KRT LATA REK

KRT LATA REK Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KRT LATA REK SESI 2021-2023

Pengerusi MOHAMAD BIN AWANG
Timbalan Pengerusi WAN ROSDI BIN WAN YUSUF
Naib Pengerusi MOHD ZAKUAN BIN MOHAMAD
Setiausaha NORAINI BINTI YAHYA
Penolong Setiausaha MOHD ZAMRI BIN MOHAMAD
Bendahari SANOSI BIN AB RAJAK

1 BIRO KESELAMATAN/ SRS
- Nuri Bin Che Hassan (Ketua)
- Che Hassan bin Che Ngah

2 JIRAN WANITA
- Nik Hasnah binti Abd Rahman (Ketua)
- Hasmat binti Yahya

3 JIRAN MUDA
- Fikri bin Farid (Ketua)
- Mohd Nasir bin Yahya
- Mohd Ridzuan bin Zakaria

4 BIRO SUKAN DAN REKREASI
- Abdul Hanif bin Abdul Manaf (Ketua)
- Alias bin Che Daud

5 BIRO AGAMA
- Mohd Zaki bin Shaari (Ketua)
- Kori Yaakub

6 BIRO PENDIDIKAN
- Mohd Nazir bin Ismail (Ketua)
- Mohd Zulkifli bin Ibrahim

7 BIRO KECERIAAN DAN PERSEGARAN
- Mohamad bin Harun (Ketua)
- Ramzi bin Mohamad

8 JIRAN WARGA EMAS
-Wan Yusoff bin Wan Abdullah (Ketua)
- Mohd Azmi bin Abdullah

9 BIRO PEMBANGUNAN
-Mohd Zamri Mohd Noor (Ketua)
-Nik Azman bin Mukhtar
- Abdul Kadir bin Mamat

10 BIRO KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI
- Anuar Che Daud (Ketua)
- Norhadi Mat Noor

11 BIRO KESIHATAN
- Rosnani binti Mohamed (Ketua)
- Azizah binti Hamzah

12 TUNAS JIRAN
- Hashimah Binti Hj. Lazim (Ketua)
- Nurul Wahyunie

26 AJK AUDIT
- Razali bin Mustafa

RONDAAN KRT LATA REK BERSAMA OCS BALAI POLIS LALOH DAN ANGGOTA17 SEPTEMBER 2026Alhamdulilllah. KRT Lata Rek diberi pelua...
20/09/2026

RONDAAN KRT LATA REK BERSAMA OCS BALAI POLIS LALOH DAN ANGGOTA

17 SEPTEMBER 2026

Alhamdulilllah. KRT Lata Rek diberi peluang untuk turut serta bersama OCS Balai Polis Laloh dan anggotanya membuat rondaan di sekitar Lata Rek.

Rondaan dimulakan di simpang empat Laloh dan membawa masuk hingga ke kampung Bukit Budu Lata Rek.

Aktiviti Ini merupakan satu usaha mengeratkan antara KRT Lata Rek dan PDRM serta komuniti. Ianya menjadi platform untuk komuniti dan agensi terlibat untuk bertukar pandangan dan menyalurkan maklumat berkaitan Keselamatan.

Antara yang terlibat dalam rondaan ini ialah termasuk OCS Balai Polis Laloh, SM Mohd Affendy Bin Suhaimi, Pengerusi KRT Lata Rek, Sanosi Ab Rajak, Noraini Yahya (setiusaha KRT Lata Rek) , Nur Farhana, Aliff Jasmin, Mohd Zamri dan beberapa orang lagi anggota polis Balai Polis Laloh.




PROGRAM SEMARAK MERDEKA TABIKA PERPADUAN KUALA KRAI DAN PENUTUP 10K LANGKAH16 SEPTEMBER 2026WISMA PERSEKUTUAN KUALA KRAI...
18/09/2026

PROGRAM SEMARAK MERDEKA TABIKA PERPADUAN KUALA KRAI DAN PENUTUP 10K LANGKAH

16 SEPTEMBER 2026
WISMA PERSEKUTUAN KUALA KRAI

Alhamdulilllah, wakil KRT Lata Rek telah menyertai program ini yang mana sekaligus berjaya menamatkan program selama sebulan kempen jalan kaki 10000.

