Kawasan Rukun Tetangga - KRT Zon 2 Taman Sri Saujana Kota Tinggi Johor

Directions

Kawasan Rukun Tetangga - KRT Zon 2 Taman Sri Saujana Kota Tinggi Johor Mengeratkan silaturrahim komuniti setempat sambil menjalankan aktiviti berfaedah

Pertandingan Make Up Motor KRT Zon 2 Cantik-cantik motornya😃
07/07/2026

Pertandingan Make Up Motor

KRT Zon 2

Cantik-cantik motornya😃

Latihan KompangKRT Zon 2
06/07/2026

Latihan Kompang

KRT Zon 2

Majlis Semarak Sihat ❌ Johor Bersih7/6/2026KRT Zon 2 Taman Sri Saujana
08/06/2026

Majlis Semarak Sihat ❌ Johor Bersih
7/6/2026
KRT Zon 2 Taman Sri Saujana

Majlis Korban KRT Zon 2 Taman Sri Saujana Telah belangsung majlis Korban AidilAdha peringkat Zon 2 bersama-sama dengan S...
02/06/2026

Majlis Korban KRT Zon 2 Taman Sri Saujana

Telah belangsung majlis Korban AidilAdha peringkat Zon 2 bersama-sama dengan Surau Nurul Yaqin.
Alhamdulillah, telah ramai turun padang dan bersama-sama menjayakan aktiviti ini.

Bawa pukat menjala ikan,
Pasang lukah di Sungai Hulu,
Hidup muafakat harus amalkan,
Jiran tetangga saling memerlukan

Semoga kerjasama ini berterusan dimasa akan datang.

Jazakallah

‼️‼️🌳🪵🚜🪚🪏🪵🚜🌳🪵🚜‼️‼️GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TUNGGUL POKOK‼️‼️🌳🪵🚜🪚🪏🪵🚜🌳🪵🚜‼️‼️Pada pagi ini telah berlangsungnya aktiviti ...
20/04/2026

‼️‼️🌳🪵🚜🪚🪏🪵🚜🌳🪵🚜‼️‼️

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TUNGGUL POKOK

‼️‼️🌳🪵🚜🪚🪏🪵🚜🌳🪵🚜‼️‼️

Pada pagi ini telah berlangsungnya aktiviti membersihkan tinggalan tunggul pokok di Dataran KRT Zon 2.

Terima kasih kepada yang meluangkan masa bersama-sama dalam aktiviti ini. Semoga kerjasama ini berterusan dimasa akan datang.

Padi menguning di tengah sawah,
Anak gembala meniup seruling;
Kerja yang sukar menjadi mudah,
Jika semua saling membantu.

Jazakallah

💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹MARHABAN & JAMUAN BAGI SAMBUTAN HARI RAYA 1447H DI BALAI KOMUNITI SS 2 TAMAN SRI SAUJANA💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹💐Telah berlang...
20/04/2026

💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹

MARHABAN & JAMUAN BAGI SAMBUTAN HARI RAYA 1447H DI BALAI KOMUNITI SS 2 TAMAN SRI SAUJANA

💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹💐

Telah berlangsung sambutan Hari Raya anjuran KRT Zon 2 Taman Sri Saujana pada hari Ahad 19/04/2026 bersamaan 01 Zulkaedah 1447H

Majlis telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sokongan masyarakat setempat.

Semoga aktiviti ini dapat merapatkan lagi silaturrahim komuniti setempat.

Ketupat dan rendang sudah tersedia,
Harum semerbak memenuhi ruang,
Jiran-jiran bersama gembira,
Silaturahim erat tidak terbuang.

Jazakallah

💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹MARHABAN & JAMUAN BAGI SAMBUTAN HARI RAYA 1447H DI SURAU NURUL YAQIN TMN SRI SAUJANA💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹Alhamdulillah, t...
20/04/2026

💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹
MARHABAN & JAMUAN BAGI SAMBUTAN HARI RAYA 1447H DI SURAU NURUL YAQIN TMN SRI SAUJANA
💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹💐🌹

Alhamdulillah, telah berlangsung sambutan Hari Raya anjuran pihak surau pada 18/4/2026 (Sabtu). Turut sama membantu ahli Komuniti SS 2.

Semoga kerjasama ini berterusan dimasa akan datang.

