PKPI Kenyir

Directions Contact the organization

PKPI Kenyir PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM SSJ KENYIR, HULU TERENGGANU

*MAJLIS KESYUKURAN , SAMBUTAN ULANGTAHUN LLN/TNB KE-77* & *PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT STESEN STESEN JANAK...
09/09/2026

*MAJLIS KESYUKURAN , SAMBUTAN ULANGTAHUN LLN/TNB KE-77* & *PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT STESEN STESEN JANAKUASA KENYIR*

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Kesyukuran dan Sambutan Ulangtahun LLN/TNB ke-77 & Sambutan Bulan Maulid Nabi yang dianjurkan dengan penuh kesyukuran dan semangat kebersamaan warga kerja Tenaga Nasional Berhad.

Majlis disertakan dengan Solat Hajat, Majlis selawat & Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustafa Chik.

Program turut diserikan dengan pertandingan Azan di peringkat kanak2 dan dewasa dan bagi anak anak kecil disediakan pertandingan mewarna.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YDP PKPI SJ Kenyir Tuan Hj M Ahmad Kamal Arbain & diiringi oleh NYDP PKPI SJ Kenyir Tn Hj Halmi Rusman.

Semoga sambutan Maulidur Rasul & ulangtahun LLN / TNB ke-77 ini menjadi titik kesyukuran atas perjalanan panjang LLN/TNB serta menyemarakkan lagi semangat seluruh warga kerja untuk terus bekerja dengan amanah, berkhidmat dengan ikhlas dan membina kerjaya yang diredhai Allah SWT.

“Jadikan setiap usaha dan pekerjaan kita sebagai ibadah kepada Allah.”

PKPI SJ KENYIR

Persatuan Kebajikan Pekerja Islam - PKPI Kebangsaan

Laporan kuliah mingguan untuk bulan Ogos oleh ustaz Mahaly di surau An Nur RTKB.
03/08/2026

Laporan kuliah mingguan untuk bulan Ogos oleh ustaz Mahaly di surau An Nur RTKB.

*PROGRAM KULIAH*❤️ Tarikh:27 Julai 2026 (Isnin)❤️ Masa:Selepas Maghrib❤️ Panel Jemputan:Ust Mustafa Chik❤️ Tempat:Surau ...
27/07/2026

*PROGRAM KULIAH*

❤️ Tarikh:
27 Julai 2026 (Isnin)

❤️ Masa:
Selepas Maghrib

❤️ Panel Jemputan:
Ust Mustafa Chik

❤️ Tempat:
Surau An Nur RTKB

Jamuan disediakan

Semua Muslimin & Muslimat RTKB dijemput hadir

Laporan kuliah mingguan untuk bulan Julai oleh ustaz Mahaly di surau An Nur RTKB.
20/07/2026

Laporan kuliah mingguan untuk bulan Julai oleh ustaz Mahaly di surau An Nur RTKB.

Ziarah Kematian Bapa Ahli PKPI Kenyir di ketereh kelantan di ketuai oleh En Ishaq Sulong dan rakan2 yang lain.
17/07/2026

Ziarah Kematian Bapa Ahli PKPI Kenyir di ketereh kelantan di ketuai oleh En Ishaq Sulong dan rakan2 yang lain.

*MAJLIS KACAU BUBUR AS-SYURA 2026* 🍲Alhamdulillah selesai sudah Majlis Kacau Bubur As-Syura kita pada *13 Julai 2026* be...
17/07/2026

*MAJLIS KACAU BUBUR AS-SYURA 2026* 🍲

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Kacau Bubur As-Syura kita pada *13 Julai 2026* bertempat di *Rumah Pelitawanis - Baitun Nur, RTKB* dari jam *8.00 pagi - 5.00 petang*.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran PGM SSJ Kenyir, Tuan Haji M.Ahmad Kamal bin Arbain bersama isteri yang sudi meluangkan masa bersama-sama mengacau bubur asyura. Terima kasih tak terhingga kepada semua *AJK Pelitawanis, PKPI dan Kelab Kilat* serta semua yang terlibat yang sama-sama turun padang menjayakan majlis tersebut. Dari sediakan bahan-bahan sampai la "kacau tak henti-henti" bubur as syura, semua buat dengan penuh semangat gotong-royong 😍.

Bau harum bubur asyura satu taman perumahan boleh hidu. Paling menarik apabila dapat mengagihkan bubur ni kepada semua staf. Inilah sebenarnya ukhuwah yang kita mahukan. Makan sama-sama, gelak sama-sama, kerja sama-sama.

