PPM Hulu Terengganu

PPM Hulu Terengganu Official page For PPM Hulu Terengganu

Mesyuarat Penolong-Penolong Pesuruhjaya PPMHT telah diadakan pada 10 Mac 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Hulu Tere...
11/03/2026

Mesyuarat Penolong-Penolong Pesuruhjaya PPMHT telah diadakan pada 10 Mac 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Hulu Terengganu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.


22/02/2026

Happy Founder’s Day! ⚜️
22 Februari 2026

Teruskan berbakti.
Teruskan memimpin.
Teruskan mencipta legasi.

Sekalung tahniah atas pelantikan tuan!
04/02/2026

Sekalung tahniah atas pelantikan tuan!

04/02/2026

📌 DIREKTORI KETUA KONTINJEN DAERAH TIJ 100 🇲🇾⚜️

Makluman kepada semua pihak sekolah dan warga Pengakap Negeri Terengganu.

Bagi pendaftaran penyertaan sekolah ke Terengganu International Scout Jamboree 100 Years (TIJ 100), pihak sekolah boleh terus menghubungi Ketua Kontinjen Daerah masing-masing seperti yang tersenarai dalam direktori ini.

Kerjasama dan tindakan awal pihak sekolah amat dihargai bagi memastikan kelancaran urusan pendaftaran dan penyertaan.

✨ Ayuh bersama-sama memeriahkan TIJ 100 dan melakar sejarah Pengakap Terengganu! ✨

boleh muat turut surat-surat berkaitan TIJ 100 disini :
https://mylink.la/tij100


-21/12/2026


Salam Pengakap!Tuan Haji Jalaludin bin Ismail, Pengerusi Majlis Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu (...
20/12/2025

Salam Pengakap!

Tuan Haji Jalaludin bin Ismail, Pengerusi Majlis Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu (PPMHT) bersama Cikgu Halizan bin Mat Yusof, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Cikgu Nasaruddin bin Abu Bakar, Setiausaha Majlis Pengakap Daerah dan para perwakilan PPM Hulu Terengganu telah hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pengakap Negeri Terengganu Kali Ke-30 pada 20 Disember 2025 di Dewan Sri Nariah, Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus.

PPMHT telah menerima sijil penghargaan atas lonjakan pencapaian bilangan keahlian Pengakap perbandingan antara Tahun 2024-2025.

Tahniah!

20/12/2025
KUALA BERANG, 24 NOVEMBER 2025 - Majlis Penyampaian Watikah Penolong Pesuruhjaya Pengakap dan Mesyuarat Majlis Pengakap ...
25/11/2025

KUALA BERANG, 24 NOVEMBER 2025 - Majlis Penyampaian Watikah Penolong Pesuruhjaya Pengakap dan Mesyuarat Majlis Pengakap Daerah Tahun 2025 telah diadakan pada 24 November 2025 bertempat di Dewan Besar Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu, Paya Besar, Kuala Berang.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Abdul Salim bin Adam, Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negeri Terengganu bersama Tuan Haji Jalaludin bin Ismail, Mantan Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang turut merasmikan majlis serta Tuan Halizan bin Mat Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah.

Turut hadir, barisan keanggotaan Majlis Pengakap Daerah, barisan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang menerima tauliah serta barisan Pemimpin Pengakap Kumpulan di daerah Hulu Terengganu.

PPM Hulu Terengganu turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada adik Muhammad Imran Zuhri bin Zul Ghafar, ahli Pengakap Kanak-kanak Kumpulan HT54 SK Binjai Kertas yang ditimpa musibah kebakaran pada 10 November 2025 lalu.

Akhirnya, sekalung tahniah Tuan Haji Jalaludin Ismail atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pengakap Daerah.

Semoga PPMHT terus mantap untuk kalendar tahun 2026.


Penghargaan kepada semua yang menjayakan.
25/10/2025

Penghargaan kepada semua yang menjayakan.

25/10/2025
MAJLIS PENUTUP KEM UJIAN LENCANA PKK PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA HULU TERENGGANU TAHUN 202524 OKTOBER 2025 | JUMAAT | ...
24/10/2025

MAJLIS PENUTUP KEM UJIAN LENCANA PKK PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA HULU TERENGGANU TAHUN 2025

24 OKTOBER 2025 | JUMAAT | 10.00 PAGI |
PUSAT KO DAERAH KEM SERI GUNUNG

Perasmian penutup kem telah disempurnakan oleh Cikgu Halizan bin Mat Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.

Kem ujian lencana kali ini melibatkan penyertaan seramai 67 peserta dari 15 buah sekolah rendah di daerah Hulu Terengganu. Mereka telah melepasi dengan jayanya beberapa ujian dalam skim Lencana Keris Gangsa dan Perak dalam perkhemahan selama 3 hari 2 malam bermula 22-24 Oktober 2025.

Pihak PPMHT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem kali ini.

Pautan gambar: https://photos.app.goo.gl/VatBMqEhJLm5RURf9

Jumpa lagi.



Address

Jalan Besar Kuala Berang
Kuala Berang
21700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPM Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share