J.A.F Malaysia

Directions

J.A.F Malaysia Tagline "MUKMIN BERSAUDARA" adalah kunci sebuah penyatuan.

Sebuah pertubuhan (ROS) bermatlamat untuk menjadi barisan hadapan di dalam mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air dengan mengutamakan Ilmu dan amal berlandaskan Ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan.Merdeka yang sebenar ialah apabila kita mempunyai jati diri yang kuat, t...
31/08/2026

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan.

Merdeka yang sebenar ialah apabila kita mempunyai jati diri yang kuat, tahu siapa diri kita, memahami sejarah, menghormati nilai kehidupan dan mencintai tanah air yang diwariskan kepada kita.

Jika hilang jati diri, maka hilanglah arah.

Jika lupa sejarah, maka mudahlah kita mengulangi kesilapan yang sama.

Sempena Hari Kebangsaan ini, marilah kita mengisi kemerdekaan dengan ilmu, akhlak, perpaduan dan rasa tanggungjawab terhadap masa depan negara.

🇲🇾 Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi amanah yang perlu dipertahankan oleh setiap generasi.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL S.A.W"Kelahiran Baginda Nabi S.A.W membawa rahmat kepada seluruh alam.""Sempena Maulidu...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL S.A.W

"Kelahiran Baginda Nabi S.A.W membawa rahmat kepada seluruh alam."

"Sempena Maulidur Rasul S.A.W sebarkanlah rahmah kasih sayang, contohi dan teladani akhlak Baginda agar semua yang bersama kita merasai cahaya Islam".

SALAM MAULIDUL RASUL S.A.W 1448

JAF🇲🇾

KENYATAAN TEGAS JAF MALAYSIAالله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبرالله أکبرولله الحمد..JAF Mal...
30/04/2026

KENYATAAN TEGAS JAF MALAYSIA

الله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبرالله أکبر
ولله الحمد..

JAF Malaysia dengan ini mengecam sekeras-kerasnya penganjuran program hiburan yang jelas membawa unsur melampau, melalaikan dan merosakkan nilai agama serta adab umat Melayu-Islam.

Program seperti ini bukan sekadar hiburan biasa, bahkan merupakan agenda normalisasi budaya songsang yang secara halus menanam cara hidup bebas, liar dan jauh daripada panduan agama.

Ia adalah :-
PEJAJAHAN ATAU LEBIH TEPAT PENJARAHAN ALAF BARU untuk menakluk dan meracun pemikiran yang merosakkan akhlak generasi anak-anak muda Tanah Melayu, melemahkan jati diri umat dan membuka ruang kepada keruntuhan moral yang semakin membimbangkan.

Lebih mendukacitakan, apabila perkara sebegini seolah-olah diberi ruang dan restu, sedangkan kesannya amat besar terhadap masa depan masyarakat dan negara.

❗ JAF Malaysia menyeru dengan penuh ketegasan:
👉🏻 BOIKOT program ini sepenuhnya
👉🏻 JANGAN HADIR walau atas alasan hiburan
👉🏻 JANGAN JADI PENYUMBANG kepada kerosakan ini

Ingatlah, setiap sokongan, kehadiran dan promosi adalah tanda kita meredhai kemungkaran yang berlaku.

Jika hari ini kita diam, esok kita akan melihat nilai agama dipijak, adab dan adat dipersenda, dan identiti umat lenyap sedikit demi sedikit.

Cukuplah ‼️
Jangan kita gadaikan maruah demi hiburan sementara.

BANGKITLAH, TOLAK DAN BANTAH!
KAMI BANTAH!!

"NORMALISASI INI HAKIS NILAI AGAMA & ADAB"

04/09/2025

JUNJUNGAN KAMI NABI MULIA ﷺ

Beliau ﷺ adalah manusia yang paling sempurna bentuk tubuhnya, perangainya, memiliki tubuh dan sifat-sifat akhlak yang luhur.

Ukuran tubuhnya sedang,
putih kemerah-merahan warna kulitnya,
lebar matanya,
bercelak,
tebal bibirnya,
kedua alisnya tipis dan panjang.ﷺ

Gigi serinya renggang,
mulutnya lebar dan bagus.
Dahinya lebar dan berdahi bulan muda.ﷺ

Datar pipinya,
hidungnya tampak sedikit tinggi dan mancung. Berdada bidang,
Telapak tangannya lebar,
tulang persendiannya besar,
daging tumitnya sedikit,
janggutnya tebal, kepalanya besar,
rambutnya sampai ke daun telinga.ﷺ

Di antara bahunya terdapat cap kenabian yang telah diratai oleh cahaya. Peluhnya jernih bagaikan mutiara, dan baunya lebih semerbak daripada harumnya katsuri. Cara jalan beliauﷺ tenang, seolah-olah beliauﷺ turun dari tempat yang tinggi.

