Parti Pribumi Bersatu Kuala Kedah

Parti Pribumi Bersatu Kuala Kedah BERSATU KUALA KEDAH
DINAMIK l SEPAKAT | SEJIWA

26/05/2026
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H

Segala puji bagi Allah SWT yang masih memanjangkan usia kita untuk sekali lagi bertemu dengan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan, pengorbanan dan keinsafan ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana sahaja berada, khususnya buat seluruh rakyat negeri Kedah yang saya kasihi, serta warga DUN Kubang Rotan yang sentiasa dekat di hati saya.

Aidiladha bukan sekadar perayaan. Ibadah korban yang dilaksanakan bersama kehadirannya membawa pengertian yang sangat besar kepada kehidupan manusia. Ia mendidik kita supaya belajar memberi, bukan sekadar menerima. Mengajar kita bahawa rezeki yang Allah pinjamkan bukan untuk dinikmati sendirian, tetapi perlu dikongsi dengan mereka yang berhak dan memerlukan.

Falsafah Aidiladha juga mengingatkan kita bahawa tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Seorang ayah berkorban demi keluarga. Seorang ibu berkorban demi anak-anak. Pemimpin berkorban demi rakyat. Dan rakyat p**a bersama-sama berkorban demi keamanan serta masa depan negeri dan negara yang kita cintai.

Dalam suasana dunia yang semakin mencabar hari ini, semangat korban perlu diterjemahkan dalam bentuk kasih sayang, perpaduan, toleransi dan saling membantu sesama insan. Semoga setiap kita menghadirkan rahmat kepada kehidupan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar seluruh jemaah haji dikurniakan haji yang mabrur, dipermudahkan segala urusan dan kembali ke tanah air dalam keadaan sihat serta diberkati Allah SWT.

Akhir kata, semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

Salam ikhlas daripada saya di Makkah Al-Mukarramah.

Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin
ADUN Kubang Rotan
EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan
Negeri Kedah Darul Aman.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSINBarisan Kepimpinan BERSATU Bahagian Kuala Kedah mengucapkan Sel...
15/05/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Barisan Kepimpinan BERSATU Bahagian Kuala Kedah mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan pada 15 Mei 2026.

Semoga YB Tan Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dan terus cekal memimpin, demi rakyat dan bangsa.

Terima kasih atas kepimpinan yang teguh dan perjuangan yang tidak pernah luntur.

Ikhlas daripada,
Barisan Kepimpinan BERSATU Bahagian Kuala Kedah.






10/05/2026

ISTIMEWA BUAT SEMUA PARA IBU

Dunia ini berdiri bukan kerana batu, kayu dan besi, tetapi kerana tangan-tangan lembut yang tidak lelah memberi.

Tangan seorang ibu.

Dalam setiap doanya, dalam setiap titik peluh yang dicurahkan, dalam setiap lirik senyumnya, setiap titis air matanya, ibu membina dunia ini, satu langkah pada satu masa, dengan segala kasih dan sayangnya.

Pengorbanan mereka tidak ternilai. Kasih mereka tidak terukur. Cinta mereka tidak tersukat.

Terima kasih kepada semua para ibu kerana menjadi cahaya yang tidak pernah padam, baik di gelap mahupun di cerah siang.

Selamat Hari Ibu buat semua wanita hebat yang menjadikan kasih sayang sebagai kekuatan paling agung di dunia ini.

Dato' Haji Mohd Salleh Saidin
ADUN Kubang Rotan,
EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah Darul Aman

08/05/2026

ALOR SETAR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok disaran agar bertanding di Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya benar-benar mahu...

07/05/2026
07/05/2026

PERTIKAI DATA PELANCONGAN: TAK WAJAR BANDINGKAN LANGKAWI DENGAN PHUKET, BALI

Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Dakwaan Langkawi kononnya lesu adalah tidak berasas, apabila data rasmi menunjukkan prestasi pelancongan p**au peranginan itu terus meningkat berdasarkan pertambahan jumlah kemasukan pelancong.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, Dato’ Mohd Salleh Saidin berkata, statistik yang dikemukakan sebelum ini adalah bagi menjawab kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan kedudukan Langkawi, namun data tersebut dipandang sinis sebagai ‘suam-suam kuku’.

