MBFM Wilayah Johor Bahru

Call Directions Website

MBFM Wilayah Johor Bahru Bakti disemai, bukti dituaiBerilmu, Berbudaya dan Berketrampilan
(1)

10/07/2026
20/06/2026

Majlis Belia FELDA Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU - Majlis Belia FELDA Malaysia menyambut baik keputusan kerajaan Johor untuk meneruskan program bagi meraikan para peneroka FELDA di negeri ini.

Timbalan Presidennya, Muhammad Mustaqim Hassan berkata, beliau berterima kasih kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas keperihatinan terhadap warga FELDA.

"Kami dari Majlis Belia FELDA Malaysia berharap kepimpinan ini akan terus kekal demi membela nasib warga peneroka FELDA," katanya menerusi ruangan komen di media sosial.

Semalam Mynewshub melaporkan kerajaan Johor akan meneruskan program meraikan para peneroka FELDA di negeri ini walaupun FELDA membatalkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 yang sepatutnya berlangsung pada 20 hingga 21 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip dipetik berkata, ia termasuk penyerahan hak milik kepada 210 peneroka FELDA Johor yang akan disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

"Kerajaan Johor sedang berikhtiar untuk meneruskan majlis penyerahan hak milik kepada 210 orang peneroka ini yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"Insya-Allah, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan menyampaikan sendiri dan mungkin program ini tidak sebesar sambutan Hari Peneroka, tetapi ia tetap juga dijalankan untuk menyampaikan amanah kami," katanya. - MYNEWSHUB

17/06/2026

SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA NEGERI JOHOR 2026 DIARAH TIDAK DITERUSKAN

1. Kerajaan Negeri Johor mengambil maklum bahawa pihak FELDA Negeri Johor telah diarahkan supaya tidak meneruskan penganjuran Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 21 Jun 2026 di FELDA Ulu Belitong, Kluang.

2. Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor merupakan acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh warga FELDA di negeri ini sebagai wadah menghimpunkan warga FELDA Johor dalam suasana penuh muafakat dan kebersamaan.

3. Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri Johor bersama pihak FELDA telah merancang pelbagai pengisian bagi meraikan dan menghargai jasa serta sumbangan warga peneroka dan generasi yang telah sekian lama menjadi tunjang pembangunan negeri dan negara.

4. Antara pengisian utama yang dirancang termasuk penyerahan hak milik kepada seramai 210 peneroka, selain pelbagai program pembangunan komuniti, pameran agensi, aktiviti belia dan keluarga serta inisiatif kebajikan yang memberi manfaat secara langsung kepada warga FELDA.

5. Sambutan ini juga dirancang sebagai kemuncak kepada pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk masyarakat FELDA sepanjang tahun, termasuklah bantuan kebajikan, Bantuan Kasih Johor, Bakul Kasih Johor, pembangunan infrastruktur, pemberian lot generasi kedua, geran pentadbiran JKKR, GPW serta pelbagai bentuk sokongan lain yang telah dilaksanakan secara berterusan. Secara keseluruhannya, lebih RM35 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada warga FELDA bagi tempoh 2022 hingga Jun 2026.

6. Sebagai persediaan menjayakan program ini, Kerajaan Negeri Johor meluluskan peruntukan kepada pihak FELDA bagi menjayakan sambutan ini, serta melaksanakan pelbagai persiapan dan penyelarasan dengan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, pihak FELDA dan jawatankuasa di peringkat rancangan.

7. Malah, kehadiran lebih 5,000 warga FELDA daripada 73 rancangan FELDA seluruh Negeri Johor telah mengesahkan kehadiran mereka bagi menjayakan sambutan ini.

8. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Johor berlapang dada menerima keputusan yang dimaklumkan pada 16 Jun 2026, agar program tersebut tidak diteruskan, meskipun ia hanya berbaki empat hari sebelum tarikh pelaksanaannya.

9. Kerajaan Negeri Johor merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan serta kepada seluruh warga FELDA yang telah memberikan komitmen dan sokongan terhadap sambutan ini.

10. Insya-Allah, komitmen Kerajaan Negeri Johor untuk terus menghargai, membela dan memperjuangkan kebajikan warga FELDA tidak akan pernah terhenti. Segala usaha yang dirancang demi kesejahteraan masyarakat FELDA akan terus dilaksanakan.

11. Sesungguhnya warga FELDA akan sentiasa menjadi sebahagian penting daripada keluarga besar Bangsa Johor yang terus diberikan perhatian dan keutamaan oleh Kerajaan Negeri Johor.

12. ⁠Walaupun penangguhan ini bukan dari pihak kami, namun atas rasa tanggungjawab kami mohon maaf atas penangguhan di saat akhir ini.

Sekian, Terima Kasih

DATO’ ZAHARI SARIP
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

08/04/2026
Salam Aidilfitri 1447H / 2026MDengan penuh rasa syukur dan rendah hati, Majlis Belia FELDA Wilayah Johor Bahru mengucapk...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H / 2026M

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, Majlis Belia FELDA Wilayah Johor Bahru mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga FELDA, para belia, keluarga serta masyarakat Islam yang menyambut lebaran.

Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, perpaduan dan semangat kebersamaan dalam membina komuniti yang lebih harmoni, sejahtera dan berdaya maju.

Semoga segala amalan di bulan Ramadan diterima Allah SWT dan Aidilfitri ini diraikan dengan penuh kesyukuran, keinsafan serta kebahagiaan bersama insan tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

20/03/2026
17/03/2026

Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Johor.

15/02/2026

Address

Kota Tinggi
81900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MBFM Wilayah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share