KRT Taman Maju/Jasa/Damai

KRT Taman Maju/Jasa/Damai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Taman Maju/Jasa/Damai, Community Center, Taman Jasa Maju Damai, Kuala Kangsar.

🇲🇾 SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 🇲🇾Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan, KRT Taman Maju/Jasa/Damai bersama penduduk bergandin...
16/08/2026

🇲🇾 SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 🇲🇾

Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan, KRT Taman Maju/Jasa/Damai bersama penduduk berganding bahu melaksanakan gotong-royong menggantung Jalur Gemilang di sekitar kawasan taman.

Kibaran Jalur Gemilang menghiasi persekitaran, menyemarakkan suasana kemerdekaan serta menjadi simbol cinta kepada negara dan semangat perpaduan komuniti.

🇲🇾 Satu bendera, seribu makna kemerdekaan.

#2026

🤝 ZIARAH CAKNA | Menyantuni, Mengingati, Berkongsi KasihAtas dasar keprihatinan dan semangat kebersamaan, KRT Taman Maju...
10/08/2026

🤝 ZIARAH CAKNA | Menyantuni, Mengingati, Berkongsi Kasih

Atas dasar keprihatinan dan semangat kebersamaan, KRT Taman Maju/Jasa/Damai berkesempatan meneruskan usaha Ziarah Cakna dengan menziarahi tiga orang penduduk yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Antara yang disantuni:

1️⃣ En. Jasarudin – Taman Jasa 1
Sedang berdepan dengan masalah paru-paru berair serta komplikasi buah pinggang tahap 5.

2️⃣ Pak Lurah ( En. Zainal Baharin )
Telah hampir tiga minggu berada di wad akibat jangkitan kuman dan masih dalam proses mendapatkan rawatan.

3️⃣ Pn. Norahanim – Taman Sepakat
Sedang melalui ujian kesihatan akibat komplikasi berkaitan buah pinggang.

Kunjungan ini mungkin kecil nilainya, namun kami percaya sebuah ziarah mampu menghadirkan sedikit kekuatan, semangat dan rasa bahawa mereka tidak pernah bersendirian.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan kepada mereka semua serta dipermudahkan segala urusan rawatan.

KRT bukan sekadar jiran yang tinggal berdekatan, tetapi keluarga komuniti yang saling mengambil berat. ❤️

🤲 Kita doakan bersama. Semoga semuanya kembali sihat seperti sediakala.

#2026

ZIARAH CAKNASebagai tanda keprihatinan terhadap ahli komuniti, KRT Taman Maju/Jasa/Damai telah mengadakan Ziarah Cakna k...
06/08/2026

ZIARAH CAKNA

Sebagai tanda keprihatinan terhadap ahli komuniti, KRT Taman Maju/Jasa/Damai telah mengadakan Ziarah Cakna ke kediaman En. Ridzuan, salah seorang Ahli Jawatankuasa KRT Taman Maju/Jasa/Damai yang menetap di Taman Jasa 4.

Beliau mengalami kecederaan ketika melakukan kerja-kerja memotong rumput dan kini sedang menjalani proses pemulihan di rumah.

Semoga dengan kunjungan ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan sokongan moral kepada beliau sekeluarga.

Seluruh warga KRT Taman Maju/Jasa/Damai mendoakan agar En. Ridzuan dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta kembali sihat seperti sediakala. Aamiin ❤️

#2026

GOTONG-ROYONG MENGHIAS LAMAN REKREASI DENGAN JALUR GEMILANGBersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 dan Kempen 1 Rumah ...
31/07/2026

GOTONG-ROYONG MENGHIAS LAMAN REKREASI DENGAN JALUR GEMILANG

Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 dan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang

KRT Taman Maju/Jasa/Damai telah mengadakan Gotong-Royong Menggantung Banner dan Menghias Laman Rekreasi Taman Jasa.

Ayuh kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang serta menceriakan kawasan komuniti sebagai tanda cinta kepada tanah air.

