BANI MCKK

BANI MCKK BANI Badan Nahdah Islamiah (BANI) merupakan salah satu daripada badan tertinggi di MCKK. Peringkat ini masih tidak mencukupi untuk menjamin masa hadapan mereka.

BANI telah ditubuhkan pada 2004 hasil cetusan idea pengetua ketika itu, Datuk Mohd Rauhi Mohd Isa. BANI juga merupakan penjenamaan semula Badan Revolusi Ugama (BRU) yang telah mencetuskan pembaharuan dan peningkatan dalam bidang agama di kolej tercinta ini. Peranan BANI ialah memimpin pelajar dalam aspek kerohanian, menghidupkan budaya Islam di kolej dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemu

ngkaran. SEJARAH KOLEJ :

Kolej Melayu Kuala Kangsar merupakan satu sekolah yang sangat bersejarah di Malaysia. Penubuhannya adalah hasil daripada usahasama 4 orang pemerintah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, yang amat menitikberatkan masa depan orang Melayu. Mereka adalah Sultan Idris (Perak), Sultan Sulaiman (Selangor), Sultan Ahmad (Pahang) dan Yang Dipertuan Besar Mohd Shah (Negeri Sembilan). Bibit-bibit revolusi pendidikan di Tanah Melayu dapat dilihat di Negeri Sembilan apabila pelajaran pendidikan rendah diwajibkan di sana pada tahun 1891. Namun begitu, sistem pelajaran yang disediakan hanya mampu menjadikan pelajar-pelajar menjadi petani (atau nelayan) yang lebih berkebolehan sahaja. Dalam persidangan Raja-Raja (DURBAR) yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris dari negeri Perak telah menyuarakan pandangannya terhadap dasar pelajaran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Baginda kemudiannya mengharapkan agar usaha yang lebih positif diambil oleh British untuk menyediakan anak-anak pribumi demi kepentingan Negeri-negeri Melayu. R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah Negeri Melayu Bersekutu juga telah menyuarakan pendapatnya pada tahun 1903 tentang bentuk pelajaran yang dikehendaki:

"… a vigorous and intelligent race of young men who will be in touch with modern progress but not out of touch with old traditions; who will be liberally educated but not educated out of sympathy with their own families and people; who will be manly and not effeminate, strong minded but not strong willed, acknowledging a duty to others instead of being a law unto themselves and who will be fit to do something in the world instead of settling down into fops, spendthrifts or drones." Kesan daripada ketidakpuasan hati kerabat di Raja inilah yang telah menyebabkan penubuhan Kolej Melayu di Kuala Kangsar di kawasan tanah yang ditawarkan oleh Sultan Idris sendiri. Malay College yang kini sering disebut sebagai sebuah sekolah yang unggul digelar "Malay Residential School" pada masa penubuhannya dalam tahun 1905. William Hargreaves telah diberi kepercayaan sebagai pengetua pertama mewujudkan sebuah sekolah berasrama penuh yang pertama mengikut kaedah "public school" di England. Secara ringkas dapatlah dikatakan bahawa penubuhan sekolah ini ialah:

"… for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of government services." Pada tahap permulaan, kebanyakan pelajar terdiri daripada golongan atasan tetapi selepas tamat Perang Pasifik (1941-45) di atas kesedaran dan pergolakan politik menyebabkan pihak British terpaksa melonggarkan kemasukan pelajar ke Kolaj Melayu. Pelajar-pelajar daripada segenap lapisan masyarakat mendapat peluang untuk memasuki Kolej ini. Sejak tahun 1947 iaitu apabila keadaan Tanah Melayu telah pulih seperti sediakala, sekolah ini telah mengalami perkembangan yang pesat. Bangunan-bangunan tambahan bagi kelas-kelas persediaan, makmal-makmal sains, blok pentadbiran, perpustakaan, dewan sekolah, dewan kuliah dan sebagainya telah didirikan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar. Kelas-kelas peringkat pra-universiti juga telah dimulakan dalam tahun 1950an. Kolej Melayu sebagai sebuah institusi pendidikan di Malaysia berjaya dalam peranannya memajukan bidang pelajaran khasnya untuk bumiputera. Dalam bidang sukan p**a, Kolej Melayu turut mengambil bahagian dalam hampir semua permainan, dan telah mencatatkan kemenangan-kemenangan yang menggalakkan. Daripada permainan-permainan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu di dalam Kolej ini, jelaslah bahawa perkembangan keseluruhan seseorang individu sangat dititikberatkan. Kolej Melayu telah berjaya dalam usahanya untuk mengeluarkan pelajar-pelajar yang tinggi pencapaian bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga dalam bidang ko-kurikulum.

Address

Malay College Kuala Kangsar, Kuala Kangsar
Kuala Kangsar
33000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BANI MCKK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share