NADI Layout Tok Saboh

Call Directions Website Contact the organization

NADI Layout Tok Saboh Menyediakan perkhidmatan E-Services untuk komuniti setempat terutama sekali kepada penduduk kg layout

‼️ MAKLUMAN ‼️ Penutupan sementara NADI Kg Lay Out pada 16 SEPTEMBER 2026 (RABU) sempena CUTI UMUM HARI MALAYSIANADI aka...
11/09/2026

‼️ MAKLUMAN ‼️

Penutupan sementara NADI Kg Lay Out pada 16 SEPTEMBER 2026 (RABU) sempena CUTI UMUM HARI MALAYSIA
NADI akan kembali beroperasi pada 17 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS)
Pihak NADI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia.
Terima Kasih 😇

🔥 ANAK MINAT CODING? JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! 🇲🇾💻Sertai National Digital Family Coding Challenge 2026 — pertandingan...
11/09/2026

🔥 ANAK MINAT CODING? JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! 🇲🇾💻

Sertai National Digital Family Coding Challenge 2026 — pertandingan peringkat kebangsaan yang menggabungkan coding, kreativiti, keluarga dan semangat kenegaraan.

🏆 Hadiah tunai + medal & pengiktirafan untuk pemenang 📚 Program dengan kelulusan KPM — pelajar layak untuk mendapatkan markah PAJSK, tertakluk kepada terma & syarat KPM 👨‍👩‍👧

Penyertaan melibatkan murid bersama ibu bapa/penjaga/ahli keluarga dewasa

💻 Aplikasi wajib: Scratch
🎯 Tema: Malaysia, Kemerdekaan, Kenegaraan & Perpaduan
🗓️ Fasa Kelayakan: 11 September – 14 Oktober 2026 secara online
🏆 Grand Final: 31 Oktober 2026 di Lembah Klang ✅ PENYERTAAN PERCUMA

📲 NAK JOIN? DAFTAR SEKARANG!
SCAN QR pada poster atau klik Google Form: https://forms.gle/FYDtWwpBKuyT6Acv8

Join group telegram official klik ~ https://t.me/+cHR3_Z07KBBmZGFl

Follow TikTok NADI Parlimen Kepong https://www.tiktok.com/.p114.kepong

Pertanyaan lanjut: En. Mohd Muzri: https://wa.me/60166520769 Ts. Dr. Siti Saidatul Azween: https://wa.me/60173004493

✨ Belajar. Cipta. Bersaing. Menang.Bersama Keluarga, Membina Generasi Digital Masa Hadapan.

💸 NAK BAYAR BIL?Jom ke cawangan NADI berhampiran anda! 🔥Kini anda boleh bayar pelbagai bil dengan mudah di NADI:✅ Bil Ut...
10/09/2026

💸 NAK BAYAR BIL?
Jom ke cawangan NADI berhampiran anda! 🔥
Kini anda boleh bayar pelbagai bil dengan mudah di NADI:
✅ Bil Utiliti
✅ Telekomunikasi
✅ Cukai taksiran / cukai pintu
✅ Cukai tanah / cukai petak
✅ Pinjaman pendidikan dan banyak lagi!
💁‍♀️ Mudah, cepat & selamat — Jom kunjungi NADI berdekatan!

📢 HEBAHAN PROGRAM AI@NADI 🤖✨Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan kerjasama ...
09/09/2026

📢 HEBAHAN PROGRAM AI@NADI 🤖✨

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan kerjasama MCMC, TM & Multimedia University (MMU) menjemput komuniti untuk menyertai program menarik berkaitan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) secara percuma! 🌐💡
Pelbagai program disediakan untuk meningkatkan kemahiran digital, kreativiti dan penggunaan AI secara bijak.

📅 SENARAI PROGRAM

💼 9/09/2026 (Rabu)
AI Power: Bina Portfolio Bisnes Digital dengan Bantuan
⏰ 9.00 am – 12.00 pm
👥 Terbuka kepada umur 18 tahun ke atas
✨ Pelajari cara menggunakan AI untuk menghasilkan profil syarikat, kandungan pemasaran, visual promosi dan portfolio digital.

