Pertubuhan Murni Sejagat

Call Directions Contact the organization

Pertubuhan Murni Sejagat Bantuan masalah sosial, ekonomi dan pendidikan

𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐩 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧.1. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:لَا ...
07/10/2026

𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐩 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧.

1. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

لَا جَرَمَ اَنَّ اللّٰهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّوْنَ وَمَا يُعْلِنُوْنَ ۗ اِنَّهٗ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِيْنَ
laa jaroma annalloha ya'lamu maa yusirruuna wa maa yu'linuun, innahuu laa yuhibbul-mustakbiriin

"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak s**a kepada orang-orang yang sombong takbur."
(QS. An-Nahl 16: Ayat 23)

قَدْ اَفْلَحَ مَنْ زَكّٰىهَا ۖ ۝٩
qad aflaḫa man zakkâhâ
sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)

As Syam Ayat 9

2. Membersihkan Jiwa bukan jalan yang singkat. Ia adalah jalan yang panjang penuh kesabaran.

3. Bermula dari pembelajaran akidah yang benar aswj Asyairah dan Al Matrudiah, kepada pembelajaran feqah dari bersuci, ibadah, halal dan haram serta mematuhi hukum syariat dalam segala aspek kehidupan.

4. Kemudian pembelajaran tasawuf membersihkan jiwa dengan jalan zikir atau Selawat serta mujahadah dari nafsu ammarah hingga mencapai Nafsu Mutmainnah.

5. Jiwa yang tenang akan membawa kehidupan penuh ketenangan lantaran melihat dunia dan kehidupan dari kejernihan jiwa.

6. Ketenangan bukan pakaian orang kaya dan berpangkat, ia adalah pakaian mereka yang telah mencapai kesucian jiwa dari nafsu ammarah kepada mutmainnah walaupun hidupnya penuh kesederhanaan atau mereka golongan faqir miskin.

7. Mereka adalah golongan yang beruntung.

8. Ajaran New Age mengajar manusia kepada kehidupan yang tenang dan bahagia melalui kaedah menyerap nilai positif dan membuang segala nilai negatif yang ada pada minda bawah sedar.

9. Maka muncul pelbagai teknik yang dicipta golongan mereka untuk menghasilkan hal tersebut seperti membakar sifat negatif, menyaran sifat positif dalam diri dengan getaran suara yang berulang dan adakala dengan teriakan yang kuat.

10. Matlamat mereka adalah kekayaan harta kerana kejayaan hidup yang mereka pegang adalah kekayaan.

11. Ini adalah penyelewengan yang jauh dari Islam dari sudut makna kejayaan. Apabila konsep hidup salah maka akan salah dalam segala cara pembinaan Insan.

12. New age bukan membina Insan tetapi merosakkan insan kepada bertuhan Nafsu dan Kebendaan, mereka amat pintar lantaran mereka sarung dengan Agama dalam program mereka untuk dilihat benar.

13. Mereka tebal dengan Nafsu ammarah lantaran ajaran mereka adalah membuang sifat negatif pada minda bawah sedar bukannya penyucian sifat mazmumah pada Jiwa.

14. Tujuan mereka adalah dunia yang setitik ini,yg sementara penuh tipudaya.

Mudah-mudahan Allah swt memelihara kita, cucu-cicit dan keturunan kita semua dari segala tipu daya iblis, syaitan dan dajal yang amat halus ini.

Wallahualam.

Olahan bicara,
Sidi Ibrahim Al-Malik

𝐁𝐢𝐦𝐛𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐟𝐚𝐭𝐞𝐡 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐭𝐫𝐢𝐤𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧1. Beberapa hari lagi, semua murid tahun 4 akan menduduki Ma...
03/10/2026

𝐁𝐢𝐦𝐛𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐟𝐚𝐭𝐞𝐡 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐭𝐫𝐢𝐤𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧

1. Beberapa hari lagi, semua murid tahun 4 akan menduduki Matriks Pembelajaran 2026. Setelah hampir 4 tahun di bangku sekolah tiba masanya anak-anak disaring akan pengetahuan & kefahaman mereka.

