ISMA Kuala Kangsar

Directions Website Contact the organization

ISMA Kuala Kangsar Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

[[ VISI ]]

Membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama.

[[ MISI ]]

Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi

[[ OBJEKTIF ]]

* Memantapkan kefahaman ahli serta masyarakat bagi melahirkan pimpinan di masa depan.Mengangkat kesedaran peri-pentingnya pembinaan keluarga.

* Membentuk remaja ke arah membangunkan potensi intelektual, fizikal dan spiritual.

* Membimbing pemuda menjadi individu muslim berketrampilan dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
* Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran media yang dibenarkan.
* Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli dan masyarakat.
* Membantu masyarakat dari segi kebajikan dan aspek kemanusiaan.

30/06/2026
Hijrah bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi simbol perubahan, pengorbanan dan keteguhan iman dalam menghadapi cabaran...
17/06/2026

Hijrah bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi simbol perubahan, pengorbanan dan keteguhan iman dalam menghadapi cabaran kehidupan. Dalam suasana dunia yang semakin mencabar dengan arus digital, keruntuhan nilai akhlak, serta pelbagai isu sosial dan pemikiran yang menguji umat Islam, marilah kita menghidupkan semangat hijrah dengan memperkukuh jati diri, memantapkan kefahaman Islam dan memperbaiki amal dalam kehidupan seharian.

ISMA Kuala Kangsar menyeru seluruh umat Islam agar menjadikan tahun baharu ini sebagai titik tolak untuk memperkukuh perpaduan ummah, meningkatkan penguasaan ilmu, serta membina kekuatan keluarga dan masyarakat dalam mendepani cabaran zaman dengan berpaksikan syariat Allah SWT.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448H.
“Hijrah Membina Ummah Rabbani Dalam Cabaran Semasa”

Sekian, wassalam.

Hj Muhammad Fadzli B Mohd Rosly
Yang Dipertua
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Kuala Kangsar

😍Ada orang yang hadir dalam hidup kita membawa ketenangan.😢Ada juga yang hadir meninggalkan luka, kekeliruan dan keletih...
10/06/2026

😍Ada orang yang hadir dalam hidup kita membawa ketenangan.

😢Ada juga yang hadir meninggalkan luka, kekeliruan dan keletihan yang sukar dijelaskan.

Persoalannya...

🤔Adakah semua itu sekadar ujian yang perlu ditempuhi dengan sabar?

🤧Atau sebenarnya satu musibah yang perlu dijauhi?

🧐Bagaimana membezakan antara redha dengan takdir dan membiarkan diri terus disakiti?

✅Jom sertai perkongsian yang bakal membuka perspektif kita tentang narsistik, batas kesabaran dan cara melihat ujian kehidupan menurut neraca yang betul.

✅Kerana tidak semua yang menyakitkan itu perlu dipertahankan. Dan tidak semua yang hilang itu merupakan kerugian.

01/06/2026

HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI?

Pendapat Ali RA dan Ibn Umar RA:

❌ Tidak boleh menyimpan daging korban melebihi 3 hari.

Pendapat Jumhur Ulama:

✅ Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadis mengenai larangannya itu telah dimansuhkan.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah:
Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

Larangan menyimpan daging lebih dari 3 hari adalah berdasarkan keadaan hidup yang sempit dan susah ketika itu. Kemudian hadis larangan tersebut telah dimansuhkan hukumnya kerana keadaan telah berubah kepada lebih baik.

01/06/2026

Daulat Tuanku Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”

Sembah takzim daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Nikmati rezeki dan banyakkan berzikir serta berdoa.
27/05/2026

Nikmati rezeki dan banyakkan berzikir serta berdoa.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447HSemoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S terus menyuburkan...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S terus menyuburkan iman, mengeratkan ukhuwah serta membawa keberkatan kepada kita semua

YDP ISMA Kuala Kangsar

Address

Kuala Kangsar
33000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ISMA Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ISMA Kuala Kangsar:

Shortcuts

Share