“Data yang saya bentangkan sebelum ini adalah untuk menyanggah kenyataan beliau yang menyifatkan Langkawi lesu, data-data itu membuktikan kenyataan beliau tidak berasas sama sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Salleh mengumumkan, Langkawi merekodkan 1,093,937 pelancong pada tahun 2021, dan meningkat kepada 2,581,605 pada 2022. Seterusnya, bertambah kepada 2,810,322 (2023), 2,904,629 (2024) dan melonjak kepada 3,215,730 pelancong pada 2025 sempena Tahun Melawat Kedah (TMK2025).

Menurut beliau, tindakan Teresa yang berterusan membuat kenyataan jelek mengenai Langkawi amat dikesali, terbaharu beliau membandingkan Langkawi dengan Phuket dan Bali.

“Dalam reaksi balasnya terhadap data tersebut, Teresa mengalih tiang gol dengan membandingkan p**a Langkawi dengan Phuket dan Bali dari segi kemasukan pelancong dan peningkatan jumlah kehadiran.

“Perbandingan itu adalah perbahasan yang terlalu simplistik, tidak adil secara struktur, menafikan perbezaan ketara geopolitik, sejarah dan ekonomi serta bersifat ketidakjujuran intelek,” ujarnya.

Mohd Salleh tegaskan, kedua-dua destinasi antarabangsa itu telah dibangunkan jauh lebih awal dengan sokongan agresif kerajaan Pusat masing-masing, selain memiliki kapasiti penerbangan antarabangsa lebih besar serta jaringan laluan global yang luas.

“Sektor pelancongan Phuket mula dibangunkan sejak awal 1970-an, Bali p**a menarik kunjungan pelancong asing sejak tahun 1920-an. Ketika kedua-dua destinasi itu sedang berkembang, Langkawi masih dalam belenggu 'Sumpah Mahsuri'.

“Sebarang perbandingan haruslah bersifat setara. Dasar kemasukan pelancong di kedua-dua p**au tersebut juga bersifat lebih terbuka.

“Langkawi sebaliknya beroperasi dalam ekosistem yang berbeza sama sekali, dengan saiz dan kapasiti lebih kecil serta bergantung kepada dasar di peringkat Persekutuan,” katanya.

Mohd Salleh turut menepis dakwaan bahawa Kerajaan Negeri bersikap lepas tangan dalam membangunkan p**au Permata Kedah itu.

“Kerajaan Negeri telah melakukan segala yang termampu di bawah bidang kuasa untuk gilap, mempromosi dan mengangkat Langkawi. Kami tidak ada masalah bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kerana mereka juga bertungkus lumus di bawah bidang kuasa mereka.

“Namun menuduh Kerajaan Negeri bersikap lepas tangan dan menyerahkan pembangunan Langkawi kepada LADA adalah satu lagi kenyataan tidak berasas.

“LADA hanya sebuah agensi. Persoalan besarnya, di mana peranan Kerajaan Persekutuan secara keseluruhan,” soalnya.

Jelas beliau, banyak aspek kritikal yang mempengaruhi industri pelancongan p**au itu berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, antaranya kelulusan penerbangan, pembesaran lapangan terbang, insentif laluan antarabangsa, operasi dan tambang feri, polisi visa, promosi pelancongan global, pelancongan kapal pelayaran, kastam serta cukai.

“Semua itu di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Langkawi sinonim dengan masalah feri, tetapi apakah solusinya? Ini antara halangan terbesar yang menjejaskan usaha menarik lebih ramai pelancong ke Langkawi. Ini bukan masalah baharu, berulang kali isu ini dibangkitkan termasuk oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri terdahulu,” katanya.

Menurut beliau, perkhidmatan feri tidak seharusnya berorientasikan komersial semata-mata kerana ia merupakan keperluan asas penduduk.

“Saya sendiri beberapa kali mohon Kerajaan Persekutuan melakukan sesuatu agar masalah perkhidmatan feri di Langkawi diatasi secara tuntas, terbaharu pada persidangan DUN Kedah bulan lepas,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa Teresa membawa isu berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya benar-benar mahu membantu memajukan Langkawi.

“Jika YB ikhlas, tolong bawa perkara ini kepada rakan-rakan YB dalam Kerajaan Persekutuan. Ia lebih baik daripada mengarang kisah-kisah keburukan Langkawi semata-mata atas sebab dan dorongan politik.

“Cubaan mengaitkan isu pelancongan melalui serangan peribadi atau persepsi politik ke atas Menteri Besar Kedah, sebagaimana dilakukan YB juga tidak membantu memperkukuh industri ini,” katanya.

