JPKK Kg. Lukut Kota Tinggi

Directions Contact the organization

JPKK Kg. Lukut Kota Tinggi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKK Kg. Lukut Kota Tinggi, Community Center, Kg Lukut, Kota Tinggi.

Alhamdulillah, segalapuji bagi Allah. Telah selesai program Ambang merdeka Kg. Lukut dgn begitu jayanya. Saya bagi pihak...
31/08/2026

Alhamdulillah, segalapuji bagi Allah. Telah selesai program Ambang merdeka Kg. Lukut dgn begitu jayanya. Saya bagi pihak jpkk kg. Lukut ingin merakamkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih kpd seluruh warga yg menjayakan program ini.pihak jpkk sedaya upaya utk melaksanakan program sebaik mungkin kpd yg berjaya tahniah.yg lebih penting ukhuwah persaudaraan diantara kita tetap terjalin erat . Selamat menyambut hari kebangsaan yg ke 69
, merdeka, merdeka #

T. Kasih

*PERTANDINGAN PENCAHAYAAN LORONG SEMPENA AMBANG MERDEKA 2026 ANJURAN JPKK KAMPUNG LUKUT KOTA TINGGI.*Permarkahan Pencaha...
24/08/2026

*PERTANDINGAN PENCAHAYAAN LORONG SEMPENA AMBANG MERDEKA 2026 ANJURAN JPKK KAMPUNG LUKUT KOTA TINGGI.*

Permarkahan Pencahayaan Lorong akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 29.8.2026
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 malam
Lorong yang dinilai
1.Lorong Sentosa
2.Lorong Abu Nawas
3.Lorong Ampang
4.Lorong Hikmah
5.Lorong Amanah
6.Lorong Amanah 1
7.Lorong Sahabat
8.Lorong Maju
9.Lorong Setia
10.Lorong Bahagia 1
11.Lorong Bahagia 2
12.Lorong Hajah Halijah Adam
14.Lorong Jasa Muafakat
14.Lorong Muafakat.

*Syarat Pertandingan.*

1.TEMA Hari Kebangsaan

2.Mula di Lorong Sentosa jam 8.00 malam.dan tamat di Lorong Muafakat

3.Kerjasama Komuniti Lorong Sentosa, Lorong Abu Nawas, Lorong Ampang dan Lorong Hikmah perlu berada di lorong sebelum jam 8.00 malam

4.Pemarkahan diberi masa 15 minit. 13 minit untuk tiupan wisel pertama dan Tiupan wisel kedua 15 minit masa tamat.

5.Makan dan minuman untuk pengadil *TIDAK DIBENARKAN*

6.Pemarkahan penuh 120%
a) Pencahayaan Lampu, Susun Atur Lampu Hiasan - 30%
b) Info Kemerdekaan - 30%
c) Kreativiti Hiasan Gerbang/Rekacipta/Banner - 30%
d) Protokol Susun Atur Bendera/Kekemasan - 20%
e) Semangat Kerjasama Komuniti/Lorong - 10%

7 Juri Professional dari
a) Tourism Negeri Johor/Malaysia(Wakil)
b) Motac Negeri Johor.

8.Keputusan Pengadil Muktamad

Ayuh kita hias lorong kita penuh semangat Hari Kebangsaan dan pencahayaan lampu

"PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN INFAK JUMAAT*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.DUN Panti N.34 dan ...
21/08/2026

"PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN INFAK JUMAAT*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DUN Panti N.34 dan JPKK Kampung Lukut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, atas sumbangan Infak Jumaat yang telah disalurkan kepada masyarakat di negeri Johor.

Alhamdulillah, Masjid Jamek Kampung Lukut, yang berada dalam kawasan DUN Panti N.34, turut menerima sumbangan Infak Jumaat pada hari ini, Jumaat, 21 Ogos 2026.

Sumbangan ini amat bermakna kepada warga kampung dan jemaah Masjid Jamek Kampung Lukut.

Ia juga mencerminkan keprihatinan serta perhatian YAB Menteri Besar Johor terhadap kebajikan masyarakat dan institusi masjid.

DUN Panti N.34 dan JPKK Kampung Lukut, bersama seluruh warga Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang, ingin merakamkan ucapan setulus hati:

TERIMA KASIH YAB MENTERI BESAR JOHOR

atas sumbangan Infak Jumaat kepada warga kampung di Masjid Jamek Kampung Lukut.

