Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Pejabat Daerah & Tanah Jelebu

Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Pejabat Daerah & Tanah Jelebu KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH JELEBU | KREKPDTJ

23/01/2026

Tor monitor ketua~~
Anggota mau lapor ketua~~

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH JELEBU TAHUN 2026.PART 2Majlis "...
23/01/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH JELEBU TAHUN 2026.

PART 2
Majlis "Sejuta Kenangan Segunung Penghargaan"

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH JELEBU TAHUN 2026.Selesai Majlis...
23/01/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH JELEBU TAHUN 2026.

Selesai Majlis AGM KREK PDT JELEBU kali ke-2 tahun 2026 yang diadakan serentak dengan Majlis "Sejuta Kenangan Segunung Penghargaan"bagi meraikan ahli yang berpindah dan berpencen.

Terima kasih diatas sumbangan jawatankuasa kelab sebelum ini yang bertungkus lumus memastikan KREK sentiasa aktif dan berusaha memajukan kelab.

Sekalung tahniah turut diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu yang telah dipilih untuk menerajui KREK bagi sesi 2026-2028. Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan cemerlang, dan KREK terus menjadi wadah kebajikan serta Rekreasi yang menyatukan warga Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu semangat kekitaan dan ukhwah.

Kelab jugak ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua Pegawai PDT Jelebu, ahli jawatankuasa kelab & semua ahli kelab yang hadir dan menjayakan mesyuarat AGM kali ini. Insha-Allah kita akan bertemu lagi pada program akan datang.

"Dari kita untuk kita"

KOLEJ KOMUNITI JELEBU | 20 November 2025, KhamisTahniah kepada semua peserta Pejabat Daerah Tanah dan Pejabat Tanah Gali...
24/11/2025

KOLEJ KOMUNITI JELEBU | 20 November 2025, Khamis

Tahniah kepada semua peserta Pejabat Daerah Tanah dan Pejabat Tanah Galian Negeri Sembilan atas kelancaran Kejohanan Petanque Petanda 2025 anjuran Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Pejabat Daerah & Tanah Jelebu yang telah diadakan di Kolej Komuniti Jelebu. Persaingan hebat, semangat kesukanan yang tinggi & kerjasama mantap menjadikan Kejohanan ini penuh makna.

Perasmian Kejohanan Petanque Sukan Petanda 2025 telah dirasmikan oleh Tuan Abdul Rahim Bin A.Aziz, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.

πŸ… β€œSyabas dan tahniah kepada semua pemenang serta peserta Kejohanan Petanque Sukan Petanda 2025! Terima kasih juga kepada Ahli Jawatankuasa KREK kerana telah bertungkus lumus bagi menjayakan kejohanan tersebut dengan jayanya.”

πŸ“Έ Jangan Lupa Lihat gambar penuh Kejohanan Petanque Sukan Petanda tahun 2025 di google Drive :
https://drive.google.com/drive/folders/1_1vTl4xKE_WC1cjZDdUY5hc7dCa_juH1

Keputusan penuh Pertandingan :

VIP
Johan - Port Dickson
Naib Johan - PDT Rembau
Ke-3 - PDT Tampin
Ke-3 - PDKT Gemas

LELAKI
Johan - PDT Jelebu
Naib Johan - PDT Port Dickson
Ke-3 - PDT Jempol
Ke-3 - PDT Seremban

PEREMPUAN
Johan - PDT Jempol
Naib Johan - PDT Jelebu
Ke-3 - PDT Port Dickson
Ke-3 - PDT Tampin

Terima kasih kepada semua pemain yang terlibat.

KREK  |  Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Jelebu6 OGOS 2025 - Kelab Rekreasi & Kebajikan Pejabat Daerah dan T...
08/08/2025

KREK | Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Jelebu

6 OGOS 2025 - Kelab Rekreasi & Kebajikan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu (KREKPDTJ) telah menganjurkan kembara rekreasi β€œJom Healing 2.0 Jeram Enggang & Jeram 3 lapis”di Kg.Ulu Jelebu. Kembara ini disertai oleh 42 orang warga KREKPDTJ dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara. Kembara ini membantu menguatkan semangat warga KREKPDTJ menerusi pelbagai aktiviti, termasuk cabaran trekking merentasi anak sungai untuk sampai ke lokasi dan melihat keindahan Jeram Enggang & Jeram 3 Lapis.




