10/10/2024
Assalammualaikum wbt...
rasulullah pun berkerja hari jumaat. Memuliakan hari jumaat bukan dengan bercuti.
1) Surah Al Jumaah ayat 9-10:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: "wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kepada mengingati Allah, DAN TINGGALKAN JUAL BELI, demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Maka apabila selesai menunaikan solat (Jumaat), bertebaranlah kamu semua di atas muka bumi, carilah dari kelebihan yang Allah sediakan untuk kamu dan ingatlah akan Allah banyak-banyak, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan."
2) Dalam riwayat Abu Daud, 'Aisyah berkata:
كَانَ النَّاسُ مُهَّانَ أَنْفُسِهِمْ فَيَرُوحُونَ إِلَى الْجُمُعَةِ بِهَيْئَتِهِمْ فَقِيلَ لَهُمْ لَوْ اغْتَسَلْتُمْ
Maksudnya: "Dahulunya para sahabat bekerja sendiri, mereka hadir ke solat Jumaat dengan keadaan mereka itu (berpeluh dan berbau). Lalu dikatakan kepada mereka: "Kalaulah kamu semua mandi terlebih dahulu (bagi kebersihan dan menghilangkan bau)"
3) Imam Malik bin Anas, salah seorg guru Imam Syafie berpandangan Makruh bercuti pada hari Jumaat, beliau berkata:
لا ينبغي للإمام أن يمنع أهل الأسواق من البيع يوم الجمعة .
Maksudnya: "Tidak sepatutnya bagi pemerintah menghalang para peniaga dari berniaga pada hari Jumaat."
Hadis dan ayat quran menunjukkan hari jumaat bukan hari bercuti pada zaman rasulullah. Tidak bercuti pada hari jumaat bukan kayu pengukur pegangan agama seseorang.