I Love Kuala Krai

I Love Kuala Krai Kuala Krai merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan.

Guru Terlibat Insiden SUV di SMK Tanjong Mas Trauma, Tidak Lagi Berani MemanduSeorang guru Pendidikan Islam, Sakinah Ism...
13/10/2026

Guru Terlibat Insiden SUV di SMK Tanjong Mas Trauma, Tidak Lagi Berani Memandu

Seorang guru Pendidikan Islam, Sakinah Ismail, 57, dilaporkan tidak lagi memandu selepas insiden SUV Honda HR-V yang dipandunya meragut nyawa seorang pelajar dan menyebabkan seorang lagi cedera parah di kawasan surau SMK Tanjong Mas, Kelantan, enam bulan lalu.

Suaminya yang mahu dikenali sebagai Abdul berkata, isterinya masih trauma dengan kejadian itu sehingga dia mengambil alih tugas menghantar dan mengambilnya dari tempat kerja setiap hari.

Sakinah kini bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan dijadualkan bersara pada November tahun depan.

Terdahulu, Sakinah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan berkaitan insiden berkenaan, melibatkan kematian Nur Fatimatul Hawa Mohd. Azaudin, 13, serta kecuaian yang didakwa membahayakan nyawa Zara Akhtar Zamzuri, 13.

Pertuduhan pertama dikemukakan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan masih dalam proses perundangan dan tertuduh belum disabitkan dengan sebarang kesalahan.

Siti Zailah Cedera Dada dan Perut, SUV Terbabas di LTUAhli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, menga...
12/10/2026

Siti Zailah Cedera Dada dan Perut, SUV Terbabas di LTU

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut selepas SUV yang dinaikinya terbabas di Kilometer 7, Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), berhampiran Kechau Tui, Lipis, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika kenderaan itu dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Kuala Lumpur bagi urusan kerja.

SUV berkenaan dipandu anak perempuan Siti Zailah, berusia 26 tahun, manakala beliau yang berusia 63 tahun duduk sebagai penumpang.

Menurut polis, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan melanggar penghadang jalan di sebelah kanan.

Siti Zailah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kes berkenaan sedang disiasat oleh pihak polis.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Try cawangan hok baru bukok plok dekat taman yani krai. 💙
11/10/2026

Try cawangan hok baru bukok plok dekat taman yani krai. 💙

JKR Akan Pasang Jambatan Bailey Di Lokasi Lubang Benam Jalan Gua Musang-Kota BharuGUA MUSANG– Jabatan Kerja Raya Malaysi...
11/10/2026

JKR Akan Pasang Jambatan Bailey Di Lokasi Lubang Benam Jalan Gua Musang-Kota Bharu

GUA MUSANG– Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) akan memasang Jambatan Bailey bagi memulihkan akses jalan susulan kejadian lubang benam (sinkhole) di Jalan Gua Musang-Kota Bharu (FT08), berhampiran Taman Rekreasi Etnobotani KESEDAR, di sini.

JKR memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.05 pagi pada 10 Oktober 2026, melibatkan Seksyen 205.556 hingga 205.564 jalan berkenaan.

Susulan kejadian itu, laluan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai 10 Oktober 2026 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Kerja pemasangan Jambatan Bailey dijangka bermula pada 14 Oktober 2026 dan mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan, tertakluk kepada kestabilan tanah serta keadaan keselamatan di tapak.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu melalui Gua Musang dan arah bertentangan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui FT2747, Jalan Pulai-Bandar Baru Gua Musang.

Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi arahan serta papan tanda keselamatan yang dipasang di kawasan terjejas.

JKR memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan di lokasi dan mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang pelaksanaan kerja berkenaan.

Orang ramai diminta memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan penutupan jalan dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

JKR turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna jalan raya berikutan penutupan laluan tersebut.

Sumber: Kenyataan Jabatan Kerja Raya Malaysia

PADAH INTAI ISTERI JIRAN MANDI, PENJUAL IKAN DIDENDA RM5,000KUALA KRAI – Perbuatan seorang penjual ikan mengintai isteri...
06/10/2026

PADAH INTAI ISTERI JIRAN MANDI, PENJUAL IKAN DIDENDA RM5,000

KUALA KRAI – Perbuatan seorang penjual ikan mengintai isteri jirannya ketika sedang mandi membawa padah apabila dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Krai.

Tertuduh, Tuan Ahmad Farid Tuan Mat, 36, mengaku bersalah atas pertuduhan menghendap wanita berusia 26 tahun itu dalam kejadian pada 28 September lalu.

Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Halimah Guchil, Kuala Krai kira-kira jam 11.30 pagi. Perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa mengalami ketakutan, kerisauan serta kebimbangan terhadap keselamatan dirinya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda RM5,000 tersebut.

Kes berkenaan didakwa mengikut Seksyen 507A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman setimpal atas faktor kepentingan awam dan sebagai pengajaran supaya kesalahan sama tidak berulang.

Pihak pembelaan p**a memohon hukuman denda minimum dengan mengambil kira tertuduh yang memperoleh pendapatan sekitar RM50 sehari sebagai peniaga ikan serta perlu menanggung ibunya yang berusia 66 tahun.

KOTA BHARU — Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas memb...
06/10/2026

KOTA BHARU — Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung isu pengeluaran tender pembalakan pokok getah milik mereka.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, selepas membenarkan tuntutan saman sivil yang difailkan Abdul Latiff Putih bersama 347 peserta lain pada 2020.

Saman tersebut antara lain menamakan Kerajaan Negeri Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas sebagai defendan.

Berdasarkan rekod pengurusan kes mahkamah, selain ganti rugi RM17.46 juta, mahkamah turut memerintahkan bayaran RM19,800 bagi kos penyediaan laporan serta RM20,000 sebagai kos tindakan undang-undang.

