Ansara Kota Putra

Ansara Kota Putra Ansara Kota Putra adalah komuniti alumni MRSM Kota Putra yang menghimpunkan bekas pelajar dari pelbagai generasi.
(1)

13/06/2026
SUMBANGAN HARI GURU 2026 – MRSM KOTA PUTRASeorang guru bukan sekadar pendidik di dalam kelas, tetapi insan yang membentu...
18/05/2026

SUMBANGAN HARI GURU 2026 – MRSM KOTA PUTRA

Seorang guru bukan sekadar pendidik di dalam kelas, tetapi insan yang membentuk masa depan anak bangsa dengan penuh sabar dan pengorbanan.

Bersempena sambutan Hari Guru 2026, ANSARA Kota Putra membuka ruang kepada semua alumni, ibu bapa dan warga prihatin untuk bersama-sama menyumbang sebagai tanda penghargaan buat guru-guru MRSM Kota Putra yang telah banyak berjasa. Setiap akan disalurkan sepenuhnya kepada pihak Maktab untuk tajaan sambutan Hari Guru di peringkat Maktab, MRSM Kota Putra tahun 2026.

Setiap sumbangan anda amat bermakna, walau sekecil mana nilainya.

Imbas QR pada poster untuk menyumbang. Sasaran kutipan ialah RM2,000.

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Terima kasih, cikgu. ❤️

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ansara Kota Putra kali ke-4 bagi tahun 2026 telah selesai diadakan dengan l...
16/05/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ansara Kota Putra kali ke-4 bagi tahun 2026 telah selesai diadakan dengan lancar pagi tadi di PPAS Hulu Langat .

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang hadir secara fizikal & dalam talian serta memberikan komitmen dan sokongan kepada perjalanan Ansara Kota Putra.

Terima kasih juga kepada seluruh AJK pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat ini dari peringkat perancangan sehingga pelaksanaan.

Penghargaan turut diberikan kepada pihak PPAS Bangi atas kemudahan dan layanan yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga ukhuwah dan semangat kekeluargaan alumni MRSM Kota Putra terus diperkukuhkan, seterusnya membawa lebih banyak manfaat kepada ahli, maktab dan adik-adik pelajar MRSM Kota Putra .

“Berbeza batch, satu keluarga.”



[NOTIS PENTING]MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026 - ANSARA CAWANGAN KOTA PUTRADengan segala hormatnya dijemput semua ahli untu...
07/05/2026

[NOTIS PENTING]
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026 - ANSARA CAWANGAN KOTA PUTRA

Dengan segala hormatnya dijemput semua ahli untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 16 Mei 2026
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.00 t/hari
📍 Tempat: Perpustakaan Bandar Baru Bangi, Selangor

Kehadiran dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai dalam memperkukuh ukhuwah serta memacu kesinambungan legasi ANSARA Kota Putra.

Daftar kehadiran melalui pautan di komen.

Sekian, terima kasih.
Setiausaha ANSARA Cawangan Kota Putra

20/04/2026

UNPLUGGED ANSARA BERSAMA TPM, 2026

Ini bukan sekadar sebuah perhimpunan, tetapi satu platform eksklusif dialog dua hala yang menjadi ruang untuk mempertemukan idea, pandangan dan aspirasi di atas landasan perbincangan agenda penting hala tuju masa depan negara bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

Diterajui oleh ANSARA Malaysia, program Unplugged ANSARA bersama TPM memfokuskan kepada bagaimana gabungan tenaga pakar, teknokrat, usahawan dan profesional daripada lepasan MRSM, IPMa serta tajaan MARA, yang telah terbina sepanjang lebih enam dekad, dapat diterjemahkan kepada solidariti yang kukuh serta sumbangan strategik kepada pembangunan nasional.

Program ini turut memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai masa depan bakat, ekonomi dan pendidikan negara, dengan penekanan kepada idea yang mampu diterjemahkan kepada tindakan berimpak.