"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat"

Jazakallah

🌹Marhaban Wanita SS 2 🌹Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Al...
16/04/2026

🌹Marhaban Wanita SS 2 🌹

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, maka penyeru (malaikat) berseru: Engkau sungguh baik, langkahmu sungguh baik, dan engkau berhak mendapatkan tempat di syurga." (HR. Tirmizi).

Telah berlangsung aktiviti marhaban wanita pada 3/4/2026.

Alhamdulillah, ramai yang menyertai dan sama-sama meraikan majlis.

Semoga dengan aktiviti ini dapat merapatkan lagi silaturrahim dan saling mengenali sesama komuniti.

Kami berharap di masa akan datang,ramai lagi yang dapat turut serta.

Kuih tart dan dodol dibawa bersama,
Hari raya tiba bersuka ria,
Maaf dipinta tulus di jiwa,
Moga bahagia selamanya.

Jazakallah

🌱Aktiviti Kebun Dapur🌱 "Tidaklah seorang muslim menanam pohon atau menanam tanaman, lalu tanaman tersebut dimakan oleh b...
16/04/2026

🌱Aktiviti Kebun Dapur🌱

"Tidaklah seorang muslim menanam pohon atau menanam tanaman, lalu tanaman tersebut dimakan oleh burung, manusia, atau binatang, melainkan tanaman tersebut menjadi sedekah baginya." (Hadis Riwayat Muslim).

Telah berlangsung aktiviti bercucuk tanam yang melibatkan komuniti setempat pada 11/4/2026 (Sabtu).

Di dalam aktiviti ini juga diselitkan dengan penyampaian ilmu pertanian daripada ahli yang berpengalaman.

‼️Kebun dapur ialah amalan menanam makanan (sayur, herba, buah) di sekitar rumah untuk kegunaan sendiri, yang berfungsi meningkatkan keterjaminan makanan. Kepentingannya meliputi penjimatan kos perbelanjaan dapur, menjamin bekalan makanan segar dan bebas racun, serta menyediakan pendapatan sampingan. Ia juga memanfaatkan ruang kosong dan memupuk gaya hidup sihat.

‼️Berikut adalah kepentingan utama kebun dapur:

🌱Penjimatan Kos Sara Hidup: Mengurangkan kebergantungan kepada pasar untuk membeli sayur-sayuran dan herba harian.

🌱Sumber Makanan Segar & Sihat: Menjamin sayur-sayuran bebas daripada bahan kimia berbahaya, lebih berkualiti dan berkhasiat.

🌱Keterjaminan Makanan Isi Rumah: Memastikan ketersediaan makanan pada bila-bila masa, terutamanya dalam keadaan darurat atau kenaikan harga barang.

🌱Pendapatan Tambahan: Hasil lebihan tanaman boleh dijual untuk menjana pendapatan sampingan keluarga.

🌱Penggunaan Ruang Optimum: Mengubah kawasan halaman rumah, balkoni atau tepi rumah yang kosong menjadi kawasan produktif.

🌱Terapi Minda & Kesihatan Fizikal: Berkebun mengurangkan stres dan menjadi aktiviti fizikal yang menyihatkan.

🌱Pendidikan Alam Sekitar: Mendedahkan ahli keluarga, terutamanya kanak-kanak, kepada aktiviti pertanian dan menyemai sifat menghargai alam sekitar.

PROGRAM BERMARHABAN & SAMBUTAN HARI RAYATelah bermula program ziarah kariah sambil bermarhaban sempena bulan Syawal yang...
02/04/2026

PROGRAM BERMARHABAN & SAMBUTAN HARI RAYA

Telah bermula program ziarah kariah sambil bermarhaban sempena bulan Syawal yang mulia ini.

Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang muslim menziarahi saudaranya kerana Allah... Allah berfirman: Kamu telah berbuat baik dan menempah sebuah rumah di syurga" (HR Ahmad)

Kita akan bermarhaban & kunjungan hari raya selepas solat isya’.. InsyaaAllah. Jika ada kariah yang ingin menjadi tuan rumah untuk kunjungan marhaban, slot masih dibuka & maklumkan kepada penama di bawah untuk setkan slot yg kosong.

Imam Shazlin +60 12-715 3767

Muslimin, & anak-anak dipersilakan hadir.

Jazakallah

Address

Ss2 Taman Sri Saujana
Kota Tinggi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kawasan Rukun Tetangga - KRT Zon 2 Taman Sri Saujana Kota Tinggi Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share