🎬 10/09/2026 (Khamis)
AI Creator Camp: Belajar Storyboard & Nota Pintar dengan Google Flow & NotebookLM
⏰ 2.00 pm – 4.00 pm
👥 Terbuka kepada komuniti
✨ Pelajari cara menghasilkan storyboard kreatif, nota pintar dan projek mini menggunakan teknologi AI.

💼 14/09/2026 (Isnin)
AI Kawan Belajar
⏰ 10.00 am – 12.00 pm
👥 Terbuka kepada pelajar
✨ Memahami konsep AI, penggunaan AI yang betul, mengelakkan plagiarisme serta menggunakan AI sebagai pembantu pembelajaran.

🎨 17/09/2026 (Khamis)
Pencipta AI Muda: Kreativiti Digital & Kemahiran AI untuk Kanak-Kanak
⏰ 2.00 pm – 5.00 pm
👧🏻👦🏻 Terbuka kepada pelajar
✨ Menghasilkan imej, poster, cerita dan pembentangan kreatif menggunakan AI.

💬 22/09/2026 (Selasa)
Berkomunikasi Dengan AI Secara Berkesan: Teknik Prompt Pintar
⏰ 2.00 pm – 4.00 pm
👥 Terbuka kepada pelajar
✨ Belajar teknik menulis arahan (prompt) yang jelas supaya mendapat hasil AI yang lebih tepat dan berkualiti.

🤖 24/09/2026 (Khamis)
AI Assistant: Urusan Harian Lebih Mudah Dengan Teknologi AI
⏰ 2.00 pm – 5.00 pm
👥 Terbuka kepada komuniti umum (18 tahun ke atas)
✨ Ketahui penggunaan AI untuk komunikasi harian, perancangan aktiviti, fungsi suara & imej serta keselamatan penggunaan AI.

🎓 Sijil penyertaan disediakan untuk peserta!
Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknologi AI dan meningkatkan kemahiran digital bersama NADI. 🚀

📌 Daftar sekarang dan sertai Program AI@NADI!
Untuk maklumat lanjut, boleh dibuat melalui WhatsApps NADI Kg Lay Out di 01163489062🤗

07/09/2026

Jam 3 petang.

Anak baru balik bermain di luar.

Mula-mula dia batuk sedikit.

Kemudian mata pedih.

Hidung mula berair.

Malam itu, bunyi nafasnya berubah.

Ada bunyi “wheezing”.

Dada naik turun lebih laju.

Dia mula cakap,

“Mak… susah nak nafas.”

Inilah yang ramai terlepas pandang ketika jerebu.

Bagi orang dewasa, mungkin kita cuma rasa tekak kering, mata pedih atau sedikit pening.

Tetapi bagi kanak-kanak, udara tercemar boleh memberi kesan lebih cepat.


KENAPA?

Kanak-kanak bukan sekadar “orang dewasa yang kecil”.

Mereka bernafas lebih laju.

Mengikut berat badan, mereka juga menyedut lebih banyak udara berbanding orang dewasa.

Pada masa yang sama, paru-paru mereka masih sedang berkembang dan saluran pernafasan lebih kecil.

Jadi apabila udara dipenuhi zarah halus seperti PM2.5, zarah ini boleh masuk jauh ke dalam paru-paru dan mencetuskan keradangan.

Lebih-lebih lagi jika anak aktif di luar, berlari, bersukan atau bermain ketika jerebu.

Semakin laju mereka bernafas, semakin banyak udara tercemar yang masuk.


GEJALA BOLEH BERMULA DENGAN PERKARA YANG NAMPAK RINGAN.

Batuk.

Sakit tekak.

Mata pedih.

Hidung berair.

Cepat letih.

Tetapi pada sesetengah kanak-kanak, terutama yang ada asma atau masalah pernafasan, keadaan boleh berubah dengan cepat.

Semput boleh menjadi semakin teruk.

Nafas menjadi laju.

Anak nampak penat hanya untuk bernafas.

Dalam keadaan serius, paras oksigen boleh menurun dan anak mungkin memerlukan rawatan di hospital.


JEREBU JUGA BOLEH MENCETUSKAN KOMPLIKASI.

Antaranya:

Serangan asma yang teruk.

