Persatuan Sukan Elektronik Jelebu

Persatuan Sukan Elektronik Jelebu Support page kami. Disini kami akan update sebarang info2 pertandingan sukan elektronik diluar dan dalam Jelebu

Org lain penat2 tubuhkn Persatuan Sukan Elektronik Jelebu... Org lain plak syok sendiri...
03/05/2024

Org lain penat2 tubuhkn Persatuan Sukan Elektronik Jelebu... Org lain plak syok sendiri...

KEKECEWAAN DARI PIHAK PERSATUAN SUKAN ELEKTRONIK DAERAH JELEBU (E-SPORT JELEBU)

Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga jelebu dan juga rakan-rakan seperjuangan.

Untuk pengetahuan semua,saya diberi mandat sebagai Presiden Persatuan Sukan Elektronik Daerah Jelebu dan juga Timbalan Presiden untuk E-Sports Negeri Sembilan.

Kami dikenali sebagai E-Sports Jelebu dan bertempat di Gerai No.17, Kedai Stesen Bas dan didaftarkan penuh dengan Kementerian Belia dan Sukan.

Disini ingin kami menyuarakan sedikit kekecewaan terhadap satu posting tentang program e-sports yang bakal dijalankan di Jelebu tidak lama lagi.

Selama 4 tahun kami perjuangkan hak dan permit khas untuk e-sports jelebu yang dimana membolehkan kami melakukan apa apa acara e-sports di dalam daerah jelebu dan juga diluar jelebu,tetapi dengan sewenangnya segelintir pihak melakukan programs e-sports tanpa melibatkan atau melalui kami atau kata lain juga kolab dengan Persatuan E-sports Jelebu khususnya..Jadi apakah guna permit dan persatuan yang telah kami perjuangkan selama ini?,adakah sia sia?.

Sebenarnya ada sekali dulu, tetapi kami diamkan.Jadi sekarang dah dua kali kami tidak diberi informasi mengenai perkara tersebut mahupun apa apa info mengenai event tersebut.

Jika inilah cara orang kita berfikir,persatuan2 anak anak belia di Jelebu akan pupus dan tidak akan begerak seiring dengan arus kemodenan kerana kami TIDAK DIPANDANG, LANGSUNG!.

Minta maaf saya suarakan disini. Kerana saya juga sebagai salah seorang NGO di Jelebu yang juga banyak membantu belia belia dan juga lain lain amat terkesan dan amat sedih dengan perkara sebegini berlaku lagi-lagi di dalam Daerah Jelebu yang saya sayangi.

Kami di Persatuan Sukan Elektronik Daerah Jelebu memandang serius perkara ini kerana ia agak mencalar kredibiliti kami sebagai satu Persatuan yang telah dikenali dalam bidang e-sports di Daerah Jelebu.

Kami berharap pihak yang berwajib, boleh duduk semeja dengan kami di Persatuan Sukan Elektronik Daerah Jelebu untuk menyelesaikan perkara ini yang dipandang kecil,tetapi bagi kami besar.

Sekian terima kasih dari saya .

P/S:
🏆Permit E-Sports kami dibayar ke MDJ tahunan.
🏆 Permit E-Sports kami dibayar ke MDJ tahunan.

🎮Presiden Sukan Elektronik Daerah Jelebu
🎮Timbalan Presiden Sukan Elektronik Negeri Sembilan

Persatuan Esports Negeri Sembilan
Persatuan Sukan Elektronik Jelebu

Address

Kuala Klawang
71600

Telephone

+60183956691

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Sukan Elektronik Jelebu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Sukan Elektronik Jelebu:

Share