Semoga segala sumbangan, usaha dan keprihatinan YAB Menteri Besar Johor mendapat keberkatan serta ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

*JPKK KAMPUNG LUKUT*Assalamualaikum W.B.T.πŸŽ€πŸ‡²πŸ‡Ύ *PERTANDINGAN KARAOKE AMBANG MERDEKA 2026*πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ€JPKK Kampung Lukut mempelawa ...
08/08/2026

*JPKK KAMPUNG LUKUT*

Assalamualaikum W.B.T.

πŸŽ€πŸ‡²πŸ‡Ύ *PERTANDINGAN KARAOKE AMBANG MERDEKA 2026*πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ€

JPKK Kampung Lukut mempelawa seluruh warga Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang untuk menyertai Pertandingan Karaoke Ambang Merdeka 2026 bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

πŸ“Œ *TARIKH PENTING*

1️⃣ *Tarikh Tutup Penyertaan*
πŸ“… 17 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 12.00 tengah hari

2️⃣ *Tarikh Saringan Karaoke*
πŸ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 2.30 petang

3️⃣ *Final Karaoke Ambang Merdeka 2026*
πŸ“… 30 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 10.30 malam

🎀 *SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN*

βœ… Penyertaan adalah *PERCUMA*.

βœ… Terbuka kepada warga Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang sahaja.

βœ… Peserta hendaklah menyediakan lagu patriotik.

πŸ“Š PEMARKAHAN
🎀 Vokal – 40%
❀️ Penghayatan Lagu – 25%
🎢 Suara & Nyanyian – 20%
⭐ Persembahan – 15%
*Jumlah: 100%*

βš–οΈ Keputusan panel pengadil adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dipertikaikan.

πŸ“ž *Untuk penyertaan,*
sila hubungi:

1. En. Amran bin Saari
019-771 8258

2. En. Sharudin bin Abd Rashid
017-824 3109

πŸŽ‰ Ayuh sertai pertandingan ini dan bersama-sama memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka 2026.

πŸ“’ Semua warga kampung dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.


Sharudin Abd Rashid

08/08/2026

*JPKK KAMPUNG LUKUT*

Assalamualaikum W.B.T.

πŸ‡²πŸ‡Ύ *PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA PENGERUSI LORONG & SEMBANG SANTAI ANAK MUDA BERSAMA YB DR. NAQIB, ADUN N34 PANTI* πŸ‡²πŸ‡Ύ

Adalah dimaklumkan kepada semua warga Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang bahawa program Penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengerusi Lorong Komuniti Madani Kampung Lukut serta Sembang Santai Anak Muda Bersama YB Dr. Naqib, ADUN N34 Panti akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Semerah Padi, Kampung Lukut

πŸ‡²πŸ‡Ύ *PENYERAHAN JALUR GEMILANG*

Setiap lorong diminta menghantar 3 orang wakil termasuk Pengerusi Lorong bagi menerima Jalur Gemilang sebagai wakil lorong masing-masing.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦*SEMBANG SANTAI ANAK MUDA*

Kepada anak-anak muda Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang, ayuh hadir beramai-ramai untuk bersama-sama dalam sesi sembang santai bersama YB Dr. Naqib, ADUN N34 Panti.

Gunakan peluang ini untuk berkongsi pandangan, cadangan dan idea-idea bernas demi kebaikan serta kemajuan kampung kita bersama.

πŸ‡²πŸ‡Ύ *AYUH SEMARAKKAN SEMANGAT MERDEKA*πŸ‡²πŸ‡Ύ

Kehadiran dan kerjasama semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

06/08/2026

*JPKK KAMPUNG LUKUT*

*PEMASANGAN CCTV DAN HABITAT GAJAH*

Assalamualaikum W.B.T..

Adalah dimaklumkan kepada semua warga Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang, khususnya warga Komuniti Lorong Maju, bahawa satu program berkaitan pemasangan CCTV serta habitat gajah akan dilaksanakan dengan kerjasama:

1. ZSL – Thailand
2. Universiti Malaysia Pahang
3. Malaysian Science Endowment Fund
4. International Science Partnership Fund

Sehubungan itu, semua warga Komuniti Lorong Maju dijemput hadir bagi mendapatkan penerangan dan maklumat berkaitan program tersebut.