Program yang mendapat dana MyChampion ini telah berjaya dilaksanakan hingga akhirnya. Ianya berjaya mengumpulkan 140 orang peserta dari 22 KRT seluruh Kuala Krai.

Tahniah buat semua peserta yang terlibat hingga ke langkah yang terakhir. Semoga aktiviti sihat ini tidak berhenti di sini sahaja dan dapat diteruskan sebagai aktiviti harian demi meningkatkan kesihatan kita bersama.

Program Semarak Merdeka oleh Anak Anak Tabika Perpaduan membuktikan kehebatan gabungan guru dan pelajar. Mereka bersenam bersama, berarak merdeka dan membuat persembahan pantomin. Kehadiran ibu bapa juga memeriahkan program ini. Kemeriahan program ini berjaya menenggelamkan program penutup langkah 10000 yang dilihat seperti menumpang acara.

Apapun tahniah buat semua.
Terima kasih kepada pihak penganjur.
Terbaik Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Krai .
Terbaik guru guru Tabika Perpaduan.
Tahniah sahabat KRT Daerah Kuala Krai yang terlibat.

Syabas diucapkan kepada peserta dari KRT Lata Rek :
- Sanosi Razak (Pengerusi)
- Noraini Kak Ain Eten Yahya (Setiausaha)
- Mohd Zamri Mohamad Malauazam Mohamad
- Noraizun binti Harun
- Che Rabihah Musa
- Norhusna Mohamad
- Muhammad Alif Jasmin Mohd Azmi
- Nur Farhana Mohd Azmi






#

KULIAH MAGHRIB DAN CABUTAN BERTUAH14.09.2026Surau UMMU Zainab Lata Rek Alhamdulilllah telah berlangsung tadi Kuliah Magh...
14/09/2026

KULIAH MAGHRIB DAN CABUTAN BERTUAH

14.09.2026
Surau UMMU Zainab Lata Rek

Alhamdulilllah telah berlangsung tadi Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Naqib Tamimie yang juga Imam Muda .

Ustaz menyampaikan kuliah berdasarkam dari isi Kitab Pati Munyatul Musalli berkaitan dengan solat.

Selepas kuliah dan solat isyak berjemaah, telah diadakan penyampaian hadiah cabutan bertuah buat jemaah yang hadir.

Hadiah disampaikan oleh :
- Pengerusi KRT Lata Rek Sanosi Razak
- Ustaz Muhammad Naqib Tamimi
- Pengerusi Surau Ummu Zainab Lata Rek.

Tahniah kepada para pemenang.
Terima kasih senua yang hadir
Terima kasih muslinat surau yang menyediakan juadah.



JULA POKOK KENA ATAH JALEYPagi tadi Pengerusi KRT LATA REK bersama beberapa orang lagi penduduk kampung membersihkan pok...
13/09/2026

JULA POKOK KENA ATAH JALEY

Pagi tadi Pengerusi KRT LATA REK bersama beberapa orang lagi penduduk kampung membersihkan pokok yang terjuntai di laluan jalan raya. Ranting pokok dipotong dan dicantas.

Dua hari lepas semasa hujan lebat, satu dahan pokok telah patah dan jatuh ke jalan raya berdekatan air terjun Lata Rek. Beberapa orang anak muda telah bersihkan sebahagian dahan pokok tersebut.

Terima kasih CT Kedai Makan Lata Rek Puan Siti Mariam kerana belanja minum kami selepas selesai buat kerja.

Kredit kepada lori Lata Rek Canopy & EVENT yang dijadikan tempat untuk memudahkan kerja cantas dahan pokok dan buluh.

Terima kasih buat semua yang terlibat tadi.