β€œπ““π“ͺ𝓻𝓲 π“šπ“²π“½π“ͺ 𝓀𝓷𝓽𝓾𝓴 π“šπ“²π“½π“ͺ

βœ¨π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ ✨Semoga Aidiladha pada tahun ini membawa pengertian dan pengorbanan yang amat bermakna untu...
06/06/2025

βœ¨π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ ✨
Semoga Aidiladha pada tahun ini membawa pengertian dan pengorbanan yang amat bermakna untuk kita semua. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, kami di KREK...
31/03/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, kami di KREK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua dan warga kerja kami.

Moga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda yang tidak ternilai kepada KREK

Selamat bercuti dan selamat p**ang ke kampung halaman dengan selamat.

Kuih tart atas para,
Dimakan p**a dengan kelapa,
Hari raya kita gembira,
Tapi baju ketat, nafas terseksa!

Ikhlas daripada,
Kami KREK Pdtj.



21 MAC  2025 | 20 RAMADAN 1446H | JELEBUβ€ŽΨ¨ΩΨ³Ω’Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…Ω Ψ§ΩŒΩ„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ψ§ΩŒΩ„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§ΩŒΩ„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­ΩΩŠΩ’Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ΩΩ PROGRAM TADARUS DAN...
26/03/2025

21 MAC 2025 | 20 RAMADAN 1446H | JELEBU

β€ŽΨ¨ΩΨ³Ω’Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…Ω Ψ§ΩŒΩ„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ψ§ΩŒΩ„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§ΩŒΩ„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­ΩΩŠΩ’Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ΩΩ

PROGRAM TADARUS DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANJURAN KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN PDTJ BAGI TAHUN 1446H/2025M

Program Tadarus dan Majlis Khatam Al-Quran anjuran KREKPDTJ bagi Tahun 1446H/2025M telah diadakan di Lobby Bilik Gerakan PDTJ dan dihadiri kira-kira lebih 50 orang warga kerja PDTJ. Program ini diselaraskan oleh Biro Kebajikan & Kerohanian KREKPDTJ di mana ianya bermula sepanjang bulan Ramadan mulai 2 Mac 2025M (1 Ramadan 1446H) yang lalu.

Majlis tersebut telah dipimpin oleh Al-Fadil Ustaz Muhammad Amir Bin Abdullah bersama-sama Yang Berhormat Datuk Ir. Haji Bakri Bin Sawir yang telah mengetuai bacaan dalam Majlis Khatam Al-Quran tersebut. Turut serta dalam bacaan tersebut adalah warga KREKPDTJ yang terpilih.

Selepas Majlis Khatam Al-Quran dan tazkirah ramadan, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada warga KREKPDTJ yang menyertai Program Tadarus & Majlis Khatam Al-Quran.




Kami mungkin terlewat untuk ucap Selamat hari lahir awak, tetapi kami tidak melupakan awak!!!! Selamat hari Lahir! Ingat...
12/03/2025

Kami mungkin terlewat untuk ucap Selamat hari lahir awak, tetapi kami tidak melupakan awak!!!! Selamat hari Lahir! Ingat, umur hanyalah angka... angka yang terus meningkat setiap tahun! Nikmati perjalanan!

Ubur ubur ikan lele,
enjoy your day le..

Happy Birthday March Born! πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚
β€œDari Kita Untuk Kita”

β€œRamadan yang mulia telah tiba! Semoga setiap ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT. Mari kita tingkatka...
28/02/2025

β€œRamadan yang mulia telah tiba! Semoga setiap ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT. Mari kita tingkatkan ketaatan dan kesabaran selama bulan ini. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Muslim.β€βœ¨βœ¨βœ¨

RABU | 26 FEB 2025 | 27 SYA’BAN 1445H | JELEBUKREPDTJ SAMBUT AMBANG RAMADANProgram Sambutan Ambang Ramadan "Love In Loma...
27/02/2025

RABU | 26 FEB 2025 | 27 SYA’BAN 1445H | JELEBU

KREPDTJ SAMBUT AMBANG RAMADAN

Program Sambutan Ambang Ramadan "Love In Lomang & Dodol"dianjurkan KREKPDTJ bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Program ini telah diisi dengan aktiviti seperti membakar lemang,gotong-royong memasak rendang ayam dan mengacau dodol di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

Dalam program itu, sebanyak 150 batang lemang,rendang ayam dan dodol siap dimasak oleh ahli KREKPDTJ.

Tahniah & terima kasih kepada warga KREKPDTJ, semoga program bermanfaat seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara kita semua. Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak yang bakal tiba.

β€œπ˜Ώπ™–π™§π™ž π™†π™žπ™©π™– 𝙐𝙣𝙩π™ͺ𝙠 π™†π™žπ™©π™–β€

Address

Kuala Klawang
Kuala Klawang
71600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Pejabat Daerah & Tanah Jelebu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share