24/09/2026
24 September 2026
π ANAK KUALA KRAI MELANGKAH KE UNIVERSITI MALAYA β INSPIRASI BUAT GENERASI MUDA
Kuala Krai merupakan kilang melahirkan pelajar-pelajar hebat dan cemerlang. Hari ini, Majlis Belia Jajahan Kuala Krai (MBJKK) berkesempatan menyantuni sebuah keluarga B40 di Kampung Tualang, Kuala Krai, yang sedang melalui satu detik penuh kebanggaan.
Adik Nur Anis Nadhirah binti Ramli, anak ketiga daripada enam orang adik-beradik, telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah di Universiti Malaya (UM).
Lebih membanggakan, adik Nur Anis Nadhirah merupakan antara pelajar Tingkatan Enam terbaik di SMK Sultan Yahya Petra 1 dan telah memperoleh keputusan 4.00 (4 Flat) dalam peperiksaan STPM yang lalu. Satu pencapaian yang cukup membanggakan, bukan sahaja buat keluarga, malah buat sekolah dan seluruh warga Kuala Krai. ππ»π
Di sebalik kejayaan besar ini, tersimpan kisah perjuangan sebuah keluarga sederhana. Ayah bekerja kampung, manakala ibu p**a bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan. Dengan kesungguhan, doa dan pengorbanan keluarga, adik Nur Anis Nadhirah berjaya membuktikan bahawa latar belakang bukanlah penghalang untuk mencapai cita-cita.
Alhamdulillah, Saudara Afiq Aiman selaku Pengerusi MBJKK bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa MBJKK serta
Penghulu JPKKP Kampung Tualang berkesempatan menziarahi keluarga adik Nur Anis Nadhirah bagi menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan dan galakan untuk membantu menampung keperluan perbelanjaan sepanjang beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.
Bagi pihak Majlis Belia Jajahan Kuala Krai, kami amat berbesar hati dapat menyantuni dan memberikan sedikit sokongan kepada anak muda yang mempunyai potensi besar seperti adik Nur Anis Nadhirah.
π Teruskan melangkah dengan penuh semangat.
π Jadikan kejayaan ini sebagai inspirasi kepada adik-adik yang lain.
π Belajar bersungguh-sungguh dan jangan pernah lupa pengorbanan keluarga.
Kami mendoakan semoga adik Nur Anis Nadhirah binti Ramli dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di Universiti Malaya, berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan suatu hari nanti dapat kembali menyumbang kepada keluarga, masyarakat serta tanah kelahiran tercinta, Kuala Krai.
Tahniah adik Nur Anis Nadhirah!
Kuala Krai bangga denganmu. β€οΈπ
Majlis Gabungan Belia Kelantan
Majlis Belia Malaysia