Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas

Call Directions Contact the organization

Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas Malaysia Madani

TEAM SERVE KOMRAT | BAIK PULIH RUMAH29 September 202612.00 Tengahari Kampung Bendang SelinsingAlhamdulillah , Team SERVE...
02/10/2026

TEAM SERVE KOMRAT | BAIK PULIH RUMAH

29 September 2026
12.00 Tengahari
Kampung Bendang Selinsing

Alhamdulillah , Team SERVE KOMRAT telah selesai melaksanakan kerja baik pulih kecil sebuah rumah milik Zalina Binti Mohamad Aris di Kampung Bendang Selinsing.

Kerja baik pulih ini melibatkan penggantian zink serta dinding rumah yang telah mengalami kerosakan dan reput. Kerja-kerja tersebut dilaksanakan bagi memperbaiki keadaan rumah serta memberikan keselesaan dan keselamatan yang lebih baik kepada keluarga Puan Zalina.

Alhamdulillah, keseluruhan kerja baik pulih telah berjaya disiapkan dengan baik. Semoga sumbangan dan usaha yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat serta sedikit sebanyak membantu meringankan keperluan keluarga berkenaan.

Muhammad Kamil Bin Abdul Munim
Penyelaras Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas

KEJOHANAN SNOOKER ROOKIE  PADANG RENGAS X KUALA KANGSAR | PUSAT LATIHAN SNOOKER PBAlhamdulillah, telah berlangsung denga...
02/10/2026

KEJOHANAN SNOOKER ROOKIE PADANG RENGAS X KUALA KANGSAR | PUSAT LATIHAN SNOOKER PB

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Snooker Rookie Padang Rengas x Kuala Kangsar bertempat di Pusat Latihan Snooker Puncak Bougainvillea.

Kejohanan ini menjadi salah satu platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan snooker, khususnya dalam kalangan anak muda Padang Rengas dan Kuala Kangsar. Dalam masa yang sama, program ini turut memberi ruang kepada para peserta untuk menimba pengalaman, mengasah kemahiran serta bersaing dalam suasana yang sihat dan penuh semangat kesukanan.

Terima kasih kepada semua peserta, urus setia serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini

Muhammad Kami Bin Abdul Munim
Penyelaras Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas

Innalillahi wa inna ilaihi raji‘un.Salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian Alla...
28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji‘un.

Salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan mengurniakan ketabahan kepada seluruh keluarga. Al-Fatihah.

TEAM SERVE KOMRAT | BAIK PULIH RUMAH 26 September 2026 10.00 PagiKampung Bendang SelinsingAlhamdulillah, Team SERVE KOMR...
27/09/2026

TEAM SERVE KOMRAT | BAIK PULIH RUMAH

26 September 2026
10.00 Pagi
Kampung Bendang Selinsing

Alhamdulillah, Team SERVE KOMRAT telah melaksanakan kerja-kerja baik pulih sebuah rumah milik Puan Safiah Binti Darus di Kampung Bendang Selinsing yang mengalami kerosakan pada sebahagian bahagian bumbung, termasuk zink dan struktur kayu yang telah reput.

Kerja-kerja baik pulih telah dilaksanakan secara bersama sepanjang hari bagi memastikan bahagian yang mengalami kerosakan dapat dibaiki dengan sebaiknya. Hasil kerjasama dan komitmen yang diberikan, kerja-kerja tersebut akhirnya berjaya diselesaikan sepenuhnya.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu memberikan keselesaan dan keselamatan yang lebih baik kepada Puan Safiah serta seisi keluarga.

Muhammad Kamil Bin Abdul Munim
Penyelaras Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas

27/09/2026

Alhamdulillah, hasil daripada tinjauan dan perbincangan di tapak bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Pengetua Smk Tun Perak , Guru Besar Sk Tun Dr Ismail serta Penghulu Mukim Kg Buaia , keadaan jejantas yang mengalami keretakan pada struktur telah diteliti dan diambil maklum. Keadaan jejantas berkenaan didapati tidak lagi sesuai untuk digunakan dan boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan para pelajar serta pengguna jalan raya.

Hasil tinjauan tersebut, pihak berkaitan mengambil maklum keperluan untuk menyediakan sebuah jejantas baharu sebagai penyelesaian jangka panjang. Walau bagaimanapun, proses pembinaan jejantas baharu dijangka memerlukan tempoh masa yang agak panjang bergantung kepada proses perancangan, kelulusan serta pelaksanaan oleh pihak berkaitan.

Muhammad Kamil Bin Abdul Munim
Penyelaras Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas

TEAM SERVE KOMRAT | BAIK PULIH KEDIAMAN25 September 2026 | 1.00 PetangKampung Bendang SelinsingAlhamdulillah, satu lagi ...
26/09/2026

TEAM SERVE KOMRAT | BAIK PULIH KEDIAMAN

25 September 2026 | 1.00 Petang
Kampung Bendang Selinsing

Alhamdulillah, satu lagi usaha baik pulih rumah telah selesai dilaksanakan buat Puan Roshimah Binti Shaari di Kampung Bendang Selinsing, Sauk. Kerja baik pulih ini melibatkan penggantian zink baharu, penukaran kayu yang telah reput serta menampal bahagian zink yang mempunyai lubang-lubang kecil sehingga selesai.