Bermula esok, 1 Ogos hingga 30 September 2026, KRT Taman Maju/Jasa/Damai turut melancarkan Kempen "Saya Anak Malaysia", yang bakal diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Jom pakat hadir.

Setiap bendera yang dikibarkan melambangkan semangat perpaduan, kasih sayang dan kecintaan kita kepada Malaysia.

#2026

Pendidikan Teras, Masa Depan GemilangSabtu | 25 Julai 2026KRT Taman Maju/Jasa/Damai terus komited memperkasakan pendidik...
27/07/2026

Pendidikan Teras, Masa Depan Gemilang

Sabtu | 25 Julai 2026

KRT Taman Maju/Jasa/Damai terus komited memperkasakan pendidikan komuniti melalui penganjuran Kelas Tuisyen Matematik Percuma khusus buat anak-anak komuniti.

Kelas yang berlangsung selama 1 jam (10.00 pagi – 11.00 pagi) di Dewan Makan Surau Al-Aman, Taman Jasa ini dikendalikan oleh Dr. Mohd Hafiz Yusof, selaku Biro Pendidikan KRT, yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman demi meningkatkan penguasaan Matematik dalam kalangan pelajar.

Inisiatif ini diadakan secara percuma sebagai usaha membantu ibu bapa serta memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan menyeronokkan.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan secara berkala dan menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai generasi yang cemerlang dalam akademik, berakhlak mulia serta mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

"Melabur dalam pendidikan hari ini, menuai kejayaan pada masa hadapan."

#2026

Kelas Masakan 3.0Sabtu | 25 Julai 2026Alhamdulillah.KRT Taman Maju/Jasa/Damai dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Sip...
26/07/2026

Kelas Masakan 3.0

Sabtu | 25 Julai 2026

Alhamdulillah.

KRT Taman Maju/Jasa/Damai dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Siput telah berjaya menganjurkan Kelas Masakan Aneka Kuih Talam yang berlangsung dalam suasana penuh ceria buat kali ketiga penganjuran.

Program ini telah menghimpunkan seramai 17 orang peserta wanita.

Terdiri daripada kaum hawa ( Jiran Wanita ) yang hadir dengan semangat untuk menimba ilmu serta berkongsi pengalaman dalam bidang masakan.

Sepanjang kelas berlangsung, para peserta telah menerima tunjuk ajar secara praktikal daripada Ticer Zana, yang berkongsi pelbagai teknik dan rahsia menghasilkan aneka kuih talam yang cantik, enak dan berkualiti.

Selain mempelajari kemahiran baharu, program ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk, di samping menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kolej Komuniti Sungai Siput, Ticer Zana, semua urus setia serta para peserta yang telah menjayakan program ini.

Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak pengisian yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti.

#2026

Laman Rekreasi Bertaut di Hati.Alhamdulillah, Laman Rekreasi KRT Taman Maju/Jasa/Damai kini tampil dengan wajah ceria ha...
15/07/2026

Laman Rekreasi Bertaut di Hati.

Alhamdulillah, Laman Rekreasi KRT Taman Maju/Jasa/Damai kini tampil dengan wajah ceria hasil usaha, kesepakatan dan semangat gotong-royong seluruh komuniti.

Jika suatu ketika dahulu kawasan ini kelihatan suram dan kurang mendapat perhatian, hari ini ia kembali hidup dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Peralatan senaman dan alatan mainan telah diceriakan semula, mural menghiasi dinding, kawasan sekitar dibersihkan, malah kerusi-kerusi baharu turut melengkapkan suasana hasil sumbangan ikhlas daripada penduduk setempat.

Apa yang lebih membanggakan, setiap perubahan yang berlaku bukanlah hasil usaha seorang dua, tetapi lahir daripada semangat muafakat dan kebersamaan seluruh komuniti.

Bak kata pepatah, "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."

Apabila semua berganding bahu, tiada yang mustahil untuk direalisasikan.

Semoga Laman Rekreasi ini terus menjadi mercu tanda kebanggaan komuniti, tempat anak-anak membesar dengan keceriaan, golongan dewasa beriadah dengan selesa dan warga emas mengeratkan silaturahim.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan masa, tenaga, idea, kepakaran dan juga wang ringgit.

Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, amat bermakna dalam mencantikkan kawasan yang kita sayangi.

#2026

Kini Berwajah Baharu, Lebih Ceria dan Bermakna.Usaha menceriakan Laman Rekreasi telah dimulakan sejak seminggu yang lalu...
15/07/2026

Kini Berwajah Baharu, Lebih Ceria dan Bermakna.

Usaha menceriakan Laman Rekreasi telah dimulakan sejak seminggu yang lalu sebagai sebahagian daripada inisiatif KRT Taman Maju/Jasa/Damai dalam menyediakan ruang rekreasi yang lebih menarik, selesa dan kondusif untuk semua.

Kerja-kerja dimulakan dengan mengecat semula peralatan senaman yang telah pudar ditelan masa, sekali gus mengembalikan seri dan keceriaan kawasan taman.

Lebih istimewa, sentuhan kreativiti yang diketuai oleh Encik Rahman dan Encik Fadzlan telah berjaya menghidupkan suasana taman melalui penghasilan lukisan mural yang penuh warna dan nilai estetika.

Jari-jemari yang lembut, disulami dengan bakat dan kreativiti, telah menghidupkan setiap lakaran di dinding, menjadikan ruang yang biasa bertukar wajah menjadi lebih ceria dan membanggakan.

Semoga usaha murni ini bukan sahaja mencantikkan persekitaran, malah menjadi tarikan kepada kanak-kanak dan keluarga untuk beriadah, di samping menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kemudahan awam.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah menyumbangkan masa, tenaga, idea dan kepakaran dalam menjayakan usaha ini.

" Taman Kita , Wajah Kita "

#2026

Syabas & Tahniah!KRT Taman Maju/Jasa/Damai merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan Unique Falcons atas ...
13/07/2026

Syabas & Tahniah!

KRT Taman Maju/Jasa/Damai merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan Unique Falcons atas kejayaan muncul sebagai juara Pertandingan E-Sukan Mobile Legends anjuran NADI Bukit Chandan pada 11 Julai 2026 yang lalu.

Kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak muda komuniti bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, malah turut berpotensi mengukir kecemerlangan dalam arena e-sukan yang semakin mendapat tempat di negara ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai belia untuk terus mengembangkan bakat, berdaya saing secara sihat serta mengharumkan nama komuniti pada masa hadapan.

Tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan Unique Falcons.

Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada generasi muda! 👏

Kredit : 📷 NADI Bukit Chandan

#2026

Menyemarakkan Semangat, Menyokong Kecemerlangan Anak-anak KomunitiSebagai tanda sokongan dan galakan kepada generasi mud...
08/07/2026

Menyemarakkan Semangat, Menyokong Kecemerlangan Anak-anak Komuniti

Sebagai tanda sokongan dan galakan kepada generasi muda, KRT Taman Maju/Jasa/Damai telah menyampaikan sumbangan yuran penyertaan kepada para peserta Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al-Aman yang bakal mewakili sekolah dalam Karnival Sukan Sekolah Rendah Agama Rakyat Negeri Perak.

Pada kejohanan kali ini, dua pasukan akan membawa cabaran sekolah bagi mengharumkan nama SRAR Al-Aman.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Ketua Jurulatih Pasukan Futsal SRAR Al-Aman, Ustaz Fauzan Zaini, sebagai simbol sokongan dan tanda keprihatinan KRT terhadap pembangunan sahsiah serta potensi anak-anak komuniti melalui bidang sukan.

Semoga sumbangan ini dapat menyuntik semangat kepada para pemain untuk beraksi dengan penuh disiplin, semangat berpasukan dan keyakinan diri, di samping mengharumkan nama sekolah.

KRT Taman Maju/Jasa/Damai mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen SRAR Al-Aman.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan dan pulang dengan membawa kejayaan yang membanggakan.

Kami seluruh warga KRT mendoakan kejayaan kalian.

#2026

Address

Taman Jasa Maju Damai
Kuala Kangsar
33000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Maju/Jasa/Damai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share