Kuala Berang Stories

Kuala Berang Stories Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kuala Berang Stories, Kuala Berang.

Statement Rasmi Penganjur Piala Parlimen Hulu Terengganu.. Jangan bergantung hanya kepada video yang viral. Kena siasat ...
24/04/2026

Statement Rasmi Penganjur Piala Parlimen Hulu Terengganu.. Jangan bergantung hanya kepada video yang viral. Kena siasat siapa yang mula dulu. Mungkin boleh beri slot kepada pasukan Sungai Petai!!

Bola Sepak Piala Parlimen Hulu Terengganu Antara Tajin FC & Kemat FC DITUNDA!!
24/04/2026

Bola Sepak Piala Parlimen Hulu Terengganu Antara Tajin FC & Kemat FC DITUNDA!!

Jom sahut cabaran JBC Trail Run (Jelutong Batik Challenge) pada 6 Jun ini. Jarak 3.8km je guys, jom kita penuhkan Bukit ...
24/04/2026

Jom sahut cabaran JBC Trail Run (Jelutong Batik Challenge) pada 6 Jun ini.

Jarak 3.8km je guys, jom kita penuhkan Bukit Jelutong dengan semangat kesukanan!

📍 Bukit Jelutong
📅 6.6.2026 (Sabtu)
🕗 7.30 Pagi

Siapa nak join? Kita jumpa di garis permulaan! 👟🔥

Aksi Minggu 4 – Season A semakin hangat dalam saingan Liga Suparimau Boost Malaysia Terengganu🔥Dua perlawanan penting ba...
23/04/2026

Aksi Minggu 4 – Season A semakin hangat dalam saingan Liga Suparimau Boost Malaysia Terengganu🔥

Dua perlawanan penting bakal berlangsung di Kerteh Sports City pada 24 April 2026 (Jumaat malam):

⚽ The Hulu A vs Kerteh FC — 9.30 malam
⚽ The Hulu B vs Manta Chukai — 8.45 malam

Malam penuh aksi, semangat dan pembangunan bakat muda bola sepak! Jom turun beri sokongan padu 💪⚽

Siapa sangka di sebalik kedai yang gah, kami menerima satu pendedahan berani melalui DM mengenai dakwaan sistem kerja ya...
23/04/2026

Siapa sangka di sebalik kedai yang gah, kami menerima satu pendedahan berani melalui DM mengenai dakwaan sistem kerja yang menekan pekerja lokal di sebuah premis telekomunikasi di Kuala Berang.

Antara perkara serius yang dibangkitkan oleh pengadu:

• Isu Kebajikan: Dakwaan ketiadaan caruman KWSP & SOCSO.

• Potongan Gaji Meragukan: Denda lewat RM30 didakwa perlu dipindahkan ke akaun personal area manager.

• Tanggung Rugi: Staff didakwa terpaksa menanggung kos telefon trade-in sehingga ada gaji yang berbaki hampir kosong.

Pihak Kuala Berang Stories menyiarkan luahan ini sebagai platform suara komuniti. Kita harap pihak berkuasa seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dapat memantau isu sebegini agar hak pekerja sentiasa dilindungi.

Nota: Pihak kami terbuka sekiranya pihak pengurusan ingin memberikan penjelasan lanjut mengenai dakwaan ini.

Ada lagi ke bekas staff yang pernah alami nasib sama? Cuba DM.

Satu keputusan positif dicatatkan oleh pasukan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) apabila berjaya menewaskan Majlis Pe...
23/04/2026

Satu keputusan positif dicatatkan oleh pasukan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) apabila berjaya menewaskan Majlis Perbandaran Kemaman dengan jaringan 2-1.

Meskipun diberikan tentangan hebat, disiplin bertahan dan ketajaman serangan MDHT menjadi pembeza dalam perlawanan ini.

Kredit juga kepada pasukan lawan atas aksi yang cukup kompetitif sehingga wisel penamat.

Salam admin.. sy norihan dari kg pasir nering. Petang maring mak sy kena pukau dalam kejadian pukul 3pm. Mak memang sian...
23/04/2026

Salam admin.. sy norihan dari kg pasir nering. Petang maring mak sy kena pukau dalam kejadian pukul 3pm. Mak memang siang hari duduk bersedirian di rumah sejak ayah meninggal tahun lepas.Malam di tidur rumah anak.

Yang pukau ni naik kereta warna coklat, kereta jenis apa mak tak pasti. Dia mari menyamar sebagai penjual ubat. Walaupun mak dah menolak dia meluru masuk dan selek minyak ubat ke tangan lepas tu terus bagi semua yang ada di tangan.

2 bentuk cincin dan 1 gelang tangan.
Sebelum ni memang dah ada kereta ni mari tapi tak berhenti hanya buat uturn.