*KETETAPAN PROGRAM*

Tarikh: 7 Ogos 2026
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Semerah Padi, Kampung Lukut

Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah dihargai bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik demi keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan komuniti setempat.

Kehadiran tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

*ALHAMDULILLAH, JALAN KAMPUNG LUKUT DAN KAMPUNG BUKIT LINTANG DITURAP*Pada tahun 2023, JPKK Kampung Lukut telah mengemuk...
24/07/2026

*ALHAMDULILLAH, JALAN KAMPUNG LUKUT DAN KAMPUNG BUKIT LINTANG DITURAP*

Pada tahun 2023, JPKK Kampung Lukut telah mengemukakan beberapa permohonan kepada pihak berkaitan bagi kerja-kerja menurap jalan raya di beberapa lorong yang berada di bawah pentadbiran JPKK Kampung Lukut.

Alhamdulillah, pada 23 Julai 2026, beberapa lorong di Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang telah berjaya diturap dan dinaik taraf.

Bagi pihak JPKK Kampung Lukut dan seluruh warga kampung, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atas kerjasama, perhatian dan sokongan yang telah diberikan sehingga permohonan ini dapat direalisasikan.

Semoga kemudahan jalan raya yang telah ditambah baik ini dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada seluruh penduduk Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang.

Terima kasih KKDW.
Alhamdulillah, usaha dan doa akhirnya membuahkan hasil.

Terima kasih Mantan DUN N34 YB Hahasrin Hashim

.
En Amran Saari Ketua Kg Lukut
Tuan Hj Aidil Masih Penghulu Mukim Kota Tinggi
Sharudin Abd Rashid

ASSALAMUALAIKUM WBT.Adalah dimaklumkan kepada semua warga kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang pada 22.7.2026 mesyuar...
23/07/2026

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Adalah dimaklumkan kepada semua warga kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang pada 22.7.2026 mesyuarat JPKK kali Ke 4 telah dilaksanakan.

Ada beberapa perkara yang kami dapat berikan sedikit maklumat.

Sempena kedatangan Bulan Ogos merupakan Bulan Hari Kebangsaan. Maka JPKK akan buat beberapa aktiviti untuk menyambut ketibaan Hari Kebangsaan 2026 seperti berikut:

Bulan Julai/2026.

1.*Penyerahan Jalur Gemilang kepada Setiap Pengerusi Lorong*
Tarikh : 30.7.2026
Hari : Khamis
Masa : 3.30 ptg
Tempat : Dewan Semerah Padi Kampung Lukut.

Penglibatan :
1. 14 Pengerusi Lorong
2. AJK JPKK
3. Pegawai Penerangan Daerah Kota Tinggi.

Bulan Ogos/2026

2.*PERTANDINGAN PENCAHAYAAN LORONG SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026. ( TEMA HARI KEBANGSAAN)*

Permarkahan Pencahayaan Lorong akan dibuat pada ketetapan berikut:

Tarikh : 29.8.2026
Masa : 8.00 malam
Hari : Sabtu
Tempat: Setiap Lorong
( Mohon kerjasama setiap komuniti lorong dapat kerjasama)
*Ada lawatan pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang

3 *PERBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT KOMUNITI MADANI KAMPUNG LUKUT*

Perbarisan ini terdiri dari Komuniti Madani Kampung Lukut.

Perarakan Kontinjen akan dibuat pada waktu malam dan setiap Kontinjen minima seramai 12 orang

Perarakan Kontinjen akan dibuat seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30.8.2026
Hari : Ahad
Masa : 9.00 malam.
1.Kontinjen perarakan berkumpul di Dataran Ampang.

2.Perarakan Kontinjen
β˜…Bermotor β˜… ATV β˜…Kereta berhias β˜…Basikal.
Semua akan berkumpul dihadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang.

Kami dari JPKK mengucapkan terima Kasih pada warga komuniti Kampung kerana dapat memberi kerjasama.

Segala perubahan jadual JPKK akan memaklumkan kepada warga kampung.

Sekian terima kasih.


Tok Amran Saari
Tok Penghulu Aidil Masih

02/06/2026

Pakej ATV JPKK Kg Lukut.

2.6.2026

01/06/2026

1.6.2026

PAKEJ ATV JPKK KAMPUNG LUKUT.

Address

Kg Lukut
Kota Tinggi
81900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kg. Lukut Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK Kg. Lukut Kota Tinggi:

Shortcuts

Share