Bila beliau ﷺmenjabat tangan orang dengan tangannya yang mulia, orang itu mendapati bau semerbak darinya sepanjang hari. Bila beliauﷺ meletakkan tangannya di atas kepala anak-anak, diketahuilah sentuhannya pada anak itu di tengah anak-anak lainnya (Bila anak yang telah disentuh kepalanya itu kembali bermain dengan kawan-kawannya, dapat diketahui mana anak yang baru diusap kepalanya karena harumnya).

Wajah beliauﷺ yang mulia cemerlang seperti cemerlangnya bulan di malam purnama. Orang yang menyifatinya berkata, “Aku tidak melihat sebelum dan sesudahnya orang yang seperti dia ﷺ dan tidak ada p**a manusia yang melihat sepertinya.”

Dari kitab Maulid Berzanji karangan Imam Jaafar Berzanji

SALAM MAHABBAH RASUL ﷺ
JAF MALAYSIA 🇲🇾

Ia adalah dari hasil darah, air mata & doa pejuang Sabilillah yang tidak pernah gentar ! Mereka bangkit dengan iman, ber...
31/08/2025

Ia adalah dari hasil darah, air mata
& doa pejuang Sabilillah yang tidak pernah gentar !
Mereka bangkit dengan iman, bersatu dengan keberanian,
berjuang dengan nyawa demi agama, bangsa dan tanah air.

Hari MERDEKA bukan sekadar bendera dikibarkan @ laungan,
ia adalah amanah yang mesti kita junjung.
Ingatlah, setiap hembusan nafas adalah peluang untuk meneruskan legasi, membina bangsa bermaruah, memartabatkan Islam,
& memastikan tanah air kekal berdaulat.

Bangkitlah pewaris perjuangan!
Bebaskan Jiwa dari pengaruh Ideologi asing.
Demi Agama, Bangsa & Tanah Air.

Selamat Hari Merdeka !

JAF MALAYSIA

Selamat menjalani Ibadah² wajib dan sunat di dalam bulan Muharram 1447H.
04/07/2025

Selamat menjalani Ibadah² wajib dan sunat di dalam bulan Muharram 1447H.

Bulan Muharram merupakan salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT, penuh dengan keberkatan dan peluang untuk meraih ganjaran berganda.

Mari kita manfaatkan keistimewaan ini dengan memperbanyakkan amalan sunat!




AMALAN DI AWAL TAHUN BARU HIJRAHMaghrib ini kita menyambut tahun baru Hijrah 1447. Antara amalan yang boleh dilakukan ia...
26/06/2025

AMALAN DI AWAL TAHUN BARU HIJRAH

Maghrib ini kita menyambut tahun baru Hijrah 1447. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah seperti berikut :

1. Majlis Ilmu / Zikir selepas asar atau sebelum maghrib
- Bacaan Hizib atau Ratib pilihan seperti Hizibul Bahr @ Ratib Al-Haddad & Zikir Sayyidul Istighfar

2. Bacaan Doa Akhir Tahun 1446 selepas asar @ 15 minit sebelum azan Maghrib

3. Bacaan Doa Awal Tahun selepas Solat Maghrib

4. Minum Susu sebegai Tafa'ulan
- Bacaan Doa sebelum minum susu adalah seperti berikut :

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ
(Allaahumma baarik lanaa fiihi wa zidnaa minhu)
ertinya : "Ya Allah, berkahilah kami padanya dan tambahkanlah darinya".

5. Menulis Basmalah 113
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
- Diatas kertas putih bersih
- Dalam keadaan berwuduk
- Mengadap Qiblat
- Hadir Hati semasa menulis

6. Sertai Majlis Bacaan Yasin @ Menghadiri Majlis Ilmu Tazkirah Khas sempena Awal Muharram.

Dan lain²

Selamat menyambut Tahun baru Hijrah 1447.

Hargai ruang peluang yang Allah beri kepada kita. Semoga Tahun yang berlalu diterima amal ibadah kita dan diampunkan segala dosa. Semoga tahun mendatang lebih baik dari tahun sebelumnya.. Semoga Allah memberkati kita semua.

🌺 عيد الأضحى مبارك 🌺كل عام وأنتم بخير☆☆☆☆☆Aidil Adha mengajarkan kita erti pengorbanan & Ketaatan
09/06/2025

🌺 عيد الأضحى مبارك 🌺
كل عام وأنتم بخير
☆☆☆☆☆
Aidil Adha mengajarkan kita erti pengorbanan & Ketaatan

Address

Kuala Kangsar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when J.A.F Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share