Jadi minta jasa baik admin war war kan kepada penduduk kuala berang dan sekitar kg berhati hati lah.

Supaya perkara ni tak jadi pada orang lain p**a. Pastikan barang kemas duit semua di simpan tenpat selamat.

Penjual ubat yg menyamar tu berdialek kelantan + kedah. Mungkin siam.

Driver lelaki dan yang pukau tu perempuan. Perempuan tu pakai tudung dan penutup muka.

Mak masih lagi trauma nak tanya lebih lagi dia pun kesian.

Tapi alhamdulilah mak ok.. tak dia buat mende2 pada mok.cuma barang yg ada di badan shj dia amik.

Terima kasih admin.

DM dari Norihan Idrus

Untuk makluman warga setempat, Kelab Boling Hulu Terengganu kini sedang menganjurkan Kejohanan Boling Berpasukan Terbuka...
23/04/2026

Untuk makluman warga setempat, Kelab Boling Hulu Terengganu kini sedang menganjurkan Kejohanan Boling Berpasukan Terbuka Komuniti yang akan berlangsung pada 2 dan 3 Jun 2026.

Ini adalah peluang bagi peminat sukan boling di daerah kita untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan secara rasmi oleh kelab tempatan.
Maklumat Ringkas Pertandingan:

• Lokasi: WT Titan Bowl, KSWT
• Yuran: RM180 / Sepasukan
• Tarikh Tutup: 21 Mei 2026

Pihak kelab juga menyediakan hadiah cabutan bertuah berupa set boling (bola, kasut, dan beg) untuk peserta yang bertuah.

Pendaftaran terhad kepada 40 pasukan sahaja. Sila scan kod QR pada poster atau hubungi En. Din (019-9589391) atau En. Zaki (019-9703371) untuk penyertaan.

Poster di ruangan komen..

Polisi kami mudah: Kami hanya kongsi semula (repost) apa yang sudah sedia ada di tatapan umum (Public). Jika mahu kami p...
22/04/2026

Polisi kami mudah: Kami hanya kongsi semula (repost) apa yang sudah sedia ada di tatapan umum (Public). Jika mahu kami padam, boleh PM terus tidak perlu gunakan ugutan.

Memandangkan pihak sekolah sendiri tidak memadamkan hantaran tersebut, kami beranggapan maklumat itu memang untuk sebaran awam.

Jika perkongsian semula pun dianggap jenayah, maka tiada gunanya media sosial ini dibuka untuk orang ramai.

P/s: Sekolah tu tak famous pun, ramai orang tak kenal.. Ceruk kampung.

Dalam dunia yang semakin dipenuhi perbezaan pandangan, kita sering lupa bahawa hubungan sesama manusia lebih besar nilai...
22/04/2026

Dalam dunia yang semakin dipenuhi perbezaan pandangan, kita sering lupa bahawa hubungan sesama manusia lebih besar nilainya daripada ideologi.

Berbeza fahaman politik itu biasa, tetapi jangan sampai ia memutuskan silaturahim. Hormat, toleransi dan ukhuwah perlu terus dijaga kerana akhirnya, kita tetap hidup dalam masyarakat yang sama.

Politik boleh berbeza, tetapi persahabatan jangan sampai terlerai.

Isu peniaga meletakkan barangan di kaki lima dan laluan pejalan kaki bukan lagi perkara kecil ia melibatkan keselamatan,...
22/04/2026

Isu peniaga meletakkan barangan di kaki lima dan laluan pejalan kaki bukan lagi perkara kecil ia melibatkan keselamatan, keselesaan serta hak orang awam.

Sudah tiba masanya pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) mempertimbangkan satu SOP yang jelas dan tegas bagi mengawal keadaan ini.

Garis panduan yang tersusun bukan sahaja membantu peniaga berniaga secara lebih teratur, malah memastikan laluan awam kekal selamat dan boleh diakses oleh semua, termasuk warga emas dan OKU.

Gambar sekadar hiasan

Geng, petang ni kalau tak ada plan, jom kita ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Ada Kejohanan Bola Sepak Piala YB...
22/04/2026

Geng, petang ni kalau tak ada plan, jom kita ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Ada Kejohanan Bola Sepak Piala YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan.

MDHT akan buat penampilan pertama jam 4.45 petang ni. Sebanyak 8 pasukan PBT seluruh Terengganu akan bertanding, jadi saingan memang akan sengit.

Khabarnya pasukan MDHT dah buat persiapan rapi. Jadi, jom kita pakat mari ramai-ramai bagi sokongan moral. Mana tahu ada 'bakat terpendam' dari Hulu yang bakal menyerlah petang ni!

Address

Kuala Berang
21700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuala Berang Stories posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share