2. Minggu lalu anak-anak bimbingan al-fateh ini turut membuat ulang kaji sebagai persediaan buat mereka bersama s**arelawan pembimbing.

3. Terima kasih para penyumbang infaq yang memastikan kelangsungan kelas bimbingan buat anak-anak ini.

Kita doakan semoga mereka memperoleh kejayaan.

Unit Pendidikan & Sosial
Pertubuhan Murni Sejagat

𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 -- 𝐀𝐥-𝐟𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐡1. Pemergian yang sangat dirasai oleh rakyat Malaysia.2. Beliau, Boleh kita sifatkan sebaga...
28/09/2026

𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 -- 𝐀𝐥-𝐟𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐡

1. Pemergian yang sangat dirasai oleh rakyat Malaysia.

2. Beliau, Boleh kita sifatkan sebagai Ibu kepada Negara ini-- yang banyak memberi jasa dan pengorbanan untuk kita hari ini.

3. Seorang Isteri yang gigih berjuang dalam posisinya disamping suaminya tercinta memimpin Negara yang menempuh pelbagai cabaran.

4. Disebalik kehebatan seorang Lelaki ada Wanita dibelakangnya.

5. Kehilangan Tun Hasmah pasti memberi pukulan yang hebat pada Jiwa Tun Mahathir lantaran sentiasa bersama dimana jua . Semoga Allah mengurniakan kekuatan pada Tun dalam hadapinya.

Al Fatihah

𝑰𝒏𝒇𝒂𝒒 𝑫𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉 𝑱𝒖𝒎𝒂𝒂𝒕𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑏𝑢 𝐻𝑢𝑟𝑎𝑖𝑟𝑎ℎ 𝑅𝐴, 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆𝐴𝑊 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑏𝑑𝑎:"𝑆𝑒𝑑𝑒𝑘𝑎ℎ 𝑖𝑡𝑢 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎. 𝐷𝑎...
25/09/2026

𝑰𝒏𝒇𝒂𝒒 𝑫𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉 𝑱𝒖𝒎𝒂𝒂𝒕

𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑏𝑢 𝐻𝑢𝑟𝑎𝑖𝑟𝑎ℎ 𝑅𝐴, 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆𝐴𝑊 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑏𝑑𝑎:"𝑆𝑒𝑑𝑒𝑘𝑎ℎ 𝑖𝑡𝑢 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎. 𝐷𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘𝑙𝑎ℎ 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑠𝑒𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑎𝑓𝑛𝑦𝑎 (𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑖𝑛) 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑙𝑖𝑎𝑎𝑛, 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑖𝑡𝑢 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑛𝑑𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑟𝑗𝑎𝑡𝑛𝑦𝑎." (𝐻𝑅 𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚)

Infaq Jumaat:

Pertubuhan Murni Sejagat Perak

https://toyyibpay.com/Infaq-Jumaat-Sejagat

𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐲𝐢?1. Apabila seorang bayi diberikan pilihan antara susu dan emas permata pastinya sang bayi memil...
24/09/2026

𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐲𝐢?

1. Apabila seorang bayi diberikan pilihan antara susu dan emas permata pastinya sang bayi memilih susu sebagai pilihan utamanya.

Kenapa?

2. Kerana pada kadar tahap pemahamannya, pada tahap pengalamannya, pada tahap pemikirannya bahawa susu lebih bernilai buat dirinya berbanding emas permata.

3. Dirinya s**ar untuk menerima cadangan orang lain jika dikatakan bahawa emas permata itu lebih bernilai, emas permata itu lebih berharga.

4. Begitulah dirinya kita dalam perihal urusan dunia & akhirat.

5. Al-quran melalui surah al-'asr telah lama menyatakan bahawa kita berada didalam kerugian, melainkan kita meletakkan diri kita dalam kalangan golongan orang-orang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

6. Bahkan sejak dari bangku sekolah surah inilah yang dibaca, surah inilah yang dihafal, surah inilah yang menjadi amalan.

