Komuniti Taman Bukit Mahogani

Komuniti Taman Bukit Mahogani Perkongsian Maklumat dan Aktiviti Taman Bukit Mahogani
Untuk aduan, email ke: [email protected]

Halaman (Page) ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang Komuniti Penduduk Taman Bukit Mahogani, Jelebu. Program-program dan aktiviti berkaitan komuniti TBM akan dihebahkan dari semasa ke semasa. Para penduduk juga boleh berkongsi maklumat berkaitan TBM di halaman ini. Setakat ini, halaman ini diselenggara oleh AJK KRT TBM dan AJK COMBI TBM.

Tahniah & syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima keputusan SPM 2025! ๐ŸŒŸKejayaan ini adalah hasil usaha...
01/04/2026

Tahniah & syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima keputusan SPM 2025! ๐ŸŒŸ
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, doa dan pengorbanan sepanjang perjalanan menuntut ilmu. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dalam mengejar cita-cita.
Teruskan berusaha, jangan mudah berputus asa, dan yakinlah setiap langkah membawa anda ke arah kejayaan yang lebih gemilang.




๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILFITRI 1447H / 2026โœจ๐ŸŒ™KRT Taman Bukit Mahogani mengucapkan:Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ...
20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILFITRI 1447H / 2026โœจ๐ŸŒ™

KRT Taman Bukit Mahogani mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua *warga Taman Bukit Mahogani.*

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam komuniti kita. ๐Ÿค๐Ÿ’š

Di kesempatan ini, kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang berurusan.

๐ŸŒ™ Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Ikhlas daripada:
KRT Taman Bukit Mahogani



/2026

Jumaat Terakhir Ramadan 1447HRebutlah peluang terakhir di bulan penuh keberkatan ini ๐ŸคฒSetiap infaq & sedekah yang kita h...
20/03/2026

Jumaat Terakhir Ramadan 1447H

Rebutlah peluang terakhir di bulan penuh keberkatan ini ๐Ÿคฒ

Setiap infaq & sedekah yang kita hulurkan, insyaAllah menjadi saham akhirat yang berlipat ganda ganjarannya. Jangan lepaskan peluang Jumaat terakhir bulan ramadan 1447H ini untuk menanam kebaikan ๐ŸŒฟ

โœจ โ€œSedekah tidak akan mengurangkan harta, bahkan menambah keberkatan.โ€

Semoga setiap sumbangan kita diterima dan menjadi asbab keberkatan hidup di dunia & akhirat.

๐ŸŒ™ Jom Gandakan Pahala di Jumaat Ramadan ๐ŸŒ™Ramadan adalah bulan rahmat dan pengampunan. Apabila bertemu p**a dengan hari J...
13/03/2026

๐ŸŒ™ Jom Gandakan Pahala di Jumaat Ramadan ๐ŸŒ™

Ramadan adalah bulan rahmat dan pengampunan. Apabila bertemu p**a dengan hari Jumaat, ganjaran amal kebaikan menjadi lebih istimewa.

Ayuh kita sama-sama menyumbang dalam Program Sedekah Jumaat Ramadan bagi membantu mereka yang memerlukan serta menyokong aktiviti kebajikan komuniti dan pembagunan.

๐Ÿคฒ Semoga setiap ringgit yang disedekahkan menjadi cahaya di akhirat dan pembuka pintu rezeki.

โ€œTidak akan berkurang harta kerana bersedekah.โ€

โœจ IFTAR VIBES 1447H / 2026 โœจ๐ŸŒ™ Taman Bukit Mahogani๐ŸŒ™Anjuran bersama KRT Taman Bukit Mahogani & Surau Taman Bukit Mahogani...
27/02/2026

โœจ IFTAR VIBES 1447H / 2026 โœจ
๐ŸŒ™ Taman Bukit Mahogani๐ŸŒ™

Anjuran bersama KRT Taman Bukit Mahogani & Surau Taman Bukit Mahogani

Ramadan datang lagiโ€ฆ jom kita eratkan ukhwah, kongsi rezeki dan berbuka bersama dalam suasana penuh keberkatan ๐Ÿค

๐Ÿ“… Tarikh: 7 Mac 2026 / 17 Ramadan 1447H (Sabtu)
๐Ÿ•• Masa: bermula jam 6.30 petang โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ Tempat: i.Dewan Taman Bukit Mahogani โ€“ Berbuka Puasa
ii. Surau Taman Bukit Mahogani โ€“ Solat Fardu dan Solat
Tarawih

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Terbuka kepada semua penduduk Taman Bukit Mahogani

Potluck (Juadah Bawaan) di alu alukan

๐ŸŒŸ Tentatif Program

6.30 ptg : Ketibaan Penduduk Taman
7.00 ptg : penyediaan makanan berbuka puasa
7.26 mlm : Azan Maghrib (Jamah Kurma dan Air)
- Solat Maghrib berjemaah di surau
- Majlis Berbuka Puasa
8.00 malam - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi KRT dan Pengerusi Surau Taman Bukit Mahogani
- Ucapan Y.B Dato' Ir. Haji Bakri Sawir (ADUN Kawasan Klawang)
- Penyampaian sumbangan
- Bakul Rahmah
- Sumbangan kepada Madrasah Yamin
- Penyampaian Duit raya kepada anak-anak TBM

8.35 mlm : Solat Isyak berjemaah
- Solat Tarawih
- Moreh

๐Ÿ’› Jom hadir beramai-ramai!
๐Ÿ’› Bawa keluarga & semangat kebersamaan
๐Ÿ’› Rebut pahala memberi dan berkongsi




๐ŸŒ™ Salam Ramadan 1447H ๐ŸŒ™Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan rahmat dan...
18/02/2026

๐ŸŒ™ Salam Ramadan 1447H ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan rahmat dan keampunan.