Mahkamah juga menetapkan faedah sebanyak lima peratus ke atas jumlah ganti rugi berkenaan sehingga keseluruhan bayaran diselesaikan.

Kes itu berkaitan tindakan pengeluaran tender untuk menebang pokok getah milik peserta FELCRA Bukit Tandak yang didakwa dibuat secara tidak sah.

Defendan diwakili Penolong Penasihat Undang-Undang dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Adam Mohamed.

Sementara itu, peguam yang mewakili plaintif, Mohd Nasir Abdullah, menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu kejayaan penting kepada peserta terbabit.

Menurutnya, keputusan mahkamah itu memberi kelegaan kepada para peserta selepas mereka menunggu penyelesaian kes berkenaan sejak tindakan undang-undang dimulakan pada 2020.

Janji Kahwin, Peluang Niaga: Lebih 1,000 Wanita Kelantan Dipercayai DiperalatKOTA BHARU — Lebih 1,000 kes membabitkan ib...
06/10/2026

Janji Kahwin, Peluang Niaga: Lebih 1,000 Wanita Kelantan Dipercayai Diperalat

KOTA BHARU — Lebih 1,000 kes membabitkan ibu tunggal, balu dan wanita warga emas di Kelantan dipercayai diperalat warga asing untuk mendaftarkan kenderaan atas nama mereka sejak 2025.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, antara taktik yang dikesan ialah menawarkan janji perkahwinan atau peluang perniagaan sebelum meminta kereta atau motosikal didaftarkan menggunakan nama wanita tempatan.

Menurutnya, wanita berusia lingkungan 60 hingga 70 tahun antara yang perlu lebih berhati-hati, khususnya apabila didekati individu warga asing yang lebih muda dengan pelbagai janji manis.

Situasi itu boleh mendatangkan masalah kepada pemilik berdaftar sekiranya kenderaan terbabit digunakan untuk melakukan kesalahan, terlibat dalam kemalangan atau kegiatan jenayah.

JPJ turut mengesan warga asing, termasuk pelarian Rohingya, menggunakan nama rakyat tempatan untuk membeli serta mendaftarkan motosikal dan kenderaan lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah menyerahkan nama atau identiti untuk pendaftaran kenderaan milik individu lain kerana pemilik berdaftar boleh berdepan implikasi undang-undang.

Sepak, Acu Parang: Penoreh Getah Dipenjara SetahunKUALA KRAI — Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara setahun ol...
06/10/2026

Sepak, Acu Parang: Penoreh Getah Dipenjara Setahun

KUALA KRAI — Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membabitkan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan terhadap datuk kepada bekas isterinya.

Mohd Rezuan Muhamad @ Yusuf, 35, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Rais Imran Hamid pada Selasa.

Dalam tegurannya, majistret berkata:

“Saya tak s**a benda-benda macam ni, buat pada orang tua, lagi-lagi keluarga sendiri. Kamu guna parang sampai dia jadi takut pada kamu, kalau orang buat pada anak atau isteri kamu macam ni, pasti kamu marah.”

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa acu dan hayun sebilah parang ke arah mangsa, Abdulhadee Chedah, 65, sebelum menendang bahagian mulut warga emas itu dalam kejadian di sebuah pondok berhampiran tapak pelupusan sampah Majlis Daerah Kuala Krai, Pahi, Jumaat lalu.

Tindakan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bibir selain berada dalam ketakutan.

Bagi pertuduhan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh dihukum penjara 12 bulan, manakala bagi kesalahan menyebabkan kecederaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dia dihukum penjara enam bulan.

Kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan serentak bermula tarikh hukuman.

Mahkamah turut diberitahu tertuduh sebelum itu datang mencari anaknya yang bernama Arisa sebelum berlaku pertelingkahan dengan mangsa. Polis kemudian menahan tertuduh dan merampas sebilah parang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes.

Peguam YBGK yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan mengambil kira latar belakang dan pendapatannya, namun pihak pendakwaan meminta hukuman setimpal sebagai pengajaran agar perbuatan sama tidak berulang.

KUALA KRAI - Seorang penoreh getah berusia 35 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas me...
06/10/2026

KUALA KRAI - Seorang penoreh getah berusia 35 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membabitkan seorang warga emas.

Tertuduh, Mohd. Rezuan Muhamad @ Yusuf, didakwa menakutkan secara jenayah dengan melibas parang serta sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 64 tahun.

Kejadian berlaku di sebuah pondok berhampiran tapak pelupusan sampah Majlis Daerah Kuala Krai, Pahi, kira-kira tengah hari pada 2 Oktober lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan bagi pertuduhan kedua. Kedua-duanya berjalan serentak bermula hari sabitan.

Dalam rayuan, peguam memaklumkan tertuduh bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan sekitar RM150 seminggu serta menanggung isteri dan anak berusia setahun.

TUMPAT – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian khianat di Masjid Al-Aziz Al-Hadi,...
06/10/2026

TUMPAT – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian khianat di Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan, Kampung Berangan, selepas premis berkenaan dipercayai diceroboh pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.35 pagi.

Hasil pemeriksaan awal mendapati pintu kaca masjid telah dipecahkan. Cecair berwarna coklat kehijauan yang mengeluarkan bau tidak menyenangkan turut ditemukan dicurahkan pada karpet di ruang solat.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) p**a menunjukkan kelibat seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut. Polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan mengesan individu berkenaan.

Selain mengenal pasti suspek, siasatan turut memberi tumpuan kepada motif kejadian serta jumlah sebenar kerosakan dan kerugian yang dialami pihak masjid.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Address

Kuala Krai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I Love Kuala Krai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share