Semoga dengan sedikit usaha kita ini Allah terima sebagai amal jariah dan mempereratkan lagi silaturahim warga staf SSJ Kenyir. InshaAllah kita jumpa lagi di program seterusnya!

> *"Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut..."*
> _HR. Tirmizi_


Sekitar majlis Muktamar PKPI Peringkat Kebangsaan kali ke 25 yang diadakan di Melaka pada 9hb~10hb Julai yang lepas. Wak...
17/07/2026

Sekitar majlis Muktamar PKPI Peringkat Kebangsaan kali ke 25 yang diadakan di Melaka pada 9hb~10hb Julai yang lepas. Wakil dari PKPI Kenyir yang menghadiri muktamar tersebut adalah YDP, Tuan Haji M.Ahmad Kamal bin Arbain, Mohd Faizal bin Musa, Mohd Hafifi Ahmad Yusmin dan Rafizul bin Duaji. Majlis diadakan setiap tahun bagi mengukuhkan ukhuwah dan semangat ahli selain daripada membincangkan isu-isu semasa ahli-ahli.



Laporan kuliah mingguan oleh ustaz Mahaly di surau An Nur RTKB
08/06/2026

Laporan kuliah mingguan oleh ustaz Mahaly di surau An Nur RTKB

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...Alhamdulillah...30hb Mei 2026...hari terakhir untuk ibadah korban bersamaan *13 Zu...
31/05/2026

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...
Alhamdulillah...
30hb Mei 2026...hari terakhir untuk ibadah korban bersamaan *13 Zulhijjah, 1447H*, *PKPI SSJ Kenyir* dengan kerjasama *Kelab Kilat SSJ Kenyir* dan *Pelitawanis SSJ Kenyir* telah selesai menjalankan ibadah korban bertempat di Residensi TNB Kuala Berang. Dirasmikan oleh *YDP* yang juga *PGM SSJ Kenyir, Tuan Haji M.Ahmad Kamal Arbain*, sebanyak 4 ekor lembu berjaya ditumbangkan dan sembelihan disempurnakan oleh *En. Rafizul Duaji*.

Dengan kehadiran seramai hampir 140 orang peserta dan keluarga, program ibadah korban diserikan dengan acara memotong daging secara gotong royong, bakar lemak dan memasak untuk hidangan makan tengahari. Program selesai sepenuhnya pada jam 2 petang termasuk agihan daging kepada peserta, asnaf dan jiran-jiran.

Terima kasih tidak terhingga kepada peserta-peserta, AJK PKPI, AJK Kelab Kilat, AJK Pelitawanis, para pekerja dan semua ahli keluarga serta komuniti kuarters yang hadir bagi menyempurnakan majlis hari ini. Semoga ibadah korban dan akikah tahun ini diterima Allah SWT.

Pkpi Kebangsaan Tnb

Alhamdulillah...30hb Mei 2026...hari terakhir untuk ibadah korban bersamaan *13 Zulhijjah, 1447H*, *PKPI SSJ Kenyir* den...
30/05/2026

Alhamdulillah...
30hb Mei 2026...hari terakhir untuk ibadah korban bersamaan *13 Zulhijjah, 1447H*, *PKPI SSJ Kenyir* dengan kerjasama *Kelab Kilat SSJ Kenyir* dan *Pelitawanis SSJ Kenyir* telah selesai menjalankan ibadah korban bertempat di Residensi TNB Kuala Berang. Dirasmikan oleh *YDP* yang juga *PGM SSJ Kenyir, Tuan Haji M.Ahmad Kamal Arbain*, sebanyak 4 ekor lembu berjaya ditumbangkan dan sembelihan disempurnakan oleh *En. Rafizul Duaji*.

Dengan kehadiran seramai hampir 140 orang peserta dan keluarga, program ibadah korban diserikan dengan acara memotong daging secara gotong royong, bakar lemak dan memasak untuk hidangan makan tengahari. Program selesai sepenuhnya pada jam 2 petang termasuk agihan daging kepada peserta, asnaf dan jiran-jiran.

Terima kasih tidak terhingga kepada peserta-peserta, AJK PKPI, AJK Kelab Kilat, AJK Pelitawanis, para pekerja dan semua ahli keluarga serta komuniti kuarters yang hadir bagi menyempurnakan majlis hari ini. Semoga ibadah korban dan akikah tahun ini diterima Allah SWT.

Address

Kuala Berang
21700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPI Kenyir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKPI Kenyir:

Shortcuts

Share