Mohd Salleh turut mengingatkan sektor pelancongan memerlukan pendekatan berasaskan data, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta strategi jangka panjang yang konsisten.

“Menggunakan contoh acara tertentu sebagai ukuran tunggal kejayaan ekonomi juga merupakan pendekatan simplistik dan tidak mencerminkan realiti sebenar pembangunan pelancongan yang mampan,” ujarnya.

Beliau tegaskan pembangunan pelancongan di Kedah termasuk Langkawi berteraskan nilai agama dan budaya tempatan.

“Kita tawarkan apa yang kita ada, apa yang diiktiraf khalayak antarabangsa sebagaimana disebut Teresa sendiri, tanpa perlu meminjam atau bawa masuk apa yang bertentangan dengan nilai-nilai setempat.

“Tidak kira sebesar gunung mana sekalipun laba yang menanti, kami tidak akan cagarkan nilai-nilai itu,” tegasnya.




05/05/2026

LANGKAWI DALAM LENSA SEBENAR, BUKAN LENSA POLITIK

Saya merujuk kepada kenyataan YB Teresa Kok di Facebook hari ini, yang memandang sinis data rasmi yang saya ketengahkan ketika menyanggah kenyataan beliau sebelum ini, di mana beliau menyifatkan statistik itu sebagai suam-suam kuku.

Perlu disebut, saya memaparkan data-data itu sebagai jawapan terhadap kenyataan beliau yang menyifatkan Langkawi berkeadaan lesu dan data-data itu secara langsung membuktikan kenyataan itu sangat tidak berasas.

Dalam reaksi balasnya beliau mengalih tiang gol dengan membandingkan p**a Pulau Langkawi dengan Phuket dan Bali dari segi kemasukan pelancong dan peningkatan jumlah kehadiran.

Perbandingan itu secara langsung adalah perbahasan yang terlalu simplistik, tidak adil secara struktur, menafikan perbezaan ketara geopolitik, sejarah dan ekonomi serta bersifat ketidakjujuran intelek.

Perlu dinyatakan sektor pelancongan Phuket mula dibangunkan sejak awal 1970-an, manakala Bali p**a telah mula menarik kunjungan pelancong asing sejak tahun 1920-an. Ketika kedua-dua destinasi itu sedang berkembang, Langkawi masih dalam belenggu 'Sumpah Mahsuri'.

Adalah penting untuk ditegaskan bahawa apa-apa juga perbandingan yang dibuat haruslah bersifat setara. Bali dan Phuket bukan sekadar p**au pelancongan biasa, sebaliknya merupakan hab pelancongan utama yang dibangunkan secara agresif oleh kerajaan pusat masing-masing, dengan kapasiti penerbangan antarabangsa yang jauh lebih besar, jaringan laluan global yang luas, serta dasar kemasukan pelancong yang lebih terbuka.

Langkawi p**a sebaliknya beroperasi dalam ekosistem yang berbeza sama sekali, dengan saiz, kapasiti dan kebergantungan yang lebih tinggi kepada dasar-dasar di peringkat Persekutuan.

Menuduh Kerajaan Negeri bersikap lepas tangan dan menyerahkan soal pembangunan Langkawi kepada LADA adalah satu lagi kenyataan yang tidak berasas. Kerajaan negeri telah melakukan segala yang termampu, di bawah bidang kuasanya untuk menggilap, mengangkat dan mempromosi Langkawi.

Dan kami tidak ada masalah bekerjasama dengan LADA kerana mereka juga bertungkus lumus melakukan segala yang terbaik di bawah bidang kuasa mereka.

Tetapi LADA hanya sebuah agensi. Persoalan besarnya adalah di mana p**a peranan Kerajaan Persekutuan secara keseluruhan. Untuk makluman YB, berikut adalah antara polisi-polisi yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan:

* Kelulusan penerbangan
* Pembesaran lapangan terbang
* Insentif laluan antarabangsa
* Operasi dan tambang feri
* Kastam dan cukai
* Pelancongan kapal pelayaran
* Polisi visa
* Kempen promosi pelancongan peringkat antarabangsa

Semua itu di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Bukanlah rahsia lagi bahawa antara halangan paling besar yang menjejaskan usaha menarik lebih ramai pelancong ke Langkawi adalah perkhidmatan ferinya. Ini bukan masalah baharu. Ia telah berulang kali dibangkitkan termasuk oleh kerajaan-kerajaan negeri yang terdahulu.
Langkawi cukup sinonim dengan masalah ferinya. Tetapi apakah solusinya?