Semoga kerja baik pulih ini dapat memberikan keselesaan
kepada Puan Roshimah seisi keluarga serta membantu memperbaiki keadaan rumah agar lebih baik dan selesa. Semoga segala urusan keluarga beliau sentiasa dipermudahkan.

Muhammad Kamil Bin Abdul Munim
Penyelaras Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas

Alhamdulillah, peralatan kesihatan tambahan untuk para penerima sempena program Konvoi Hari Malaysia di Padang Rengas te...
25/09/2026

Alhamdulillah, peralatan kesihatan tambahan untuk para penerima sempena program Konvoi Hari Malaysia di Padang Rengas telah selesai dihantar semalam. Sumbangan yang disampaikan merangkumi kerusi roda elektrik, katil pesakit, lampin pakai buang serta susu khas bagi membantu memenuhi keperluan harian penerima dan meringankan beban keluarga.

Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada para penerima serta memudahkan urusan penjagaan mereka seisi keluarga. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha kebajikan ini. Semoga segala sumbangan dan keprihatinan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Muhammad Kamil Bin Abdul Munim
Penyelaras Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas

TEAM KOMRAT | KAMPUNG CHEGAR GALAH Alhamdulillah, hari ini Team KOMRAT berkesempatan untuk turun padang dan menyampaikan...
25/09/2026

TEAM KOMRAT | KAMPUNG CHEGAR GALAH

Alhamdulillah, hari ini Team KOMRAT berkesempatan untuk turun padang dan menyampaikan sumbangan bahan binaan kepada My Komuniti Perikanan (MYKP) di Kampung Chegar Galah. Sumbangan ini merupakan salah satu usaha untuk membantu memenuhi keperluan komuniti serta menyokong kerja-kerja penambahbaikan dan pembangunan kemudahan yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Walaupun sumbangan yang diberikan mungkin sederhana, diharapkan ia dapat membantu memudahkan urusan serta memberi manfaat kepada ahli komuniti yang terlibat.

Dalam masa yang sama, Team KOMRAT turut menyampaikan serahan jersey serta barangan sukan berupa bola sepak kepada pasukan Chicago FC. Sokongan seperti ini diharapkan dapat memberi semangat kepada anak-anak muda untuk terus aktif dalam aktiviti sukan dan riadah, di samping menggalakkan semangat kerjasama, disiplin dan persahabatan dalam kalangan belia. Semoga sumbangan ini dapat digunakan sebaiknya dan menjadi satu lagi usaha kecil dalam menyokong perkembangan aktiviti belia serta sukan di kawasan setempat.

Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada Team KOMRAT. Insya-Allah, kita akan terus berusaha untuk turun padang, mendengar keperluan masyarakat dan membantu sedaya yang termampu.

Muhammad Kamil Bin Abdul Munim
Penyelaras Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas

TEAM SERVE KOMRAT | KAMPUNG NGOR24 September 2026 | 3.00 Petang Kampung Ngor Alhamdulillah, satu lagi permasalahan pendu...
24/09/2026

TEAM SERVE KOMRAT | KAMPUNG NGOR

24 September 2026 | 3.00 Petang
Kampung Ngor

Alhamdulillah, satu lagi permasalahan penduduk setempat telah berjaya diselesaikan. Susulan aduan berhubung pokok dan akar yang mengganggu bahagian tepi jalan serta menjalar berhampiran tiang dan wayar elektrik, kerja-kerja berkaitan telah dilaksanakan bagi mengurangkan risiko dan memastikan keadaan kawasan sekitar lebih selamat.

Semoga dengan usaha ini, penduduk dapat menjalani urusan harian dengan lebih selesa dan selamat. Team Serve KOMRAT akan terus mengambil perhatian terhadap permasalahan yang disampaikan oleh masyarakat serta berusaha membantu menyelesaikannya sebaik mungkin.

Muhammad Kamil Munim Bin Abdul Munim
Penyelaras Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas

Salam takziah buat keluarga mangsa tragedi tikaman yang berlaku.Walau apa pun puncanya,Jangan mendahului siasatan, janga...
24/09/2026

Salam takziah buat keluarga mangsa tragedi tikaman yang berlaku.

Walau apa pun puncanya,
Jangan mendahului siasatan,
jangan menghukum tanpa fakta.
Semoga kebenaran dan keadilan terbela.

Al-Fatihah. 🤲🏻

KAMIL MUNIM
Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas
-komrat-

KUALA KANGSAR - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang maut akibat tikaman dipercayai sedang mengopek ikan bilis di rumahnya sebelum tidak sedarkan...

Address

86, Persiaran Prima 1, Bougainvillea Utama
Kuala Kangsar
33010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60166800292

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas:

Shortcuts

Share