Bronkitis.

Jangkitan saluran pernafasan.

Pneumonia.

Sesak nafas yang memerlukan nebulizer atau oksigen.

Dan bagi kes tertentu, kemasukan ke hospital.

Pendedahan berulang kepada pencemaran udara juga dikaitkan dengan kesan terhadap perkembangan fungsi paru-paru kanak-kanak untuk jangka masa panjang.


SEBAB ITU JANGAN TUNGGU ANAK “NAMPAK SAKIT TERUK”.

Kalau jerebu semakin tebal, kurangkan aktiviti luar.

Pantau bacaan IPU.

Pastikan anak yang ada asma mengambil ubat seperti diarahkan dan inhaler sentiasa tersedia.

Dan jika anak mula tercungap-cungap, dada berombak, terlalu lemah, sukar bercakap kerana sesak nafas atau bibir kelihatan kebiruan,

jangan tunggu.

Dapatkan rawatan segera.


Jerebu bukan sekadar langit yang nampak kelabu.

Dalam setiap nafas, ada zarah yang kita tak nampak.

Dan untuk paru-paru kecil yang masih berkembang,

kesannya boleh jadi jauh lebih besar.

07/09/2026
07/09/2026

𝐈𝐍𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅 𝐑𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐊𝐇𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔

Nikmati tambahan minimum 10GB kuota data sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bagi pengguna pelan prabayar dan pascabayar.

Kuota tambahan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pengguna.

📌 5GB - Hari Kebangsaan 2026 pada 31 Ogos 2026.
📌 5GB - Hari Malaysia 2026 pada 16 September 2026.

🚀 TINY TECHIES 2026Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur🟡 Robotic Innovation Pengenalan kepada robot...
02/09/2026

🚀 TINY TECHIES 2026

Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur

🟡 Robotic Innovation
Pengenalan kepada robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara interaktif

🗓️ 03 September 2026 (Khamis)
⏰ 3.30 petang – 4.30 petang
💻 NADIBook

✨ Apa yang menarik?
- Kelas ATAS TALIAN & SIARAN LANGSUNG
* PERCUMA kepada semua Ahli Berdaftar NADI
* Modul pembelajaran disediakan
* Dikendalikan oleh guru berpengalaman
* Peserta boleh tanya soalan secara terus semasa kelas

📌 Syarat penyertaan:

* Berdaftar sebagai Ahli NADI

📲 Tempat terhad.
Daftar awal! Kunjungi NADI berdekatan untuk keterangan lanjut

🚀 TINY TECHIES 2026Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur🟡 Python in AnimationBelajar asas pengaturca...
02/09/2026

🚀 TINY TECHIES 2026

Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur

🟡 Python in Animation
Belajar asas pengaturcaraan Python dengan menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif secara mudah dan menyeronokkan

🗓️ 03 September 2026 (Khamis)
⏰ 2.00 petang – 3.00 petang
💻 NADIBook

✨ Apa yang menarik?

* Kelas ATAS TALIAN & SIARAN LANGSUNG
* PERCUMA kepada semua Ahli Berdaftar NADI
* Modul pembelajaran disediakan
* Dikendalikan oleh guru berpengalaman
* Peserta boleh tanya soalan terus semasa kelas

📌 Syarat penyertaan:

* Berdaftar sebagai Ahli NADI

📲 Tempat terhad.
Daftar awal! Kunjungi NADI berdekatan untuk keterangan lanjut

Alhamdulillah, selesai sudah program Senam Sihat MADANI Merdeka bersama komuniti! 💪🤸‍♀️Setinggi-tinggi penghargaan dan t...
30/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah program Senam Sihat MADANI Merdeka bersama komuniti! 💪🤸‍♀️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk hadir, bersemangat dan bersama-sama memeriahkan program ini. ❤️

Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturahim, meningkatkan kecergasan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

🔥 Badan sihat, minda cergas, komuniti lebih ceria!

Jumpa lagi di program NADI yang akan datang! 🥰

Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta! 👏🎊

Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), , Balai Raya Kampung Layout Tok Saboh
Kuala Besut
22300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Layout Tok Saboh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Layout Tok Saboh:

Shortcuts

Share