Khidmat Malaysia PERAK

Khidmat Malaysia PERAK CAWANGAN KUALA KANGSAR

01/02/2023
01/02/2023
26/01/2023

Tinjauan situasi banjir dari udara sekitar daerah Pitas, Sabah

Hari ini jumlah mangsa banjir di Sabah naik mendadak kepada 6,313 orang daripada 2,187 keluarga & mereka ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah setakat 8 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah mangsa banjir teramai adalah di Kota Marudu dengan 4,784 orang daripada 1,731 keluarga ditempatkan di 11 PPS di daerah tersebut.

Seramai 761 orang daripada 203 dipindahkan ke tiga PPS di Kudat, 406 orang daripada 162 keluarga ditempatkan di empat PPS di Pitas, manakala 344 orang daripada 88 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS di Paitan.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

26/01/2023

BENCANA BANJIR : BILIK GERAKAN INFO BENCANA KHIDMAT MALAYSIA DIAKTIFKAN SEMULA

1. Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) mengaktifkan semula Pusat Operasi atau Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Pusat yang telah ditutup pada 15 Januari yang lalu apabila keadaan bencana banjir yang sedang meningkat naik dan melanda beberapa buah negeri.

2. Sehingga pukul 10.00 pagi ini. BGIB telah menerima laporan bahawa negeri Johor, Sabah, Pahang dan Sarawak telah dilanda banjir. Melalui laporan media dan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (InfoBencanaJKM) sehingga pukul 10 pagi ini, seramai 5,315 orang mangsa melibatkan 1,461 keluarga ditempatkan di 55 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh Daerah di seluruh negeri Johor.

3. Melalui laporan media, jumlah mangsa banjir di Sabah p**a melonjak ke 6,313 orang daripada 2,187 keluarga yang dipindahkan ke 26 PPS di lima daerah, iaitu Paitan, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Lahad Datu.

4. Di negeri Pahang, seramai 286 mangsa daripada 84 keluarga berada di empat PPS di Rompin yang mana,122 mangsa berada di PPS Balai Raya Rekoh, 117 mangsa p**a di PPS Kampung Setajam, 40 mangsa p**a di Balai Raya Bukit Lepas manakala tujuh mangsa p**a di Balai Raya Bandar Perwira Jaya. Di Sarawak p**a, dua PPS telah dibuka yang melibatkan 56 orang mangsa dari 17 keluarga.

5. Dengan perkembangan yang berlaku ini, Khidmat Malaysia telah mengaktifkan semula BGIB pada hari ini untuk memantau perkembangan yang berlaku di seluruh negara khususnya yang melibatkan negeri Johor dan Sabah. Sebarang maklumat berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.

6. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir yang terlibat.

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL, KMN
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
26 Januari 2023

10/01/2023

Assalamualaikum wbtSeruan Infaq bagi baik pulih rumah yg menimpa ujian di Kpg  Semat Ulu Piol. Sumbangan amat² diperluka...
08/01/2023

Assalamualaikum wbt

Seruan Infaq bagi baik pulih rumah yg menimpa ujian di Kpg Semat Ulu Piol.

Sumbangan amat² diperlukan bagi kerja baik pulih yang sedang dilakukan Pasukan Khidmat Malaysia Kuala Kangsar bersama Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Kangsar dan Masyarakat Setempat.

Tuan/Puan Blh salurkan bantuan dan Infaq ke Acc seperi dibawah.

*Tabung Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Pas Kawasan Kuala Kangsar*
*8604026800 (CIMB BANK)*

* Banyak Tapi Semampunya*
* Pulih Rumah*
* Bantu Nyumbang*

Untuk maklumat lanjut boleh Hubungi *Pegawai Kewangan Misi Bantuan : Muhamad Yassir 016-260 8284*

*Ahmad Khomaini*
*Penyelaras Khidmat Malaysia*
*Kawasan Kuala Kangsar*

06/01/2023
30/12/2022

30/12/2022

Address

Kuala Kangsar
33000

Telephone

+601110814997

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khidmat Malaysia PERAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share