Butiran Program:
Tarikh: 5 Mei 2026, Selasa
Masa: Pendaftaran 10:00 pagi, dialog 11:00 pagi
Lokasi: Dewan Merdeka, WTCKL
🎟️ Tiket masuk adalah PERCUMA
Jemputan Terbuka kepada semua ahli ANSARA, bekas pelajar & guru MRSM, pelajar tajaan MARA, siswazah IPMa dan IPTA/IPTS, serta seluruh warga Gen-MARA.

Daftar sekarang, klik link di bio

Alhamdulillah, pencapaian SPM 2025 membanggakan!MRSM Kota Putra terus konsisten dengan usaha gigih warga pendidik dan pe...
31/03/2026

Alhamdulillah, pencapaian SPM 2025 membanggakan!
MRSM Kota Putra terus konsisten dengan usaha gigih warga pendidik dan pelajar.
Terima kasih semua yang menyumbang kejayaan ini 💪

🌙 Salam Aidilfitri daripada ANSARA Kota Putra 🌙ANSARA Kota Putra mengucapkanSelamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ...
20/03/2026

🌙 Salam Aidilfitri daripada ANSARA Kota Putra 🌙

ANSARA Kota Putra mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli ANSARA, warga MRSM Kota Putra, sahabat alumni serta umat Islam yang menyambutnya.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Maaf Zahir dan Batin atas segala kekhilafan.

Ikhlas daripada,
ANSARA Kota Putra




Salam TakziahANSARA Kota Putra merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Teacher Noriha Abd Ghani,...
17/03/2026

Salam Takziah

ANSARA Kota Putra merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Teacher Noriha Abd Ghani, Guru Kimia MRSM Kota Putra (bersara 2023) yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Ansara Kota Putra dengan sukacitanya telah menyampaikan sumbangan Infaq Ramadan sebanyak RM600 bagi menjayakan program R...
16/03/2026

Ansara Kota Putra dengan sukacitanya telah menyampaikan sumbangan Infaq Ramadan sebanyak RM600 bagi menjayakan program Ramadan Al-Mubarak 2026 / 1447H di MRSM Kota Putra .

Serahan sumbangan ini telah dibuat oleh wakil Ansara Kota Putra kepada pihak MRSM Kota Putra sebagai tanda sokongan terhadap pelbagai aktiviti Ramadan yang dianjurkan, termasuk program tadarus, qiamullail, ceramah Ramadan dan lain-lain pengisian sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang serta warga Ansara Kota Putra yang telah menyumbang dan menjayakan inisiatif infaq ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta memeriahkan lagi penghayatan Ramadan di MRSM Kota Putra.




Tahniah dan syabas kepada para pelajar MRSM Kota Putra yang telah mengharumkan nama institusi dalam Program Perhimpunan ...
05/03/2026

Tahniah dan syabas kepada para pelajar MRSM Kota Putra yang telah mengharumkan nama institusi dalam Program Perhimpunan Gen Huffaz Teknokrat MARA sempena sambutan Hari MARA ke-60 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

ANSARA Kota Putra berasa amat berbangga dengan penglibatan seramai 309 orang pelajar bersama 8 orang guru pengiring yang telah turut serta dalam perhimpunan yang menghimpunkan ribuan warga pendidikan MARA dari seluruh negara.

Lebih membanggakan apabila 5 orang pelajar MRSM Kota Putra telah berjaya merangkul Anugerah Huffaz Cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus cemerlang dalam akademik serta memartabatkan al-Quran dalam kehidupan.

Tahniah juga kepada para pelajar yang menerima sumbangan asnaf dalam majlis tersebut. Semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah maju.

ANSARA Kota Putra sentiasa mendoakan agar MRSM Kota Putra terus melahirkan generasi huffaz teknokrat yang cemerlang, berilmu dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.




Address

Jalan Bukit Keluang
Kuala Besut
22200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ansara Kota Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ansara Kota Putra:

Shortcuts

Share