NADI Felda Bukit Aping Barat

Directions Website Contact the organization

NADI Felda Bukit Aping Barat Laman Facebook Rasmi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) FELDA Bukit Aping Barat

3 HARI LAGI! Program MADANI Kita 2026 bersama Komuniti Larkin bakal berlangsung hujung minggu ini!📅 Ahad, 16 Ogos 2026🕘 ...
13/08/2026

3 HARI LAGI! Program MADANI Kita 2026 bersama Komuniti Larkin bakal berlangsung hujung minggu ini!

📅 Ahad, 16 Ogos 2026
🕘 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Dewan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru

Swipe untuk lihat antara aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI sepanjang program!

Nantikan pelbagai lagi inisiatif, aktiviti dan perkhidmatan menarik daripada agensi-agensi Kerajaan yang turut serta.

Jom datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda di Larkin!





Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa d...
12/08/2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

📚 Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

👕 Program Pakaian Sekolah NADI
✅ Harga istimewa untuk Ahli NADI
✅ Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
✅ Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
✅ Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

📍 Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
📱 Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
✋🏻 Malaysia Madani

📢 Warga Johor Bahru, jom luangkan hujung minggu anda bersama keluarga dan rakan-rakan di Program MADANI Kita 2026!📅 Ahad...
12/08/2026

📢 Warga Johor Bahru, jom luangkan hujung minggu anda bersama keluarga dan rakan-rakan di Program MADANI Kita 2026!

📅 Ahad, 16 Ogos 2026
🕘 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Dewan Kampung Melayu Majidee, Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru

Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan menarik menanti anda, antaranya:

🎮 Pertandingan Mobile Legends, Freeplay e-Racing & eFootball
📸 Gambar pasport digital PERCUMA dengan pilihan latar belakang biru, putih atau merah
📱 Tukar pelindung skrin PERCUMA
🩺 Pemeriksaan dan saringan kesihatan serta pergigian
💡 Pameran dan aktiviti Perkhidmatan Pintar NADI
🛍️ Jualan produk usahawan NADI
🛒 Jualan RAHMAH, Agro MADANI dan Produk perikanan
🪖 Pertukaran topi keledar & Perkhidmatan Van Mobile JPJ

Turut disediakan pelbagai pameran, aktiviti dan perkhidmatan daripada agensi-agensi Kerajaan, termasuk MyDigital ID, eKasih, Sejahtera MADANI, demonstrasi CPR, Flying Fox, Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) dan banyak lagi!

Jom ramai-ramai, manfaatkan perkhidmatan yang disediakan dan meriahkan Program MADANI Kita 2026!





🔒 RANGKAIAN PROGRAM KESELAMATAN SIBER & WEBINAR NADI OGOS 2026 🔒Tingkatkan pengetahuan keselamatan digital anda dengan m...
10/08/2026

🔒 RANGKAIAN PROGRAM KESELAMATAN SIBER & WEBINAR NADI OGOS 2026 🔒

Tingkatkan pengetahuan keselamatan digital anda dengan menyertai pelbagai siri program dan webinar percuma anjuran NADI x Cybersecurity!

🧹 SIRI CYBER HYGIENE (SESI LIVE)
📌 Topik: Bila Data Terpadam: Cara Pulih & Susun Semula
📅 Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 3.00 PM – 4.00 PM

📋 SYARAT PENYERTAAN:
✅ Berdaftar sebagai ahli NADI

📞 Daftar Sekarang:
Tempat adalah terhad. Klik pautan di bawah untuk pendaftaran atau maklumat lanjut: 👉 https://wa.me/601162961574

Jangan lepaskan peluang ini! Untuk sertai secara terus (live) pastikan anda berdaftar sebagai ahli NADI terlebih dahulu. 🚀✨

🚀 TINY TECHIES – JOM TEROKAI DUNIA TEKNOLOGI! 🤖💻✨ SIRI 5 | 15 OGOS 2026 (SABTU)🐍 PYTHON IN ANIMATION – FIZIK DAN PERGERA...
10/08/2026

🚀 TINY TECHIES – JOM TEROKAI DUNIA TEKNOLOGI! 🤖💻

✨ SIRI 5 | 15 OGOS 2026 (SABTU)

🐍 PYTHON IN ANIMATION – FIZIK DAN PERGERAKAN
🕙 10.00 AM – 11.00 AM
📌 Pelajari graviti, limitasi arah & pergerakan karakter serta permainan digital 2 arah!

🤖 ROBOTIC INNOVATION – SISTEM PENDERIA KELEMBAPAN
🕦 11.30 AM – 12.30 PM
📌 Kenali penderia kelembapan tanah, paparkan nilai pada LCD dan bina sistem automasi!

🌟 Belajar • Eksperimen • Cipta • Inovasi!

Jangan lepaskan peluang untuk anak-anak meneroka Python, Robotik & teknologi digital secara menarik dan interaktif! 💡

📍 Jom sertai TINY TECHIES bersama NADI Felda Bukit Aping Barat

📞 WhatsApp untuk pertanyaan / pendaftaran:
📱 NADI Felda Bukit Aping Barat: https://wasap.my/601162961574/tinytechies

📢✨ Cipta Video Kreatif dengan AI!Jom sertai bengkel menarik ini dan pelajari cara menghasilkan video kreatif dengan lebi...
10/08/2026

📢✨ Cipta Video Kreatif dengan AI!

Jom sertai bengkel menarik ini dan pelajari cara menghasilkan video kreatif dengan lebih mudah, pantas dan pintar menggunakan teknologi AI! 🎬🤖

📅 Tarikh: 13 Ogos 2026
🕘 Masa: 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
👩‍🏫 Trainer: Ms. Suraya Binti Md Suyod
📍 Lokasi: Atas Talian (Program AI@NADI)
🎓 Sijil Penyertaan Disediakan

Anda akan belajar:

•Konsep AI sebagai pembantu kreatif

•Etika penggunaan AI dengan bertanggungjawab

•Teknik menghasilkan prompt berkualiti

•Menggunakan AI untuk papan cerita

•Menjana, menyunting & menerbitkan video dengan AI

🌟 Tingkatkan kreativiti anda, jimat masa & hasilkan video berkualiti tinggi!

👉 Berminat? Datang ke NADI Felda Bukit Aping Barat atau tekan link wa.me/01162961574 untuk pendaftaran.

09/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting 👆 rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satu…di mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak p**ak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

09/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim “Pay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍, 𝐇𝐎𝐑𝐓𝐈𝐊𝐔𝐋𝐓𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐀𝐇𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈!Detik yang dinanti-nantikan akhirny...
09/08/2026

𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍, 𝐇𝐎𝐑𝐓𝐈𝐊𝐔𝐋𝐓𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐀𝐇𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.

📅 𝟐𝟖 𝐎𝐠𝐨𝐬 – 𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
🕙 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦
📍 𝐌𝐀𝐄𝐏𝐒 𝐒𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




08/08/2026

📢 Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

📅 Sabtu, 8 Ogos 2026
🕒 3.00 Petang
📍 YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

💬 Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



Address

WISMA JKKR/KOPERSI FELDA BUKIT APING BARAT, KOTA TINGGI
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Felda Bukit Aping Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Felda Bukit Aping Barat:

Shortcuts

Share