Pertubuhan Komuniti Muslim Ulu Bekor - PKMUB

Pertubuhan Komuniti Muslim Ulu Bekor - PKMUB PKMUB ditubuhkan untuk menjaga kepentingan minoriti Orang Asli Muslim Ulu Bekor, Manong, Perak

16/03/2026
Majlis Iftar Perdana di Kompleks Surau Muhsinin, Kampung Mendering, Kampung Orang Asli Ulu Bekor, Manong, Kuala Kangsar,...
16/03/2026

Majlis Iftar Perdana di Kompleks Surau Muhsinin, Kampung Mendering, Kampung Orang Asli Ulu Bekor, Manong, Kuala Kangsar, Perak pada Isnin, 16 Mac 2026M bersamaan malam 27 Ramadan 1447H. Terima kasih kepada Yayasan Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Kuala Kangsar atas tajaan berbuka puasa, juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya.

Majlis dihadiri oleh YBhg. Tuan Haji Khir bin Ngah Ahmad, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Kangsar serta barisan Mubaligh dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (MUBARAK) Daerah Kuala Kangsar, Encik Hassan Jabir bin Saidan Ahmad, Tuan Imam Masjid As-Suyah Kampung Bekor, Yang Beradat Encik Uda Awai bin Busu Kechek, Tok Batin Kampung Mendering, Kampung Orang Asli Ulu Bekor serta komuniti Orang Asli Muslim Ulu Bekor dengan anggaran seramai 50 orang.

Jazakumullahu khairan kasiro.

16/03/2026

Alhamdulillah. Hari ini malam 27 Ramadan 1447H telah selesai majlis iftar perdana di kompleks. Walaupun tahun ini, kami menerima tajaan berbuka puasa sekitar 10 slot/hari sahaja, suasana berbuka puasa tetap disambut meriah dalam kesederhanaan.

Semoga segala amalan diterima Allah. Kami dengan rendah hati memohon bantuan sumbangan para dermawan yang budiman untuk membantu menyempurnakan misi akhir Ramadan 1447H.

RM3,000.00 diperlukan bagi kos operasi kompleks surau agar ianya dapat terus berfungsi sebaiknya untuk manfaat bersama minoriti Orang Asli Muslim di Ulu Bekor, juga kepada majoriti penduduk kampung yang bukan Islam sebagai usaha dakwah bil hal. Di samping itu, sedikit keperluan kewangan diperlukan bagi menyambut kedatangan 1 Syawal 1447H.

Jom bantu kami membuka jalan dakwah, menyampaikan risalah, dan memperkasa mualaf.

Jazakumullahu khairan kasiro.

04/04/2025
Sekitar jamuan ringkas pagi Syawal di Kompleks Surau Muhsinin Ulu Bekor, Kuala Kangsar, Perak
01/04/2025

Sekitar jamuan ringkas pagi Syawal di Kompleks Surau Muhsinin Ulu Bekor, Kuala Kangsar, Perak

01/04/2025

Puasa enam bermaksud puasa yang dilakukan selama enam hari pada bulan Syawal. Hukumnya adalah sunat.

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun"
-Riwayat Muslim (1164)

01/04/2025

Tanda Amalan Diterima Allah
==========
1. Benar, tiada siapa yang mengetahui samada amalan mereka diterima Allah atau tidak. Namun sebahagian sarjana Muslim memberikan pandangan bahawa terdapat tanda-tanda amalan seseorang itu diterima. Antaranya ialah:

2. Pertama: Dia tidak kembali kepada maksiat. Ini adalah tanda yang paling utama. Seharusnya amalan seseorang menjauhkan diri mereka dari maksiat. Amalan tersebut menjadi sebati dalam dirinya, membentuk darah dagingnya sehingga menjadikan dirinya membenci maksiat.

al-Imam Ibn al-Qayyim berpesan di dalam kitab Madarij al-Salikin:

أما إذا تذكَّر الذنبَ ففرح وتلذَّذ فلم يُقبل، ولو مكث على ذلك أربعين سنة

“Adapun sekiranya seseorang itu (setelah melakukan ibadah) masih merasa seronok dengan dosa, ketahuilah bahawa ia adalah (tanda-tanda) amalan tidak diterima sekalipun dia melakukan amal kebajikan selama 40 tahun.” (Ibn al-Qayyim, Madarij al-Salikin)

Dengan sebab itu al-Imam al-Hasan al-Basri menegaskan:

فإذا قبل اللهُ العبدَ فإنه يُوفِّقه إلى الطاعة، ويَصْرفه عن المعصية

“Sekiranya Allah menerima amalan seseorang, maka dia akan membimbingnya untuk melakukan ketaatan yang seterusnya dan memalingkan hambaNya dari maksiat.”

3. Kedua: Amal kebaikannya seharusnya menghasilkan kebaikan yang lain. Dalam perihal ini al-Imam al-Hasan al-Basri berkata:

إنَّ مِن جزاءِ الحسَنةِ الحسَنة بَعْدَها، ومِن عقوبةِ السيئةِ السيئةُ بعدها

“Salah satu pulangan amal soleh adalah, ia menghasilkan amal soleh yang lain. Dan sekiranya dia melakukan kejahatan, kejahatan tersebut akan menghasilkan kejahatan yang seterusnya.

Malah al-Hasan mengingatkan kita bahawa: “Sekiranya kebaikanmu tidak memberikan pertambahan (amal), maka di situ pasti ada kekurangan (kesempurnaan amalan tersebut).

4. Ketiga, Istiqamah dengan Amal Soleh. al-Imam Ibn Kathir menyebut: Sesungguhnya telah menjadi fitrah manusia di mana Allah akan mencabut nyawa seseorang itu dengan amal yang dilakukan secara konsisten. Sekiranya seseorang konsisten melakukan kebaikan, maka dia akan mati dalam kebaikan. Sekiranya seseorang konsisten dengan kemungkaran, maka dibimbangi dia akan mati dengan perbuatan yang telah biasa dia lakukan.

Dengan sebab itu al-Bukhari merekodkan satu insiden yang menarik. Seorang sahabat telah meninggal ketika menunaikan haji. Ketika meninggal, dia masih berpakaian ihram. Lalu Rasulullah meminta para sahabat mengkafankan beliau dengan pakaian ibadah tersebut. Sabda Rasulullah:

كفِّنوه بثوبيه؛ فإنه يُبعَث يوم القيامة ملبِّيًا

Kafankan beliau dengan pakaiannya, sesungguhnya dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiyyah (lafaz talbiah Haji yang memuji Allah).

Moga Allah menganugerahkan kita pengakhiran yang baik.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Address

Kompleks Surau Muhsinin, Kampung Mendering, Kampung Orang Asli Ulu Bekor, Manong
Kuala Kangsar
33800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Komuniti Muslim Ulu Bekor - PKMUB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Komuniti Muslim Ulu Bekor - PKMUB:

Share