Saya sendiri telah beberapa kali meminta supaya Kerajaan Persekutuan melakukan sesuatu supaya masalah perkhidmatan feri di Langkawi dapat diatasi secara tuntas. Terakhir, di Persidangan DUN Kedah bulan lepas di mana saya menekankan bahawa perkhidmatan feri di Langkawi seharusnya tidak terlalu berorientasikan komersial kerana ia merupakan keperluan asas penduduk p**au itu.

Jika YB ikhlas untuk membantu memajukan Langkawi, tolong bawa perkara ini kepada rakan-rakan YB dalam kerajaan Persekutuan. Ia lebih baik daripada mengarang kisah-kisah keburukan Langkawi semata-mata atas sebab dan dorongan politik.

Percubaan untuk mengaitkan isu pelancongan melalui serangan peribadi atau persepsi politik ke atas YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah, sebagaimana yang dilakukan oleh YB juga tidak membantu memperkukuh industri ini.

Pelancongan adalah sektor ekonomi yang kompleks dan memerlukan pendekatan berasaskan data, kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, serta strategi jangka panjang yang konsisten. Menggunakan contoh acara tertentu sebagai ukuran tunggal kejayaan ekonomi juga merupakan pendekatan yang simplistik dan tidak mencerminkan realiti sebenar pembangunan pelancongan yang mampan.

Perlu saya tegaskan di sini bahawa dalam usaha memajukan sektor pelancongan di Kedah umumnya dan Langkawi khususnya, Kerajaan Negeri meletakkan tuntutan agama dan resam budaya sebagai keutamaannya. Kita menawarkan apa yang kita ada, apa yang diiktiraf oleh khalayak antarabangsa sebagaimana disebut sendiri oleh YB Teresa, tanpa perlu meminjam atau membawa masuk apa yang bertentangan dengan nilai-nilai setempat.

Tidak kira sebesar gunung mana sekalipun laba yang menanti, kami tidak akan cagarkan nilai-nilai itu.

DINAMIK | SEPAKAT | SEJIWA

YB Dato Haji Mohd Salleh Saidin
EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan
Negeri Kedah.

30/04/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sebenar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman

30 April 2026 | 12 Zulkaedah 1447H

Semoga Allah SWT mengurniakan Tuanku keafiatan yang berpanjangan, dilanjutkan usia serta sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan inayah-Nya.

Daulat Tuanku.

23/04/2026

IRINGAN DOA BUAT TETAMU ALLAH

Selamat berangkat ke Tanah Suci buat semua jemaah haji tahun 2026, sama ada yang telah pun melangkah pergi mahupun yang bakal menyusul. Sesungguhnya perjalanan ini bukan sekadar pergerakan dari satu tempat ke tempat lain, tetapi satu lagi petanda ketaatan dan kemuncak pengabdian seorang hamba kepada Penciptanya.

Di bumi Makkah dan Madinah nanti,, setiap langkah adalah doa, setiap titisan air mata adalah keinsafan, dan setiap detik adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Tinggalkanlah segala urusan dunia dengan hati yang lapang, dan bawalah bersama keikhlasan, kesabaran serta harapan untuk kembali sebagai insan yang lebih bersih dan lebih tenang jiwanya.

Saya iringi perjalanan kalian dengan doa yang tidak putus-putus. Semoga setiap ibadah dipermudahkan, setiap rukun dan wajib haji disempurnakan dengan sebaiknya, serta dikurniakan haji yang mabrur.
Pulanglah nanti dengan membawa sinar baharu yang bukan sahaja menerangi diri sendiri, tetapi juga melimpahkan cahayanya kepada keluarga, masyarakat dan ummah umumnya.

Selamat berangkat, tetamu Allah. Semoga perjalanan ini menjadi titik paling indah dalam hidup, yang akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Tulus Ikhlas daripada
Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin

Address

KOMPLEKS PERNIAGAAN DELTAT, JALAN KUBANG ROTAN, KUALA SUNGAI, 06250 Alor Setar, Kedah 06250 Kampong Kubang Rotan, Malaysia
Kuala Kedah
06600

Telephone

+60125699110

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Pribumi Bersatu Kuala Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share