06/11/2022
Hari ni dapat sekotak kulit bawang dari pekedai. Happy bukan main.😁
Mungkin ramai yang dah tahu. Tapi x salahkan kita berkongsi tips dengan yang belum maklum.
Kulit bawang sebenarnya berguna sebagai penggalak akar kepada tanaman. Jika selalu diamalkan pokok akan jadi lebih sihat kerana akar berperanan menyerap nutrien @ zat galian dari tanah @ persekitaran bagi tujuan pembesarannya. Jadi jika akar sihat tentu tanaman juga akan begitu.
Cara menggunakannya mudah sahaja. Masukkan apa2 jenis kulit bawang ke dalam mana2 bekas. Campurkan air. Rendamkan sekejap. Pastu jirus ke pokok.
Cubalah!
Kredit : Norahim Ibrahim