Jabatan Amal Dun Sura

Directions

Jabatan Amal Dun Sura Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Amal Dun Sura, Non-Governmental Organization (NGO), Kuala Dungun.

🌟 Selamat Datang ke Page Rasmi Jabatan Amal DUN Sura 🌟
"Ayuh kita sebarkan kebaikan dan terus menyumbang untuk kebajikan"
💰 Jom Infaq serendah RM5 sahaja!
📌 Klik & Scan QR Code — pahala berpanjangan menanti anda!

18/09/2026
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M. Semoga cinta kita kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar di bibir, tetapi hid...
24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M. Semoga cinta kita kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar di bibir, tetapi hidup dalam hati, akhlak dan seluruh kehidupan kita.

Semalam telah berlangsungnya Usrah AMAL Sura. Sempena Bulan Kemerdekaan, usrah kali ini membicarakan tajuk "Merdeka Buka...
22/08/2026

Semalam telah berlangsungnya Usrah AMAL Sura. Sempena Bulan Kemerdekaan, usrah kali ini membicarakan tajuk "Merdeka Bukan Sekadar Merdeka ; Pemuda Memimpin Perubahan" , yang dikupas oleh Naqib Jemputan ; Ustaz Abdullah Fahim bin Husin (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun).

Antara intipati usrah, kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, bukan sekadar kibaran Jalur Gemilang dan bukan sekadar sambutan setiap tahun. Kemerdekaan bagaimana kita mengisi kebebasan dengan iman, ilmu, amal dan khidmat kepada masyarakat.

Semoga kita menjadi pemuda yang kuat imannya, kukuh prinsipnya, luas ilmunya, ikhlas amalnya dan besar manfaatnya.

|| LENSA 3 | TAUJIHAD & NASIHAT SEBELUM PULANG KE DUNGUN ||Sebelum melabuhkan tirai Rehlah Santai Amal Sura 2026, semua ...
09/08/2026

|| LENSA 3 | TAUJIHAD & NASIHAT SEBELUM PULANG KE DUNGUN ||

Sebelum melabuhkan tirai Rehlah Santai Amal Sura 2026, semua peserta menerima taujihad dan nasihat daripada Ustaz Azman, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Machang, Kelantan. Turut hadir Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Sdr. Hanif Safwan.

Antara pesanan yang disampaikan adalah pentingnya saling bergandingan antara yang muda dan yang tua, serta kebersamaan antara AJK dan ahli sebagai penggerak dalam memastikan gerak kerja terus berjalan dengan baik.

Turut ditekankan seruan Allah SWT: "Pergilah kamu beramai-ramai, sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah, yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Surah At-Taubah : 41)

"Ukhuwah Fillah!!!"

|| LENSA 2 | SUASANA SEKITAR TAPAK PROGRAM REHLAH SANTAI AMAL SURA 2026 ||"Ukhuwah Fillah!!!"
09/08/2026

|| LENSA 2 | SUASANA SEKITAR TAPAK PROGRAM REHLAH SANTAI AMAL SURA 2026 ||

"Ukhuwah Fillah!!!"

|| LENSA 1 | PELEPASAN KONVOI KE KUALA JENGAL ||Majlis pelepasan disempurnakan bersama Doa Selamat oleh Ustaz Ahmad Faqr...
09/08/2026

|| LENSA 1 | PELEPASAN KONVOI KE KUALA JENGAL ||

Majlis pelepasan disempurnakan bersama Doa Selamat oleh Ustaz Ahmad Faqrukhairi bin Nagmuddin, Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Sura. Turut hadir, Sdr. Ahmad Najuadi bin Ali, Naib Ketua Pemuda PAS DUN Sura.

"Ukhuwah Fillah!!!"

|| REHLAH SANTAI AMAL SURA 2026 ||Program pagi ini dimulakan dengan Qiamullail, diikuti dengan pengisian Kuliah Subuh Kh...
07/08/2026

|| REHLAH SANTAI AMAL SURA 2026 ||

Program pagi ini dimulakan dengan Qiamullail, diikuti dengan pengisian Kuliah Subuh Khas oleh Ketua Jabatan Amal Malaysia DUN Sura, Ustaz Muhammad Ismail bin Mohd Fousi.

Semoga pengisian rohani ini menjadi pembuka langkah untuk meneruskan perjalanan Rehlah Santai Amal Sura 2026 dengan penuh semangat ukhuwah dan penuh keberkatan.

Program esok inshaAllah, doakan moga² perjalanan program lancar dan selamat dari awal hingga akhir aamiin ..
07/08/2026

Program esok inshaAllah, doakan moga² perjalanan program lancar dan selamat dari awal hingga akhir aamiin ..

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Sdr. Muhammad Luqman Al-Hakim bin Ahmad Imran, salah seorang anggota AMA...
06/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Sdr. Muhammad Luqman Al-Hakim bin Ahmad Imran, salah seorang anggota AMAL Sura, atas kejayaan menamatkan pengajian selama 4 tahun di Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu.

Perjalanan menuntut ilmu al-Quran bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Ia menuntut kesabaran, pengorbanan, disiplin dan keikhlasan yang tinggi. Semoga segala usaha yang dicurahkan selama ini diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.

Mudah-mudahan Allah SWT terus mengurniakan istiqamah dalam menjaga al-Quran, mengamalkan setiap ajarannya serta menyebarkan manfaatnya kepada masyarakat. Semoga terus dipermudahkan langkah dalam menyambung perjuangan menuntut ilmu dan berkhidmat untuk agama.

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Tahniah atas kejayaan ini. Semoga terus melakar lebih banyak kecemerlangan di dunia dan akhirat.

|| USRAH BULANAN JABATAN AMAL MALAYSIA DUN SURA ||Alhamdulillah, usrah bulanan Jabatan Amal Malaysia DUN Sura telah berl...
24/07/2026

|| USRAH BULANAN JABATAN AMAL MALAYSIA DUN SURA ||

Alhamdulillah, usrah bulanan Jabatan Amal Malaysia DUN Sura telah berlangsung malam semalam selepas solat Isyak bertempat di Masjid Lama Kampung Sura.

Usrah telah dibimbing oleh Ustaz Ahmad Faqrukhairi bin Nagmuddin, Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Sura, selaku Naqib Usrah Tetap Bulanan AMAL Sura dengan membincangkan Teks Manhaj Usrah PAS Peringkat Taarif 1.

Perkongsian semalam memberi penekanan kepada kefahaman tentang kufur, nifaq (munafiq), fasiq, murtad dan syirik agar setiap ahli memahami maksud, ciri-ciri serta bahaya setiap perkara tersebut. Ilmu ini penting sebagai panduan untuk menjaga akidah, memelihara keimanan dan menjauhi segala perkara yang boleh merosakkan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman dan istiqamah kepada kita semua.

Address

Kuala Dungun

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Dun Sura posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share