Semoga Ramadan kali ini membawa sinar keimanan, memperkukuh ukhwah, serta melimpahkan rezeki dan ketenangan buat kita semua.

Marilah kita manfaatkan setiap detik dengan memperbanyakkan ibadah, bersedekah, serta saling bermaafan.

โœจ ุฑู…ุถุงู† ูƒุฑูŠู… โœจ

Ikhlas daripada:
KRT Taman Bukit Mahogani


Salam Jumaat Penuh BerkatJangan lepaskan peluang bersedekah hari ini. Moga Allah melapangkan rezeki dan mempermudahkan s...
12/02/2026

Salam Jumaat Penuh Berkat

Jangan lepaskan peluang bersedekah hari ini. Moga Allah melapangkan rezeki dan mempermudahkan segala urusan kita.

Jumaat Datang Lagi

Ayuh hulurkan sedekah seikhlas hati. Mudah-mudahan menjadi saham akhirat yang berkekalan.

Satu Ringgit Pun Bermakna

Jom sama-sama menyemai kebaikan pada hari Jumaat yang mulia ini.

Sedekah Itu Tidak Mengurangkan Harta
Bahkan menambah keberkatan dan kasih sayang sesama insan. Jom sedekah Jumaat!

Alhamdulillah, Ceramah Israk Mikraj 1447H telah berjaya diadakan seperti berikut : Tarikh : 25 Januari 2026 (Ahad)Masa :...
04/02/2026

Alhamdulillah, Ceramah Israk Mikraj 1447H telah berjaya diadakan seperti berikut :

Tarikh : 25 Januari 2026 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Bukit Mahogani

Program ini juga dianjurkan bersama KRT Taman Bukit Mahogani. Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang peristiwa Israk dan Mikraj, serta mengingatkan kita tentang pentingnya mengukuhkan iman dan amal soleh dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat, semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada kita semua.

๐ŸŒŸ Selamat datang 2026, Taman Bukit Mahogani! ๐ŸŒŸAlhamdulillah, tahun 2025 telah berlalu, meninggalkan pengalaman, kenangan...
02/01/2026

๐ŸŒŸ Selamat datang 2026, Taman Bukit Mahogani! ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, tahun 2025 telah berlalu, meninggalkan pengalaman, kenangan, dan pengajaran buat kita semua. Kini tibalah 2026 โ€“ lembaran baru yang membawa harapan, peluang, dan semangat yang segar.

Marilah kita, warga Taman Bukit Mahogani, bersama-sama:
๐Ÿค Memperkukuh ukhuwah & silaturahim sesama penduduk.
๐Ÿก Memakmurkan taman melalui aktiviti komuniti & gotong-royong.
๐Ÿ’ก Menanam budaya tolong-menolong, hormat-menghormati, dan perpaduan.
๐ŸŒฑ Membina generasi muda yang positif, berakhlak mulia, dan cintakan komuniti.

Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun kejayaan, kebahagiaan, dan keberkatan untuk setiap keluarga di taman kita tercinta. Bersama-sama kita jadikan Taman Bukit Mahogani bukan sekadar taman perumahan, tetapi komuniti yang harmoni, bersatu, dan penuh kasih sayang! โœจ






Program Candy Pop Oreo26 Disember 2025 (Jumaat)8.30 pagiDewan Taman Bukit MahoganiProgram Candy Pop Oreo anjuran KEMAS D...
02/01/2026

Program Candy Pop Oreo

26 Disember 2025 (Jumaat)
8.30 pagi
Dewan Taman Bukit Mahogani

Program Candy Pop Oreo anjuran KEMAS Daerah Jelebu dengan kerjasama KRT Taman Bukit Mahogani telah dilaksanakan khusus untuk golongan kanak-kanak Taman Bukit Mahogani sebagai pengisian masa cuti sekolah. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada kemahiran asas penyediaan makanan secara ringkas dan menyeronokkan, di samping memupuk minat, kreativiti serta semangat berdikari dalam kalangan peserta. Selain itu, program ini turut menggalakkan pengisian masa lapang secara berfaedah melalui aktiviti pembelajaran praktikal dan interaktif.

Selamat Tahun Baharu 2026 daripada KRT Taman Bukit Mahogani.Semoga perpaduan terus kukuh, kejiranan semakin erat dan kes...
31/12/2025

Selamat Tahun Baharu 2026 daripada KRT Taman Bukit Mahogani.

Semoga perpaduan terus kukuh, kejiranan semakin erat dan kesejahteraan sentiasa terpelihara.

HEBAHAN TAWARAN SEBUTHARGAPihak KRT Taman Bukit Mahogani adalah dipelawa kepada kontraktor yang berkelayakan dan bermina...
31/12/2025

HEBAHAN TAWARAN SEBUTHARGA

Pihak KRT Taman Bukit Mahogani adalah dipelawa kepada kontraktor yang berkelayakan dan berminat untuk mengemukakan sebutharga bagi kerja-kerja pembinaan / pembekalan Kabin Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Taman Bukit Mahogani.

Maklumat lanjut berkaitan skop kerja, syarat penyertaan dan tarikh tutup sebutharga seperti di atas.

Sebutharga yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum tarikh tutup iaitu 13 Januari 2026 (Selasa) sebelum 12.00 Tengahari dan diemel ke alamat : [email protected]

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
KRT Taman Bukit Mahogani

Address

Taman Bukit Mahogani
Kuala Klawang
71600

Telephone

+60196388598

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Taman Bukit Mahogani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Komuniti Taman Bukit Mahogani:

Share