib : Ust.Mohd Zaki bin Idris

Turut hadir, YB Abe Uji - N41 dan Penghulu Mukim Lata Rek.

[BANTUAN ASNAF]Alhamdulilllah. Hari ni Penghulu Mukim Lata Rek mewakili YB Abe Uji menyampakain barangan dan alatan  unt...
11/07/2026

[BANTUAN ASNAF]

Alhamdulilllah. Hari ni Penghulu Mukim Lata Rek mewakili YB Abe Uji menyampakain barangan dan alatan untuk baik pulih rumah kepada Puan Rosnani. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Puan Rosnani.

Kebetulan hari ni juga berlangsung gotong royong baik pulih rumah di rumah Puan Rosnani oleh pihak Sahabat KOOP yang di dalamnya juga terdiri dari sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia.

Terima kasih kepada pihak YB Abe uji dan pihak yang telah membantu mempermudahkan urusan hari ni.





PROGRAM DIY GUBAHAN KAWAT BULUMinggu lepas telah berlangsung kelas DIY Gubahan Kawat Bulu yang dianjurkan oleh Ameerah  ...
11/07/2026

PROGRAM DIY GUBAHAN KAWAT BULU

Minggu lepas telah berlangsung kelas DIY Gubahan Kawat Bulu yang dianjurkan oleh Ameerah Dun Manek Urai. Program yang bermula jam 8.30 pagi ini dihadiri oleh muslimat mukim Lata Rek.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Abe Uji - N41 , Adun Manek Urai. Turut serta ialah Pengulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari , Sanosi Razak dan Puan Hazura.

Menurut pengarah projek, Cikgu Ema, program ini memberi peluang kepada para peserta belajar buat gubahan dan dalam masa yang sama mencari ruang untuk hasilkan duit.

Tahniah buat penganjur dan para peserta yang terlibat.



[ZIARAH ASNAF]Penghulu Mukim Lata Rek telah membuat lawatan ke rumah asnaf yang merupakan anak Mukim Lata Rek. Turut ser...
11/07/2026

[ZIARAH ASNAF]

Penghulu Mukim Lata Rek telah membuat lawatan ke rumah asnaf yang merupakan anak Mukim Lata Rek. Turut serta ialah Abe Sanosi dan Poksu Halim. Pihak penghulu telah mengenalpasti bentuk bantuan terutama untuk baik pulih rumah tersebut. Hal ini telah dipanjangkan kepada pihak YB Abe Uji dan pihak yang berkaitan.



JOM DAFTARKAN SI MANJA KE PASTI AL-ISTIQAMAH LATA REK! 📚 Pendaftaran Murid Baharu Sesi 2027 Kini Dibuka!Anak berumur 4, ...
08/07/2026

JOM DAFTARKAN SI MANJA KE PASTI AL-ISTIQAMAH LATA REK!

📚 Pendaftaran Murid Baharu Sesi 2027 Kini Dibuka!

Anak berumur 4, 5 & 6 tahun?

Inilah masa terbaik untuk memberikan permulaan pendidikan Islam yang berkualiti kepada si kecil.

✨ Kenapa pilih PASTI Al-Istiqamah Lata Rek?

✅ Kurikulum berteraskan Al-Quran & Sunnah
✅ Pendidikan akademik dan sahsiah seimbang
✅ Guru yang penyayang, berpengalaman dan berdedikasi
✅ Pembelajaran menyeronokkan melalui aktiviti kreatif
✅ Latihan solat, bacaan doa & hafazan harian
✅ Persekitaran pembelajaran yang selamat dan ceria
✅ Membentuk anak yang berilmu, berakhlak dan berkeyakinan

🌈 Di sini, anak bukan sekadar belajar membaca dan mengira...
Mereka turut dibimbing menjadi anak soleh, beradab dan cintakan Islam sejak usia kecil.

📍 PASTI Al-Istiqamah Lata Rek
DUN Manek Urai, Kuala Krai

👧🧒 Kemasukan untuk umur 4, 5 & 6 Tahun

📲 Hubungi sekarang untuk tempahan tempat:
📞 011-58934951 (Cikgu Emma)
📞 019-8796625 (Cikgu Za)

⚠️ Tempat adalah TERHAD!
Daftar awal bagi memastikan anak anda tidak terlepas peluang menyertai sesi persekolahan 2027.

💚 PASTI AL-ISTIQAMAH LATA REK

Tekan www.pastimalaysia.com
Kod pasti :- D130308
➡️Isi borang
⬇️Simpan
✅Print dan hantar ke Pasti sebelum 15/9/2026 ☺️

Assalamualaikum semua warga lata rek. Bagi sesiapa yang berkelapangan esok boleh sama-sama hadir memeriahkan program ter...
02/07/2026

Assalamualaikum semua warga lata rek.
Bagi sesiapa yang berkelapangan esok boleh sama-sama hadir memeriahkan program tersebut.
Anda semua dijemput.

KREATIF bersama AMEERAH DUN MANEK URAI
- Jom buat duit dari rumah
- Jana pendapatan sampingan
- Penghasilan produk sendiri

Muslimat, suri rumah dan beliawanis dijemput berkreativiti bersama 💕

Jange lupa adik kakok male ni... Jemput semua ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Manek Urai di Dataran Lemang Manek ...
08/04/2026

Jange lupa adik kakok male ni... Jemput semua ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Manek Urai di Dataran Lemang Manek Urai.

Mula jam 8.30 malam.
Masing masing bawak tikar deh. Bulih duduk bersama keluarga.

YB Abe Uji - N41




[PEMASANGAN SIGBOARD PASTI AL-ISTIQAMAH LATA REK]Alhamdulillah, semalam telah berlangsung pemasangan tiang papan tanda P...
06/04/2026

[PEMASANGAN SIGBOARD PASTI AL-ISTIQAMAH LATA REK]

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung pemasangan tiang papan tanda Pasti Al-Istiqamah Lata Rek. Semua AJK turut hadir bergotong royong bancuh simen dan gali lubang untuk letakkan tiang.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada Yue Laloh Welding atas tajaan besi papan tanda dan terima kasih kepada Chawe Creative Studio atas tajaan stiker dan rekaan cetakan.

Terima kasih semua yang hadir bergotong royong semalam.




[KEMATIAN ARWAH ISMAIL BIN  DAUD]انا لله وانا اليه راجعون.Salam takziah buat seluruh Ahli keluarga arwah Ismail bin Daud...
06/04/2026

[KEMATIAN ARWAH ISMAIL BIN DAUD]

انا لله وانا اليه راجعون.
Salam takziah buat seluruh Ahli keluarga arwah Ismail bin Daud yang meninggal semalam.

Solat Jenazah di imamkan oleh Penghulu Mukim Lata Rek, MMohd Zaki Saaridi MMasjid Mukim Lata Rek
Ya Allah, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematian dia, permudahkan segala urusannya, kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Terima kasih anak muda yang telah membantu pihak Penghulu Mukim Lata Rek bagi pemasangan banner ucapan raya. Kerjasama y...
19/03/2026

Terima kasih anak muda yang telah membantu pihak Penghulu Mukim Lata Rek bagi pemasangan banner ucapan raya. Kerjasama yang baik oleh anak muda sesuatu yang sangat dihargai Dan membanggakan.

Lokasi pemasangan ialah di Chabe 4 Laloh.

Address

Kg Lata Rek
Kuala Krai
18000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 15:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UDM Lata Rek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share