7. Namun, sejauh manakah kalangan kita berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri kita daripada kerugian yang dimaksudnya Al-quran demi keuntungan akhirat?

8. Segalanya kembali kepada kadar tahap pemahamannya, pada tahap pengalamannya, pada tahap pemikirannya terhadap Al-quran.

9. Sekiranya tidak ada usaha ke arah keluar dan menyelamatkan diri dari kerugian yang dimaksudkan Al-quran bermakna diri kita masih lagi belum berupaya menilai akan keperluan & tuntutan akhirat.

10. Kalaupun ada usaha untuk keluar dan menyelamatkan diri, apakah kadar usaha itu mencukupi? apakah kadar usaha itu memadai?

11. Apakah yang membezakan kita yang sudah hidup 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun ini berbanding si bayi jika kita masih berdiam dan selesa dengan kehidupan kita seperti sebelum-sebelum ini?

12. Ternyata tidak ada beza. Benarlah, kita adalah sekadar bayi dalam aspek kerohanian apabila kita tidak berfikir, tidak bertindak seperti mana yang disaran oleh Al-quran.

13. Justeru, menjadi tanggungjawab kita berusaha "mendewasakan" atau "mematangkan" rohani kita dengan bersungguh-sungguh menjalankan tuntutan akhirat.

14. Jika kita boleh mencari mentor, pembimbing dalam hal ehwal urusan bisnes, perniagaan, kerjaya dan seumpamanya, luangkan juga ruang untuk kita mencari mentor, pembimbing dalam urusan akhirat agar membantu kita "mendewasakan" dan "mematangkan" rohani kita.

Mudah-mudahan Allah swt memberikan pemahaman kepada kita semua.

Olahan bicara,
Sidi Ibrahim Mohamad Al-Malik
20 September 2026

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐮𝐬𝐚𝐡1. Suatu ketika saat wabak Covid-19 melanda negara, kita pernah menyaksikan bagaima...
21/09/2026

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐮𝐬𝐚𝐡

1. Suatu ketika saat wabak Covid-19 melanda negara, kita pernah menyaksikan bagaimana ibubapa dari kalangan kurang kemampuan B40 terpaksa memilih antara menyediakan makanan di atas meja makan ataupun menyediakan telefon pintar bagi kegunaan pendidikan anak-anak agar tidak ketinggalan.

2. Hakikatnya pendidikan bukan milik mutlak siapa-siapa. Semua orang berhak mendapatkannya.

3. Menunding jari lebih mudah daripada bermuhasabah diri.

4. Memberikan masalah adalah lebih mudah daripada memberikan penyelesaian kepada masalah.
....................................................

5. Rumah Bimbingan Al-fateh dibuka bagi tujuan memberi peluang kepada komuniti masyarakat tanpa mengira latar sosial ekonomi keluarga--- orang miskin, orang kaya, anak yatim, sekolah kebangsaan, sekolah swasta mahupun homeschooling mendapatkan akses pendidikan tambahan agar kesemuanya dapat meningkatkan potensi diri sesuai dengan hasrat kerajaan.

6. Rumah Bimbingan Al-fateh ini tidaklah mewah seperti pusat tuisyen dan kelas tambahan yang lain kerana ia bergerak sepenuhnya diatas konsep dari komuniti untuk komuniti.

7. Dijalankan diatas Surau yang diwakafkan, Infaq dan sumbangan orang ramai digunakan sepenuhnya bagi tujuan pembelian infrastruktur meja, papan putih, alat tulis dan sedikit saguhati s**arelawan yang membantu menjayakan kelas ini saban minggu.

8. Mereka yang menyertai Rumah Al-fateh bukan sekadar menerima pengisian bersifat akademik semata-mata, sebaliknya turut dibimbing agar terbit kesedaran hidup bertauhid melalui pengisian kerohanian seperti majlis selawat, solat berjemaah, majlis maulid & kelas fardhu ain oleh para asatizah yang bertauliah dan berpengalaman.