PROGRAM 10K LANGKAH UNTUK SIRI 34 September 2026Lokasi : Pejabat JKR Taman Damar Kuala Krai .Masa : 7.30 pagi
04/09/2026

PROGRAM 10K LANGKAH UNTUK SIRI 3

4 September 2026
Lokasi : Pejabat JKR Taman Damar Kuala Krai .
Masa : 7.30 pagi

PROGRAM SAMBUTAN HARI MERDEKA PERINGKAT TUNAS JIRAN LATA REK 2026Tarikh : 27 Ogos 2026Masa : 8.30 pagiLokasi : Masjid Mu...
28/08/2026

PROGRAM SAMBUTAN HARI MERDEKA PERINGKAT TUNAS JIRAN LATA REK 2026

Tarikh : 27 Ogos 2026
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Masjid Mukim Lata Rek

Semalam adalah hari bahagia buat peserta yang hadir. Satu lagi sejarah dicatat apabila selesainya program ini di Lata Rek. Program yang dianjurkan oleh KRT Lata Rek ini mendapat kerjasama Jawatankuasa Masjid Mukim Lata Rek, Tabika Kemas Nurhidayah Lata Rek dan PASTI Al Istiqamah Lata Rek.

Seawal jam 8.30 pagi mereka telah berkumpul di ruang letak kereta masjid. Program dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan berarak sambil berselawat.

Selesai acara berarak, para peserta mengikuti pertandingan mewarna dan acara sukaneka yang diadakan di anjung masjid.

Kejayaan semalam bukan diukur dari segi nilai hadiah, tetapi jauh dari itu. Penyatuan hati semua yang terlibat merupakan kesan baik yang penting buat program ini.

Terima kasih buat semua yang terlibat dan menyokong program ini semalam. Terima kasih yang menyumbang tenaga dan wang ringgit untuk program berjalan lancar.

Tahniah buat semua Jawatankuasa KRT, Cikgu Tabika Kemas, Cikgu PASTI AL ISTIQAMAH dan Ibu bapa yang hadir memeriahkan program.

Juga terima kasih kepada penghulu Mukim Lata Rek yang hadir sejak awal hingga selesai program.

Terima kasih YB Abe Uji yang menyumbang untuk makan minum buat anak anak Tabika Kemas dan Pasti Al Istiqamah Lata Rek.

Sehingga berjumpa lagi di program yang akan data ng. Salam kasih dan sayang buat semua yang telah menyatukan hati kita semua.

Demi Lata Rek.




KEMPEN JOM SIHAT 10000 LANGKAHAlhamdulilllah pagi ni, kami mengambil kesempatan sempena cuti Maulidur Rasul untuk sama s...
25/08/2026

KEMPEN JOM SIHAT 10000 LANGKAH
Alhamdulilllah pagi ni, kami mengambil kesempatan sempena cuti Maulidur Rasul untuk sama sama berjalan 10000 langkah.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448HTarikh : 24 Ogos 2026Masa : 7 MalamLokasi : Surau UMMU Zainab Lata Rek Alhamdulilllah semal...
25/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H

Tarikh : 24 Ogos 2026
Masa : 7 Malam
Lokasi : Surau UMMU Zainab Lata Rek

Alhamdulilllah semalam telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan kuliah khas yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Naqib Tamimie .

Selepas solat isyak, jemaah yang hadir sama sama berselawat ke atas junjungan bersar Nabi Muhammad SAW.

Jemaah yang hadir dijamu dengan mee kuah yang disiapkan oleh Jiran Wanita dan Muslimat Surau Ummu Zainab.

Turut hadir majlis semalam ialah Pengerusi KRT Lata, Pengerusi Surau Ummu Zainab dan Penghulu Mukim Lata Rek bersama dengan kariah surau.

Terima kasih semua yang hadir.
Terima kasih Jawatankuasa yang terlibat.
Tahniah buat semua.






Program berikutnya : 1- Sambutan Maulidur Rasul2- Sambutan Hari Merdeka 2026 Peringkat Tunas Jiran
23/08/2026

Program berikutnya :
1- Sambutan Maulidur Rasul
2- Sambutan Hari Merdeka 2026 Peringkat Tunas Jiran

Address

Kuala Krai
18000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60136130164

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT LATA REK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT LATA REK:

Shortcuts

Share