Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya -Jalan 39 Hingga Jalan 44-

Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya -Jalan 39 Hingga Jalan 44- PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUNGA (JALAN 39 HINGGA JALAN44)
33000 KUALA KANGSAR
PERAK DARUL RIDZUAN. (PPM-022-08-17012010)

23/11/2025

Aktiviti pembersihan kawasan sekitar taman permainan, pemotongan pokok2 yang tidak diperlukan

23/11/2025

Alhamdulillah pembinaan sedang rancak dijalankan. Semoga manfaat yang diperoleh dapat dikongsi bersama..
Pembinaan Laluan Pejalan Kaki Sepanjang 300 meter..

12/11/2025

Kerja- kerja awal dana dari IKR berjumlah RM200,000.00.
Pembersihan kawasan pemasangan
1- 5 buah alatan senaman
2- Meletakkan tapak balapan sepanjang 300meter

Masih menanti pemasangan pintu gerbang bagi Taman Bunga Raya Fasa 8

05/11/2025
Puan Ruzaimah Pegawai Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bersama seorang wakil telah mengadakan sesi libat ur...
03/11/2025

Puan Ruzaimah Pegawai Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bersama seorang wakil telah mengadakan sesi libat urus pembinaan Pintu Gerbang dan Peralatan Permainan yang telah diluluskan pembinaannya dengan kehadiran Pengerusi Taman Bunga Raya Fasa 8, Zaferi Husein

Tempat : Padang Permainan Jalan Bunga Raya 44
Masa : 10.30 Pagi

Lawatan daripada wakil pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ke Taman Bunga Raya bagi membincangkan perjalanan projek p...
06/08/2025

Lawatan daripada wakil pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ke Taman Bunga Raya bagi membincangkan perjalanan projek pembangunan yang telah diluluskan oleh pihak IKR bagi tambah baik dan naik taraf Taman Bunga Raya Fasa 8.

Seperti yang termaktub dalam kertas kerja yg telah dipanjangkan oleh Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya Jalan Bunga Raya 39 hingga 44 ke pihak IKR, dana ini telah lulus dan diturunkan ke pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Dana yang diluluskan adalah berkenaan projek

1 - Pintu Gerbang yang akan ditempatkan di jalan masuk Taman Bunga Raya Fasa 8 di Jalan Bunga Raya 39.
2 - Laluan balapan sepanjang 300 meter di taman permainan di Jalan Bunga Raya 44
3 - Alatan senaman yang akan ditempatkan di taman permainan di Jalan Bunga Raya 44

Program Jamuan Hari Raya Aidil Adha Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya Fasa 8 Kuala Kangsar, Komuniti Madani Chegar Gal...
16/06/2025

Program Jamuan Hari Raya Aidil Adha Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya Fasa 8 Kuala Kangsar, Komuniti Madani Chegar Galah & Pejabat Kementerian Kewangan Malaysia ( M*F )

Tarikh : 14 Jun 2025
Hari : Sabtu
Masa : 12 Tengahari - 6 Petang
Tempat : Perkarangan Jalan Bunga Raya 43 (Rumah 606)

Sedikit Selingan Program Gotong- Royong Taman Bunga Raya Fasa 8 dan beberapa orang pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar pada sebelah pagi 14 Jun 2025

Selesai perbincangan bersama pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, jabatan kejuruteraan terutamanya untuk kelulusan pr...
16/04/2025

Selesai perbincangan bersama pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, jabatan kejuruteraan terutamanya untuk kelulusan projek menaikkan pintu gerbang, trek balapan sepanjang 300m dan kemudahan alatan baru senaman di taman permainan Taman Bunga Raya Fasa 8 daripada dana yg disalurkan melalui pihak IKR (Inisiatif Kemudahan Rakyat)

Tarikh : 16 April 2025
Tempat : Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Masa : 3.00 petang

Jom sama2 kita menderma darah
04/02/2025

Jom sama2 kita menderma darah

Pembinaan Batu Tanda Nama Taman Perumahan di Taman Bunga Raya Fasa 8, Jalan Bunga Raya 39 Hingga 45. Terima kasih yang t...
03/02/2025

Pembinaan Batu Tanda Nama Taman Perumahan di Taman Bunga Raya Fasa 8, Jalan Bunga Raya 39 Hingga 45. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Kamil Munim atas sumbangan yg disalurkan kepada Taman Perumahan kami. Ini merupakan salah satu inisiatif persatuan penduduk dalam meningkat keceriaan dan keharmonian taman selari dengan moto Persatuan Penduduk CAKNA, AKRAB DAN HARMONI.

Tarikh : 03 Februari 2025
Hari : Isnin
Tempat : Perkarangan Jalan Bunga Raya 39

Menjalankan aktiviti baik pulih pusat aktiviti persatuan penduduk taman bunga raya fasa 8. Penukaran beberapa keping ata...
20/01/2025

Menjalankan aktiviti baik pulih pusat aktiviti persatuan penduduk taman bunga raya fasa 8. Penukaran beberapa keping atap zink yang telah bocor. Terima kasih Tuan Kamil Munim atas sumbangan dalam projek keceriaan taman kami.

Tarikh : 16 Januari 2025
Tempat : Pusat Aktiviti Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya Fasa 8

Pembelian set kerusi dan meja batu sebagai salah satu aset dalam menambah seri dan keceriaan taman perumahan taman bunga...
20/01/2025

Pembelian set kerusi dan meja batu sebagai salah satu aset dalam menambah seri dan keceriaan taman perumahan taman bunga raya fasa 8. Terima kasih Tuan Kamil Munim atas sumbangan, kita update pembelian pertama drpd 3 pembelian. Lagi 2 menyusul kemudian

Tarikh : 20 Januari 2025
Tempat : Persekitaran Jalan Bunga Raya 43
Tempahan : Tempahan pembekal dari Sungai Petani, Kedah

Address

TAMAN BUNGA RAYA
Kuala Kangsar

Telephone

+60135076575

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya -Jalan 39 Hingga Jalan 44- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya -Jalan 39 Hingga Jalan 44-:

Share