FELDA Bukit Wa Ha

FELDA Bukit Wa Ha FELDA Bukit Wa Ha Telah Dibangunkan Pada 1974 & Kemasukan Peneroka Pada Tahun 1980. FELDA Bukit Wa Ha Terletak Di Daerah Kota Tinggi Johor DT.

Seramai 364 Orang Peneroka Telah Ditempatkan Di 16 Buah Blok Yang Terdapat Didalam Rancangan Ini.

10 Jun 2026 (Rabu) Di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Wa Ha Pada Jam 8.00 Pagi Sehingga 12.30 Tengahari Telah Berlangsung ...
10/06/2026

10 Jun 2026 (Rabu) Di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Wa Ha Pada Jam 8.00 Pagi Sehingga 12.30 Tengahari Telah Berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Peneroka Felda Bukit Wa Ha Kota Tinggi Berhad Kali Ke 43 Yang Telah Dirasmikan Oleh En Sufian bin Nanta Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kota Tinggi/Mersing. Kehadiran Pada Hari Ini Adalah Seramai 477 Ahli Koperasi.

10/06/2026
10/06/2026

📚 TINGKATKAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS ANDA! 📚
Sertai Kursus Intensif Bahasa Inggeris dan kuasai komunikasi dengan lebih yakin! 🗣️✨

✅ Pembelajaran interaktif & latihan intensif untuk penguasaan yang lebih efektif
✅ Sesuai untuk pelajar yang ingin meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris
Tempat TERHAD!
Daftar SEKARANG! 📩🔥

09/06/2026

Program Penyasaran Semula Subsidi Diesel Kepada Peneroka FELDA

FELDA telah memulakan pelaksanaan agihan bantuan subsidi diesel kepada peneroka melalui bayaran pada paysheet peneroka bermula bulan September 2024. Agihan ini melibatkan jumlah keseluruhan penggunaan peruntukan sebanyak RM82.7 juta sehingga Julai 2025.

Bagi tahun 2026, agihan bantuan subsidi diesel kepada warga peneroka FELDA diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM60 juta yang diberikan oleh kerajaan bertujuan untuk meringankan beban peneroka dalam menguruskan kos operasi ladang susulan langkah penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia yang telah bermula pada Januari 2026.

FELDA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan dan komitmen yang berterusan ini, yang memberikan manfaat besar kepada kesejahteraan peneroka serta kemajuan sektor komoditi perladangan negara amnya.



Warga Felda Bukit Wa Ha Di Penilaian Akhir AKRF 2026 FELDA LOK HENG TIMUR…
09/06/2026

Warga Felda Bukit Wa Ha Di Penilaian Akhir AKRF 2026 FELDA LOK HENG TIMUR…



09/06/2026
Pencapaian Felda Bukit Wa Ha Sehingga Bulan Mei 2026…   #𝗠𝗮𝗷𝘂𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿
08/06/2026

Pencapaian Felda Bukit Wa Ha Sehingga Bulan Mei 2026…



#𝗠𝗮𝗷𝘂𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿

08/06/2026

APA BESTNYA KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI? 🎓✨

Masih mencari laluan pendidikan selepas SPM? Kolej Komuniti Kota Tinggi menawarkan peluang pendidikan TVET yang berkualiti dengan yuran yang berpatutan serta pembelajaran yang lebih praktikal dan berorientasikan industri.

✅ Yuran pengajian berpatutan
✅ Pembelajaran praktikal dan hands-on
✅ Pensyarah berpengalaman
✅ Peluang menyambung pengajian dan kerjaya
✅ Lokasi strategik dan mesra komuniti
✅ Persekitaran pembelajaran yang kondusif

Di Kolej Komuniti Kota Tinggi, anda bukan sahaja memperoleh ilmu dan kemahiran, malah berpeluang membina masa depan yang lebih cerah melalui pendidikan TVET yang relevan dengan keperluan industri semasa.

📲 Hubungi Pegawai Pengambilan Pelajar:
Pn. Siti Zubaidah binti Sulaiman
👉 https://wa.me/60102203431

🌟 Jom bina masa depan bersama KKKTJ!








08/06/2026

KUALA LUMPUR: Isu gula tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia bukan lagi sekadar nasihat biasa di klinik. Data NHMS 2023 menunjukkan kira-kira 1 daripada 6 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, dengan sebahagian besar masih tidak mengetahui status kesihatan mereka.

Di sebalik segelas teh tarik, air manis, kuih harian dan nasi yang diambil berulang kali, gula berlebihan yang tidak terkawal boleh mula mencederakan saluran darah secara perlahan-lahan.

Yang menakutkan tentang gula tinggi bukan sakitnya pada hari ini. Yang menakutkan ialah kerosakannya berlaku perlahan-lahan, senyap-senyap, sampai satu hari badan mula memberi tanda yang lebih berat.

Sebab itu bacaan gula bukan sekadar nombor. Ia adalah mesej daripada tubuh.

Bila gula terkawal, kita bukan sekadar menjaga darah. Kita sedang menjaga mata yang mahu terus melihat, kaki yang mahu terus melangkah, buah pinggang yang mahu terus bekerja, dan jantung yang mahu terus berdenyut untuk orang-orang yang kita sayang.

Jaga gula bukan sebab takut dimarahi doktor.

Jaga gula sebab tubuh ini satu-satunya rumah yang kita ada.

Address

FELDA Bukit Wa Ha
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Bukit Wa Ha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FELDA Bukit Wa Ha:

Share