Cikgu Mirul

Cikgu Mirul KOLEKSI RESEPI MAKANAN VIRAL DI MALAYSIA 2022

Sebut sahaja kek sudah tentu ramai yang menyukainya terutama kanak-kanak. Tak sah kalau tidak dijadikan menu sewaktu ber...
14/08/2022

Sebut sahaja kek sudah tentu ramai yang menyukainya terutama kanak-kanak. Tak sah kalau tidak dijadikan menu sewaktu bersama keluarga dan dinikmati bersama.

Jadi, selain kek coklat biasa apa kata anda cuba satu resepi baharu iaitu kek milo marshmallow. Rasanya kenyal dan manis memang sedap dimakan sambil menonton televisyen. Ikuti perkongsian resepinya di bawah.

RESEPI KEK MILO MARSHMALLOW, KENYAL & MANIS BERLEMAK!

Bahan-bahan

Milo 2 cawan
Telur 4 biji
Susu pekat 2 sudu
Minyak masak 1 sudu
Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas dan tuang adunan ke dalam loyang.

2. Masukkan marshmallow ikut pilihan hati dan Gaul sedikat adunan bersama marshmallow.

3. Bakar pada suhu 160 selama 25 minit.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Memang sedap dan puas hati. Kalau nak letak taburan biskut pun boleh. Lagi sedap!

Donut merupakan makanan kes**aan anak-anak kerana disaluti gula dan sesuai juga dimakan bersama coklat cair. Selain donu...
14/08/2022

Donut merupakan makanan kes**aan anak-anak kerana disaluti gula dan sesuai juga dimakan bersama coklat cair. Selain donut gula, anda juga boleh memcuba donut susu seperti yang viral di media sosial sekarang.

Rasanya memang sedap dan lemak manis sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama anak-anak. Ikuti perkongsian resepi donut susu oleh Puan Noor Shafiqah Ghazali di laman Facebooknya.

Baca juga: Resepi Kek Milo Marshmallow, Kenyal & Manis Berlemak!

RESEPI DONUT SUSU VIRAL, BUAT SENDIRI LAGI PUAS & GEBU!

Baru buat kelmarin dulu, hari ni terasa nak makan p**a donut susu ni. Bukan setakat anak-anak je yang s**a makan, mak ayah pun berketul-ketul makan.

Cara penyediaan:

– Mauripan 1 pack (Bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih)

– Tepung gandum dekat 1kg

– Telur 1 biji

– Marjerin dalam 2 sudu makan

– Susu pekat agak-agak sahaja

– Susu tepung dalam 2 sudu lebih macam tu

– Garam sikit

– Yis dah kembang campur semua dan uli-uli dalam sejam.

– Bentukkan bulat seperti donut dan goreng sehingga masak.

Cara penyediaan salutan:

– Susu tepung (Saya guna fenleaf)

– Gula

*Kisar kedua-dua dan salut donut yang sudah digoreng.

Address

Kg Raja
Kuala Besut
22200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Mirul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share