9. Mudah-mudahan sedikit usaha ini menjadi asbab terlunasnya tanggungjawab komuniti dalam meningkatkan prestasi pendidikan terutama kalangan anak-anak yang kurang berkemampuan.

Rumah Bimbingan Al-fateh
Pertubuhan Murni Sejagat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْMajlis Selawat & Tazkirah🗓️ 20 /09/ 2026 | Ahad |       ⏰Bermula *9.20 malam ini*📡Aplikasi *google ...
20/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Majlis Selawat & Tazkirah

🗓️ 20 /09/ 2026 | Ahad |
⏰Bermula *9.20 malam ini*

📡Aplikasi *google meet* di link :

https://meet.google.com/yze-urcm-sdk

✨ *Semua dijemput online bersama*✨
--------------------------
"Hati perlu dilembutkan dengan zikir, selawat dan mujahadah dari apa jua bentuk kesombongan dan buruk sangka agar cahaya dan rasa kembali berada pada jiwanya. Cari guru yang boleh membimbing Hati kembali miliki CINTA dan RASA kembali agar segala keresahan hilang di hati" *(Walid Al-Malik)*

𝐊𝐞𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐭𝐢𝐫 𝐌𝐮𝐭𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐌𝐮𝐭𝐢𝐚𝐫𝐚1. Lewat petang semalam kami mendapat khabar duka akan Tuan Guru yang dikas...
19/09/2026

𝐊𝐞𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐭𝐢𝐫 𝐌𝐮𝐭𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐌𝐮𝐭𝐢𝐚𝐫𝐚

1. Lewat petang semalam kami mendapat khabar duka akan Tuan Guru yang dikasihi Syeikh Zaini Bin Ahmad telah dijemput Allah swt pada pukul 3.55 petang hari Jumaat yang mulia.

2. Kehilangan beliau, umpama hilangnya sebutir mutiara yang sangat bernilai khususnya di bumi Pulau Pinang.

3. Kehilangannya adalah kehilangan yang sangat dirasai apabila terlihat ribuan yang hadir memenuhi ruang dalam dan luar masjid serta bahagian dewan.

4. Jenazah telah sempurna dikebumikan di Masjid Al-Islah, Pokok Tampang Tasek Gelugor jam 9.30 malam.

Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-fatihah

Pertubuhan Murni Sejagat

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم. ﷺ
18/09/2026

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم. ﷺ

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 & 𝐁𝐮𝐫𝐝𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥 1. Bersyukur kehadrat Allah swt pada hari ini telah selesai Majlis Selawat & ...
13/09/2026

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 & 𝐁𝐮𝐫𝐝𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥

1. Bersyukur kehadrat Allah swt pada hari ini telah selesai Majlis Selawat & Burdah sempena bulan kelahiran Kekasih Agung, Saidina Muhammad saw yang dibawakan oleh Komuniti Selawat & Sedekah.

2. Sebanyak 12 siri Majlis Selawat & Burdah telah berjalan pada kali ini dengan setiap siri diisi dengan terlebih dahulu Bacaan ayat-ayat suci al-quran, alunan selawat jibril, alunan qasidah burdah serta syarahan burdah pada Bab Puji-pujian ke atas Baginda Nabi Muhammad saw.

3. Kemuncaknya pada hari ini, para jemaah dan keluarga dapat bersama-sama dengan Al-fadhil Ust Angah Sunan, selaku penyusun Kitab Syarah Burdah Al-Bushiri Pada Bab Kepujian Kepada Rasulullah saw.

4. Mudah-mudahan program yang telah dijalankan ini semakin mengikat akan kecintaan serta pengenalan qalbu kita kepada Baginda Saidina Muhammad saw dengan lebih mendalam.

Komuniti Selawat & Sedekah
Pertubuhan Murni Sejagat

Address

Kuala Kangsar

Telephone

+60195476337

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Murni Sejagat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Murni Sejagat:

Shortcuts

Share